CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jeslina Hashim Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Dalam Masa Terdekat - “Persiapan Semua Dah Siap, Tunggu Hari Saja”

1-8-2024 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42525| Komen: 194



Penyanyi Jeslina Hashim akhirnya memaklumkan akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Tunku Eddy Nasruan Adil yang merupakan kerabat Negeri Sembilan dalam beberapa hari lagi.

Memetik Astro Gempak, Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim, 46, ketika ditemui Gempak turut berkongsi keterujaan dan memberitahu segala persiapan menjelang hari perkahwinannya itu sudah siap sepenuhnya dan hanya menghitung hari sahaja.

“InsyaAllah, soon, one day. Persiapan semua dah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan,” kata Jeslina secara ringkas.

Memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi hari bahagia, Jeslina memberitahu tarikh yang dipilih tidak mempunyai simbolik yang istimewa selain ia akan diadakan secara tertutup.

“Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. Tiada simbolik apa-apa tapi hari itu merupakan hari ini yang terbaik untuk tetamu hadir.


“Majlis itu akan diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga saja,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai keistimewaan bakal suami, Jeslina mengakui Tengku Eddy Nasruan Adil seorang yang baik dan disenangi ramai.

“He is so nice and I love him so much. Semua orang jumpa dia, semua sayang dia,” katanya.


Sekadar rekod, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Micah, 15, dan Keira, 13.


Sumber : Astro Gempak











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 1-8-2024 09:10 AM
Ler ingatkan dah kawen
Quote Sendawg 1-8-2024 09:14 AM
Jeslina Hashim? Lama dah tak dgr nama dia.
Quote sakurazura 1-8-2024 09:16 AM
Lama betul kena sidai.
Quote kechikchomel 1-8-2024 09:20 AM
iolss lagi tertarik dengan board (?) belakang dorang tu. kenapa nombor tu tak dijawikan??

untuk tak OT, macam lama betul baca pasal dia ni nak kawin, nak kawin.
tapi tak kawin2 pun lagi
Quote apech 1-8-2024 09:30 AM

nasib baik kering juga
Quote shark_eow7 1-8-2024 09:33 AM
life mmg mcm dah kawen cuma belum dilegalkan je lagi.. huuuu
Quote laksmanabentan 1-8-2024 09:35 AM
Love is blind
Quote manehnya 1-8-2024 09:38 AM
nobody : .... ada ku kesah? belen ni?
Quote kucingitam 1-8-2024 09:38 AM
la belum kawin2nya lagi...mcm dah lama dgr kata nak kawen
Quote caprisonne 1-8-2024 09:51 AM
La, tak habis2 lagi ke cerita nak kahwinnya??
Quote Kekunci_Hitam 1-8-2024 09:53 AM
Berapa kali nak cakap daaa
Quote ketambangkang 1-8-2024 09:58 AM
hahaha dia gula2 kan nye kite ek..
Quote vanillaninja 1-8-2024 10:16 AM
46 dah acik Jes ni ye. Anak2 sheols helok.
Quote cattiecute 1-8-2024 10:23 AM
lahhh 2 orang muka mat saleh tu anak dia ke?
mati2 ku ingat anak eddy tu
sebab mirip2 muka eddy
tapi tu la ramai komen kat tiktok
taste2 kerabat gini eh
Quote nightwinkle 1-8-2024 10:26 AM
bln 7 hari tu adik jes kahwin.adik iols berkawan ngan adiknyer..adik beradik jes semua kulit2 tan/gelap mcm tu ikut apaknyer.mak nyer chinese.parents dh cerai and both pun dh kawin

lepas wedding adik nyer,brg2 tu nk hantar ke rumah jes so adik i tgk lah rumah jes.sbb jes mmg suka design2 cantiklah rumahnyer..

btw, adik iols xdalah rapat sgt dgn adik jer..sorry mod off topic sat
Quote sayurmayur88 1-8-2024 10:26 AM
muka dia iras britney spears...
Quote SalenaGomez 1-8-2024 10:33 AM
Woowwww dah kompom berbiras dgn sarimah
Quote katakauu 1-8-2024 10:53 AM
nightwinkle replied at 1-8-2024 10:26 AM
bln 7 hari tu adik jes kahwin.adik iols berkawan ngan adiknyer..adik beradik jes semua kulit2 tan/ge ...

xrapat tp smpai teman hantar brg
adik u oll tu wedding planner ke
Quote songket_merah 1-8-2024 10:57 AM
nightwinkle replied at 1-8-2024 10:26 AM
bln 7 hari tu adik jes kahwin.adik iols berkawan ngan adiknyer..adik beradik jes semua kulit2 tan/ge ...

adik jes tu keje ape? umur berapa ye, socialite gak ke

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049988 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top