CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik taraf lesen B2 ke B, bayaran hanya RM160 sahaja berbanding RM900 sebelum ini - Anthony Loke

2-8-2024 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8099| Komen: 10



PUTRAJAYA – Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal Kelas B1 dan B2 yang aktif lebih 10 tahun boleh memohon LMM Kelas B bermula 1 Oktober depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang berminat boleh mendapatkan LMM Kelas B dengan kos yuran hanya RM160 sahaja berbanding RM900 sebelum ini.

Beliau berkata, mereka yang berminat perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas selama dua jam di Institut Memandu (IM) melibatkan program amali penunggangan dan informasi pemanduan selamat.

“Syarat lain ditetapkan adalah pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.

“Malah, pemohon juga perlu melakukan pengesahan sihat tubuh badan, fizikal, minda secara deklarasi kendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.


Katanya, kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan program khas peralihan itu namun, ia bukan dilaksanakan secara automatik sebaliknya perlu melepasi syarat-syarat ditetapkan.

Sumber : KOSMO! ONLINE 



Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 2-8-2024 04:19 PM
Ingatkan auto bertukar bila lesen dah 10 tahun.nak kena bayar 1 hal kena pergi ujian amali pulak
Quote Belibis 2-8-2024 05:10 PM
akido_kido: Ingatkan auto bertukar bila le ...

Tu la pasal..dengar tajuk macam semudah abc..
Quote chacon 2-8-2024 06:16 PM
akido_kido: Ingatkan auto bertukar bila lesen dah 10 tahun.nak kena bayar 1 hal kena pergi ujian amali pulak


oklah tu dulu rm900 lebih haha

Quote Meraki 2-8-2024 07:34 PM
Good AL
Quote Decaffeinated 2-8-2024 08:12 PM
Lesen motor aku issued overseas yang boleh bawa superbike tapi convert lesen Malaysia dapat B2 ja
Quote Pumpkinhead 5-8-2024 03:18 PM
ok lah tu
Quote pejol 5-8-2024 03:22 PM
jgn ujung2 uturn sudah
Quote Apoo 5-8-2024 03:24 PM
akido_kido replied at 2-8-2024 04:19 PM
Ingatkan auto bertukar bila lesen dah 10 tahun.nak kena bayar 1 hal kena pergi ujian amali pulak

Of course la. Klu tak, kesian pulak geng2 sekolah memandu hilang pendapatan.
Quote shernazz 5-8-2024 06:59 PM
Decaffeinated replied at 2-8-2024 08:12 PM
Lesen motor aku issued overseas yang boleh bawa superbike tapi convert lesen Malaysia dapat B2 ja :l ...

Ala sedehnya
Tapi sini uols ada bawa sbk ke?
Quote biozipstar 9-8-2024 04:36 PM
haha... nak kena ada 2 jam berlatih pulak... tapi ni sampai bila2 kan tawarannya. jangan kang baru berapa percent mendaftar, bakinya dah x boleh teruskan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.037486 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top