Pelakon Scha Elinnea menyifatkan aktor Jazmy Juma sebagai seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman wanita. Menerusi perkongsian di podcast Bukak Mulut, Scha berkata, Jazmy seorang yang penyayang dan mengambil berat terutama ketika dirinya dalam keadaan yang murung. "Peribadi Jaz sepanjang saya kenal dia, dia seorang lelaki yang sangat baik, sangat memahami dan sangat penyayang." "Dia mengambil berat kalau saya tengah tarik muka sikit dia akan gelabah dan tidak senang duduk kalau saya ‘bad mood’ atau dekat semua orang di set penggambaran juga. Dia memang mengambil berat." Disoal sekiranya Jaz menepati cita rasa lelaki idamannya, Scha percaya setiap wanita mengimpikan sifat lelaki seperti itu. "Saya rasa semua perempuan suka lelaki yang mengambil berat." Untuk info, Scha dan Jaz bergandingan di dalam sebuah drama TV3 yang berjudul Nuh & Nayla dan kemesraan mereka mencuri perhatian netizen.
Sumber : Harian Metro Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
sharlenetexas replied at 1-8-2024 01:14 PM
Bakalan jadi bibir selipar getah mcm fara mendosah.
dua_chzy replied at 3-8-2024 08:08 PM
Pehtu cepat tua. Umo awal 20 dah nampak macam early 30s. Sepesen ja muka budak2 cucuk filler zaman ...
dua_chzy replied at 3-8-2024 08:08 PM
Pehtu cepat tua. Umo awal 20 dah nampak macam early 30s. Sepesen ja muka budak2 cucuk filler zaman ...
sharlenetexas replied at 3-8-2024 02:27 PM
Tgk sekarang ni cara mekap, rennovate muka semua satu acuan. Tak nmpk variasi. Template mcm huda b ...
ADVERTISEMENT