CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Youtuber Zukie Dedah Pernah Dapat RM90k Sebulan Hasil Video Di Youtube - "Ada Youtuber Lain Dapat Sehingga RM200k Sebulan"

2-8-2024 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9833| Komen: 32



Sebut pasal Youtuber, siapa yang tak kenal Zukie yang bermula sebagai seorang Youtuber dari kampung dan kini sudah pun bergelar selebriti dalam kelompok Youtuber terkenal di Malaysia.

Zukie atau nama lengkapnya Zulkifli bin Mohamad,32, banyak menghasilkan pelbagai jenis video di Youtube dan telah menempa dalam industri hiburan Malaysia bersama rakannya, Jamal Tetsu dalam video parodi lawak. 

Kini, saluran YouTube Zukieee hampir mencecah 2 juta pengikut setelah video pendek lakonannya bersama Oyot dan Pak Duan mendapat tontonan tinggi. 

Memetik OhMedia, video-video yang dihasilkan sebenarnya mendatangkan pendapatan lumayan sehingga mencecah RM90,000 sebulan.

Perkara itu didedahkan Zukie menerusi satu sesi podcast bersama pempengaruh Yousaf. Kata Zukie, pendapatan itu diraih ketika dia menghasilkan drama bersiri komedi sebanyak 14 episod.


Setiap minggu dia akan mengeluarkan satu episod dan pendapatan RM90,000 adalah tertinggi diperolehi ketika itu.

Namun kata Zukie, perkara itu tidaklah mengejutkan kerana ada Youtuber mendapat sehingga RM200,000 sebulan.


"Paling tinggi aku pernah dapat RM90,000 sebulan. Tak pernah cecah RM100,000. Time tu aku buat Naik KL, sketsa komedi berepisod. Aku buat 14 episod, seminggu satu. So setiap bulan RM70k, RM80k, naik RM90k lepas tu turun turun."

Sebagai Youtuber, Zuki mendedahkan seseorang perlu mempunyai komitmen dengan Youtube iaitu menghasilkan video secara berdisiplin.

"Tak kisah kau buat content apa pun dekat Youtube, kau nak naik dekat Youtube kau kena punctual. Kalau kau buat sehari 1 video, kau kena buat 1 hari 1 video."

Menurut Zukie, 80% daripada penonton bukan datang daripada subscribers sebaliknya daripada penonton baru yang dicadangkan oleh Youtube disebabkan ‘komitmen’ yang telah diberikan.

Memang "masyuk" betul Youtuber dan Content Creator tapi nak ada nama dan stabil seperti Zukie bukanlah suatu yang mudah, tentunya banyak perit dan jerih pengorbanan yang terpaksa diredah sebelum ini.



Sumber : OhMedia







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-8-2024 02:12 PM
Depa2 ni jenis x segan tunjuk muka dan kehidupan kat public...kita ni nk buat video youtube pun x de idea...dan jenis malu nk tunjuk muka dan kehidupan kat public
Quote Ytee 2-8-2024 02:58 PM
wow byknye...
Quote chandrahusin 2-8-2024 03:02 PM
sbb tu diorg tak kisah kena caci maki kena kecam
sbb duit
Zukie ni asal dgn Oyot
skrg dgn anak pempuan dia
comel bijak petah anak pempuan dia
aku bkn pengikut
tp jenis yg lalu fyp kdg2 aku tgk jgk lah
Quote babelina 2-8-2024 03:24 PM
mak aiiii.. mmg pendapat byk.. tp kna rajin buat content n kna kekalkn momentum.. identity..
Quote Minami2013 2-8-2024 03:28 PM
Baru nak fitnah kelantanese.. nasib i check dulu kat youtube

Nak buat satu video satu hari mmg tinggi komitmen tu. Selayaknya la dpt income gitu. Utk beberapa mnt i tgk kat yt content dia ok la, kehidupan hari2.. bkn la content tk senonoh remaja skrg.
Quote asfaz 2-8-2024 03:56 PM
Siapa yg tak kenal zukie .....
Mahappp. Ai tak kenal pun ,sape dia ni?
Quote hyie 2-8-2024 04:00 PM
jangan risau, iols pun tak kenal sapa dia
Quote sleepandream 2-8-2024 04:15 PM
makin gemok zukie ni... zaman live dekat bigo dulu elok jah....
la ni muka bengkak
Quote akido_kido 2-8-2024 04:24 PM
Aliff irfan paling masyuk rasanya kalau kat malaysia ni..
Quote dua_chzy 2-8-2024 04:50 PM
asfaz replied at 2-8-2024 07:56 AM
Siapa yg tak kenal zukie .....
Mahappp. Ai tak kenal pun ,sape dia ni?


Sama la.

Pehtu duit tu, masih hado ka dah abes licin skang? Berapa lama lagik rasanya boleh tahan buat konten create konten?
Quote kaedahnya 2-8-2024 04:55 PM
janji beringat masa muda & masa ada dekk
Quote scarflicious 2-8-2024 06:19 PM
Lhdn say Hi.
Quote Meraki 2-8-2024 07:41 PM
Masyukkk
Quote anilanil 2-8-2024 07:50 PM
Pavithra pi mana la ni? Elok2 jadi youtuber laki pi buat perangai pulak.
Quote noell 2-8-2024 07:59 PM
Lembaga sayang org camni trus terang habaq income senang nak pi buat lawatan muhibbah
Quote cucuq 2-8-2024 08:07 PM
Ptut lah rmai nk jadi YouTuber lagi untungg
Quote Orix 2-8-2024 08:21 PM
Dia ni antara terawal zaman2 dubsmash ke apa tah dlu. Iols rs zaman2 2014 mcm tu dia mendonia dah.
Quote bedahmenjuyah 3-8-2024 11:33 AM
asfaz replied at 2-8-2024 03:56 PM
Siapa yg tak kenal zukie .....
Mahappp. Ai tak kenal pun ,sape dia ni?

Me too. Baru hari ni nampak nama ni.
Quote slyfynx 3-8-2024 11:58 AM
Zukie who?

Sbb mende camni la ramai yang tergedik x nk belajar, nk jadi youtuber.
Diorang x faham, bape kerat je yang dpt duit byk cmni,
And bape ramai je yang sustain.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.042844 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top