CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilanggar lori ketika Op Khas Perdagangan, Penguat kuasa JPJ cedera

2-8-2024 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7280| Komen: 3



KUANTAN – Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan penugasan cedera selepas dilanggar sebuah lori di Kilometer 194.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Gambang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika mangsa yang berumur 38 tahun sedang menjalankan penugasan Op Khas Perdagangan.

“Ketika sedang menjalankan tugas di lorong kiri dengan penutupan lorong kiri untuk lencongan masuk ke R&R Gambang, tiba-tiba sebuah lori dari arah Kuantan menghala ke arah Kuala Lumpur telah hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang berada di lorong kiri sebelum terbabas melanggar sebuah trak pikap milik JPJ.

“Akibat kejadian, mangsa yang berusia 38 tahun mengalami kecederaan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri, leher dan kepala dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu lori yang berusia 57 tahun itu mempunyai tujuh saman pelbagai kesalahan yang belum dijelaskan.

“Berdasarkan siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dengan sistem jalan dua lorong satu hala dan terdapat satu lorong susur, semasa kejadian permukaan jalan rata dan kering dengan keadaan cuaca baik,”ujarnya

Sumber : KOSMO! ONLINE 



Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 2-8-2024 06:13 PM
kadang2 kesian jugak jpj ni macam orang tak respect lagi2 tonto.. tonto siap kejar jpj
Quote haruslah 2-8-2024 06:44 PM
chacon replied at 2-8-2024 06:13 PM
kadang2 kesian jugak jpj ni macam orang tak respect lagi2 tonto.. tonto siap kejar jpj

Yer betul...
Diorang dah ready follow dr ofis lagi
Sial walkie talkie girn semua tu bagai
Quote Decaffeinated 2-8-2024 08:15 PM
Penguatkuasa yang orang paling takut di Malaysia ni polis trafik. Driver paling menyetan pun bila nampak polis trafik auto jadi baik berbudi bahasa.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.070526 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top