CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuhan Ismail Haniyeh pelanggaran serius undang-undang antarabangsa, prinsip keadilan – MAHAR

31-7-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35748| Komen: 0



KUALA LUMPUR: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menyifatkan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran satu pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan prinsip kedaulatan.

Katanya, tindakan sedemikian menjejaskan kestabilan dan keselamatan rantau berkenaan, sekali gus wajar dikutuk.

“Kami menggesa semua negara untuk menyokong usaha gencatan senjata dan berusaha ke arah mengurangkan ketegangan di rantau berkenaan.

“Masyarakat antarabangsa mesti bersatu bagi menyokong usaha untuk keamanan yang berkekalan dan berterusan yang menghormati hak serta aspirasi rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penasihat MAHAR, Nurul Izzah Anwar berkata insiden pembunuhan Ismail tidak akan menamatkan konflik di Palestin, sebaliknya hanya mengakibatkan kitaran keganasan dan penderitaan berpanjangan.

“Adalah penting semua pihak yang terlibat (dalam konflik) supaya menahan diri dan mencari penyelesaian damai melalui dialog dan diplomasi,” katanya.


Hari ini, media melaporkan kematian Ismail Haniyeh di Tehran, Iran dengan pihak Hamas mendakwa dilakukan oleh Israel.

Malaysia hari ini turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail yang juga bekas Perdana Menteri Palestin itu serta seorang pengawal peribadinya.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Malaysia mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada ahli keluarga, serta kepimpinan dan rakyat Palestin.

Katanya, Malaysia tanpa ragu-ragu mengutuk semua tindakan keganasan, termasuk pembunuhan yang disasarkan, dan menggesa semua negara yang cintakan keamanan untuk turut sama mengecam tindakan itu.


Sumber : Buletin TV3


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.034350 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top