CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekacakan Atlet Lawan Pedang Korea Selatan Buat Ramai Tak Keruan, ‘Follower’ Naik Mendadak Selepas Menang Emas

1-8-2024 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24109| Komen: 70



Ketika berlangsungnya acara sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik yang diadakan di Paris pada tahun ini, ramai dikalangan atlet menjadi perhatian dan bualan ramai apatah lagi bila dapat memenangi pingat emas.

Dalam perkembangan terbaru, pemegang pingat emas Olimpik Paris dari Korea Selatan, Oh Sang Uk menjadi tular kerana rupa paras sehingga mengumpul peminat baharu dalam kalangan netizen.

Memetik Mstar, gambar-gambar atlet kacak itu dilaporkan tersebar di platform forum secara dalam talian.


Bukan sekadar wajahnya, malah ketinggiannya juga menjadi perhatian iaitu 192 sentimeter (cm).


Dalam acara lawan pedang, Oh Sang Uk mencipta sejarah apabila menjadi lelaki warga Korea Selatan pertama memenangi emas Olimpik menerusi acara individu selepas menewaskan atlet Tunisia, Fares Ferjani.

Dengan penampilan menarik dan mempamerkan aksi cemerlang di Olimpik, maka tidak hairanlah jumlah pengikutnya di laman sosial naik begitu mendadak dalam tempoh singkat.

Dikatakan bilangan pengikut Instagram Oh Sang Uk meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh tiga hari!

Antara 28 Julai dan 30 Julai, dia memperoleh hampir 80,000 pengikut dan kini mencapai lebih 210,000 berbanding 110,000 secara purata pada bulan sebelum Sukan Olimpik Paris berlangsung.

Terkini, Oh Sang Uk sekali lagi merangkul pingat emas kedua dalam acara berpasukan pedang lelaki, menewaskan Hungary dan memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut buat negara itu di Sukan Olimpik Paris pada Rabu.



Selepas dinobatkan kemenangan pada Sabtu dalam acara individu, Oh Sang-uk terus mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 45-41 menentang juara dunia 2023 itu.

Perlawanan terakhir pada mulanya sengit, sehingga Do Gyeong-dong dari Korea Selatan memberi kelebihan kepada pasukannya dengan mencatatkan 5-0 menentang Krisztian Rabb. - Agensi


Sumber : MStar









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VioletsAre_Blue 1-8-2024 10:13 AM
Muka macam ni pun kacak ke dik? Low class betul citarasa manusia zaman sekarang
Quote ezacbee 1-8-2024 10:16 AM
Ketinggian auto kacak kot

Quote vanillaninja 1-8-2024 10:18 AM
Kacak ke ni. Memang mana2 jantan dari Korea auto cop kacak ke walaupun berwajah awam? Sebab asal Korea? Kekdahnya.
Quote apam 1-8-2024 10:18 AM
Marketing gimmick aje kot.
Quote sayurmayur88 1-8-2024 10:26 AM
biasa2 je
Quote kotakbaju 1-8-2024 10:33 AM
Lebih kurang macam sorang laki cina yang selalu dok jogging pagi kat depan umah iols dok ni ja
Quote kotakbaju 1-8-2024 10:35 AM
Eh ada iklan bagi muka kurus pulak. link tu betul2 punya ke? Malas nak klik.
Quote duri_durians 1-8-2024 10:36 AM
Edited by duri_durians at 1-8-2024 10:37 AM

aku suka tgk atlet korea kt olimpik ni. sbbnya baru nampak muka ori korea.
takkan atlet buat bedah plastik kot kan? sebab nak recovery lama n ada makan ubat lagi.
tgk pasukan bola baling korea wanita. muka mmg nampak asli. dgn baju gedoboh. kelakar lak tengok.
Quote talapia 1-8-2024 11:14 AM
eh kacak la ni kalau banding dengan yang original Korean.. jangan kau banding dengan yang dah operate..
Quote talapia 1-8-2024 11:19 AM
duri_durians replied at 1-8-2024 10:36 AM
aku suka tgk atlet korea kt olimpik ni. sbbnya baru nampak muka ori korea.
takkan atlet buat bedah p ...

tak semua Korean tu operate..yang biasa tgk kt tv tu.. mmg ramaila operate.. dah keperluan kerja dia camtu kot..
tapi yg keje ofis2 biasa.. wajah awam.. lagi awam dari chinese Malaysia ye wajahnya
cina Malaysia ramai je comel2 mukanya..

aku ramai teammates Korean.. yg keje ofis la.. muka original..
jauh naw dari apa yang dipertonton di TV..
sampaikan ada trainer aku.. dah tua la.. pencen ROKAF..
melawakla suruh aku panggil dia Oppa..
aku kata.. Oppa biasa aku tgk kt tv smua hensem2..
hahaha.. pecah perut dia gelak. jangan percaya K drama kata dia.
Quote plywood 1-8-2024 11:25 AM
talapia replied at 1-8-2024 11:19 AM
tak semua Korean tu operate..yang biasa tgk kt tv tu.. mmg ramaila operate.. dah keperluan kerja d ...

What does oppa mean in Korean?
oppa = 오빠 = older brother for girls.


The word “oppa” means “older brother” and is a name that a girl uses to call her older brother or any other, close older men.


The word doesn't need to be used strictly only on blood related family members. 2 Jan 2024


Quote bbalik 1-8-2024 11:29 AM
lps ni mesti dagu dah runcing
Quote plywood 1-8-2024 11:33 AM
Bolehlah.

Tergolong dalam golongan orang hensem juga.. ada yang kata tak hensem, tu barangkali sebab mata masing-masing. beauty in the eye of the beholder

aku google muka gengster, ugly keluar mcm ni, jauh beza dgn taraf muka atlit ni.. selamat menikmati semua..




Quote talapia 1-8-2024 11:34 AM
plywood replied at 1-8-2024 11:25 AM
What does oppa mean in Korean?
oppa = 오빠 = older brother for girls.

basically it means 'abang'..
sama jugak kita tak semestinya panggil abang pada abang kita je..
mane2 lelaki older yg kita rapat.. bole je panggil abang.. but biasanya ditambah dengan nama di belakang
cuma 'abang' ni tak semestinya panggilan dari girl..

so kira klau my trainer tu nk suruh aku panggil oppa.. separa valid la.. he is older.. tapi close tu.. tak berapa la since he is my trainer je. hahaha..
Quote plywood 1-8-2024 11:37 AM
talapia replied at 1-8-2024 11:34 AM
basically it means 'abang'..
sama jugak kita tak semestinya panggil abang pada abang kita je..
man ...

tak semestinya dari girl kan.. ok faham faham

Quote edayildiz 1-8-2024 11:38 AM
wahh ok approve je..
gmbr atas macam abg mario i yg kt thai..
Quote missbigrockstar 1-8-2024 11:39 AM
Asal korea je kacak. Gini je taste diorang?
Quote yururi 1-8-2024 11:49 AM
Asal lelaki tinggi je ada la pmpuan2 berair, padahal muka biasa2 je. Iols tak tengok sgt olimpik, cuma tertengok gymnast je haritu. Pastu terpukau dgn atlet2 gymnast dari jepun, especially yg ni, menang gold plak tu

Quote mejaputih 1-8-2024 12:16 PM
tinggi betul dia kalah matsalleh

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.097659 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top