CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Rafar Imbas Kembali Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai – ‘Ini Ke Yang Allah Sebut Tiang Arash Bergegar’

1-8-2024 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31089| Komen: 17



Pernah diceraikan, pelakon dan penyanyi Diana Rafar mengimbau semula detik ketika suaminya, aktor Zamarul Hisham melafazkan talak terhadapnya pada Januari 2015.

Menerusi temu bual di TikTok Hijabista, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar, 42, berkata, dia sukar untuk berjalan dan merasakan seperti tidak menjejakkan kaki ke tanah sewaktu lafaz talak disebutkan.

"Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz ja, barulah saya faham ‘oh ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke’.

"Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan, tak boleh pijak bumi, pegang dinding. Rasa seperti nak mati, sakit. Dia steady, yela kita perempuan emosi kan masa itu."



Pada perkongsian sama, Diana turut mendedahkan dia mengalami sesak nafas dan seperti diserang tekanan atau ‘anxiety’ sehingga terpaksa menjual perniagaannya.

"Lepas itu saya diuji sakit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, takut nak mati, lebih kurang macam anxiety. Saya tutup spa, tutup terapi, tnggalkan pesakit saya jual saya punya spa.

"Satu persatu nikmat Allah tarik. Job tak ada, duit tak ada, laki pun tak ada, kita pun tak jumpa keluarga. Dia tarik segala nikmat, masa itu saya belum berhijab lagi."

Biarpun sudah berpisah ketika itu, Diana memberitahu, Zamarul ada memintanya untuk memakai tudung supaya segala masalah dapat diselesaikan meskipun hatinya masih berbolak-balik.

"Tapi satu saja abang sound, abang cakap ‘cuba mama pakai tudung’. Walaupun dah cerai masa itu, dia minta ’cuba mama pakai tudung, papa rasa kalau mama pakai tudung, selesai semua masalah’."

"Lepas dia tegur tu, terus pakai tudung tapi masa itu tak ikhlas, tapi paksaan. Bila pakai, slowly saja dia rasa macam datang rezeki itu datang balik. Malu pula tak pakai tudung. Ada dah pakai tudung tiga hari, empat hari buka balik.

"Pakai dan buka balik. Abang terkejut saya dah buka tudung, kau lawan kuasa Allah, kau pergi show buka tudung. Tapi saya kata tak apa orang tak nampak sebab show orang tak tahu."

Untuk info, Diana dan Zamarul pernah bercerai talak satu pada 14 Januari 2015. Selepas sebulan bercerai, pasangan itu kembali rujuk semula.


Sumber : Oh Bulan


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 2-8-2024 05:42 AM
Sebab apa cerai?
Quote zuriey 2-8-2024 06:41 AM
batmana replied at 2-8-2024 05:42 AM
Sebab apa cerai?

Rasa diana pernah ckp zamarul tu ocd
Serba tak kena lah bt apa pun
Bila zamarul balik rumah dia jadi takut
Quote weirdwaniey 2-8-2024 07:25 AM
Tgk dalam vid tt, segak betol diana ni.. lawa berbanding kakak dia
Quote supersudoku 2-8-2024 07:33 AM
Hadith palsu kan tiang gegar ni
Quote sayurmayur88 2-8-2024 07:37 AM
dah berumur pon stil cantik diana ni..
Quote watachiwa 2-8-2024 07:42 AM
paling muda kan dalam adik beradik berlakon dia ni.
berapa beza umo dia dgn acik Zamarul? dulu ms ujung 90an ke awal 2000 mcm tu ade 2-3 kali jumpe diorg duk dating kat The Mall. Zamarul bwk anak dia yg lelaki.

Diana ni baya2 iols jah tp iols rs acik zamarul ms tu dh middle 30-an kot
Quote mamapea 2-8-2024 08:02 AM
diana ni baik jer...aku pernah la jumpa dia dulu...dia yg tegur aku...siap sembang2 lg..mmg peramah...cantik...aku rasa dia ok jer...jarang atau xde gosip2 liar...semoga perkahwinan kekal dgn zamarul hingga ke akhir hayat...Amiinn...
Quote makcun14 2-8-2024 08:15 AM
weirdwaniey replied at 2-8-2024 07:25 AM
Tgk dalam vid tt, segak betol diana ni.. lawa berbanding kakak dia

kann. dari dulu sheols mula muncul dalam industri memang dia paling cantik antara anak anak Encik Rafar
Quote makcun14 2-8-2024 08:18 AM
bagi makcik la, apa jadi pun dalam rumah tangga kena banyak istighfar nak emosi biar depan Yang Maha Esa, bila hadap sejadah. kawal emosi, dengan manusia especially kaum
suami laki ni jangan kita tunjuk sangat
emotional reaction . nanti kena pijak baru tau langit tinggi rendah
Quote Bubbleguppy 2-8-2024 08:44 AM
Tapi bg I, linda paling cantik..muka kecik je..tp tu la, attitude tak berapa cantik
Quote Pumpkinhead 2-8-2024 02:14 PM
semoga dijadikan pengajaran....nak tambah tacang je ni
Quote Ytee 2-8-2024 03:05 PM
semoga kekal abadi
Quote sweetfasha 2-8-2024 03:15 PM
zamarul aje pun..
Quote habisnamadahni 5-8-2024 12:30 AM
Bubbleguppy: Tapi bg I, linda paling cantik ...
knp dgn attitude dia
Quote krustykrab 5-8-2024 12:45 AM
zuriey replied at 2-8-2024 06:41 AM
Rasa diana pernah ckp zamarul tu ocd
Serba tak kena lah bt apa pun
Bila zamarul balik rumah dia ja ...

Tp dia pandai masak. Tgk rancangan apa tah...cekap kat dapur.
Quote Carcosa 5-8-2024 03:21 AM
Muka adik beradik Rapor ni seacuan betul eh.
Aku confuse yg mana satu Linda, yg mana satu Diana, satu lagi sapa tu tah, muka satu bekas tin muffin betul.
Quote cantthinkofany 7-8-2024 06:10 PM
Carcosa replied at 5-8-2024 03:21 AM
Muka adik beradik Rapor ni seacuan betul eh.
Aku confuse yg mana satu Linda, yg mana satu Diana, sat ...

tu la tu...bila orang kata dia ni paling cantik....sbb aku tengok muka adik beradik sama je....

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.044707 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top