CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tebus kematian Ismail Haniyeh adalah tugas Tehran, janji Ayatollah Ali Khamenei

31-7-2024 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35958| Komen: 1



TEHRAN: Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berikrar memberi ‘hukuman keras’ terhadap Israel selepas pembunuhan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Menyifatkan Ismail Haniyeh sebagai pemimpin mujahidin Palestin yang berani, beliau berkata, tindakan penjenayah rejim Zionis yang membunuh tetamu kesayangan mereka di rumah mereka sendiri membawa kedukaan, namun ia juga menyediakan asas untuk hukuman yang keras terhadap rejim itu.

“Syuhada Ismail Haniyeh mempertaruhkan nyawanya selama bertahun-tahun di medan perjuangan yang mulia dan bersedia untuk syahid dan beliau menawarkan anak-anak serta rakyatnya di jalan ini.

“Beliau tidak takut menjadi syahid di jalan Allah dan menyelamatkan hamba-hamba Allah tetapi kami menganggap ia adalah tugas kami untuk membalas darahnya dalam kejadian yang pahit dan sukar, yang berlaku di wilayah Republik Islam ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ismail dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim Zionis di Tehran, Iran, hari ini.

Hamas berkata, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian pemimpin berkenaan yang dikatakan terbunuh dalam serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran.

Ismail dilaporkan berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, semalam.

Dalam kenyataan itu, Ayatollah Ali Khamenei mengucapkan takziah kepada seluruh umat Islam, barisan pejuang, negara Palestin yang berani dan bermaruah, dan terutama kepada keluarga Ismail serta mangsa yang terselamat dan salah seorang sahabat yang syahid bersamanya.

“Saya memohon kepada Allah SWT supaya menaikkan darjat mereka,” katanya.



Sumber : Buletin TV3


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 1-8-2024 12:11 AM
Lepas ni kalau Trump ke biden kena assassin boleh la tuduh Iran retaliate.
Senang kerja deep state.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.035029 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top