CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badrulamin lepas, bebas pertuduhan amang seksual

31-7-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37817| Komen: 13



Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebaskan seorang penceramah lelaki daripada tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lepas.

Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrulamin Bahron, 63.

Beliau berkata selepas mendengar dan menimbang keterangan saksi pendakwaan, hujah bertulis serta meneliti eksibit yang dikemukakan, tiada keterangan kukuh bagi mengaitkan Badrulamin dengan kes itu.

"Secara keseluruhan, saya membuat penilaian maksimum ke atas keterangan semua saksi. Saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes secara prima facie dan memutuskan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Badrulamin berdepan tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur lima tahun di sebuah rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dari 4 hingga 6 Mac 2022.


Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani manakala tertuduh diwakili peguam Zulkifli C Yong dan Azali Ibrahim.

Sumber : Bernama



Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 31-7-2024 11:15 PM
Tak sia-sia dia kipas Nuar Peliwat dengan keluarkan fatwa Nuar tu Imam Mahdi

Ambik suri teladan drpd jilatan Wak Jahid 47 letew
Quote prince_marhaen 1-8-2024 07:36 AM
...melakukan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur lima tahun di sebuah rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu,


...ENTAHLAH, meols tak faham orang-orang yang gigih bercuti/beriadah 2-3 keluarga yang kadang-kadang bukan saudara-mara or adik beradik pun, kekadang kawan-kawan jiran or opis je, yang macam tak kisah berkongsi tempat yang kekonon privacy, bawah 1 bumbung, macam bot ke, banglo ke, homestay ke, memang la lain2 bilik ke apa, tapi ruangan lain berlaga2 juga jumpa...
lebih-lebih lagi orang berpengetahuan agama... takyah sebut pasal aurat la, tutup litup macamana pun....kalau tak kontrol napsu, bawah tangga atau selisih pun sempat ye. Pastu pulak dengar bilik kawan tu bunyi2 yang menggemaskan, jenis yang bising kalau main ke kan...

tapi tu aku lah. Haha.. sebab trauma tengok kat twitter yang group pakcik makcik tua swinger utara tu...jijik ye~~
Quote midori888 1-8-2024 08:45 AM
prince_marhaen replied at 1-8-2024 07:36 AM
...ENTAHLAH, meols tak faham orang-orang yang gigih bercuti/beriadah 2-3 keluarga yang kadang-kada ...

sama...meols pun tak pnh bercuti dgn family org lain yg kita kena stay satu rumah sama2 walaupun bilik asing....
Quote bpbbppbp 1-8-2024 08:47 AM
lps ni klau org tuduh dia kes ni, dia boleh saman org tu. Sbb nama dia dah clear
Quote supernaturalee 1-8-2024 09:33 AM
komen di utube kata sblm ni pun ada kes jgk
not the 1st, probably not the last
gitu kata acik2 utube
tah btl ke tak donno lah


Quote BoongaKertas 1-8-2024 09:50 AM
meols gugel, heols ada 4 wives yach. wow.
Quote zorrro_03 1-8-2024 11:25 AM
dia ni masih aktif pkr ke?
Quote prince_marhaen 1-8-2024 11:49 AM
Edited by prince_marhaen at 1-8-2024 11:51 AM
supernaturalee replied at 1-8-2024 09:33 AM
komen di utube kata sblm ni pun ada kes jgk
not the 1st, probably not the last
gitu kata acik2 utube ...

kes khalwat dengan wife orang... hehehehe..





Quote Ayda89 1-8-2024 12:42 PM
Jijik
Quote MissYouSayang 1-8-2024 12:47 PM
Teruknyehh perangai orang pkr ni!!!
Quote Meraki 1-8-2024 02:17 PM
Dia ni macam byk je seksual kes..dulu bukan ada kes khalwatke
Quote TeropongThaico 1-8-2024 07:22 PM
Wow teruknya track record dia
Biarpun dah terlepas aiol tetap pangkah terus org gini. No ustaz2 4 u setan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.033446 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top