CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Nyaris Maut Selepas Masukkan Belut Hidup Sepanjang Kira-Kira 65cm Dan Sebiji Limau Dalam Dubur

2-8-2024 09:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 43236| Komen: 90



SEORANG lelaki berusia 31 tahun nyaris maut selepas memasukkan belut hidup ke dalam duburnya.

Belut hidup yang dimasukkan itu sepanjang kira-kira 65 sentimeter (cm).

Kejadian tersebut menimpa seorang lelaki warga di Vietnam.

Menurut Hospital Viet Duc di Hanoi pada Isnin, doktor berjaya melakukan pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Pada 27 Julai lalu, jabatan kecemasan hospital itu menerima kehadiran seorang pesakit lelaki yang tiba dalam keadaan sakit perut yang teruk.

Setelah mendapatkan sejarah perubatan pesakit, didedahkan bahawa pesakit berkenaan telah memasukkan belut besar ke dalam duburnya.

Pesakit segera diperiksa, menjalani pengimejan, ujian dan ultrasound.

Imej X-ray menunjukkan rangka belut itu terletak secara mendatar di rongga perut dari kiri ke kanan.

Timbalan Pengarah di Hospital Viet Duc, Dr Le Nhat Huy berkata, hospital segera mengatur pasukan pakar endoskopi dan pakar bius untuk melakukan kolonoskopi dalam usaha mengeluarkan objek asing melalui dubur.

Huy bagaimanapun memberitahu, pasukan memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan terhadap pesakit itu.

Selepas mengeluarkan belut itu, doktor juga mengeluarkan sebiji limau dari dubur pesakit yang sama.

Menurut doktor, kebanyakan terutamanya lelaki muda, mempunyai kecenderungan untuk mencari sesuatu yang di luar kebiasaan untuk dijadikan alat merangsang seks.

"Belut boleh hidup dalam keadaan anaerobik untuk jangka masa yang lama dan mempunyai keupayaan untuk menggigit melalui saluran gastrousus.

"Oleh itu, orang ramai tidak boleh memasukkan haiwan hidup melalui dubur untuk mendapatkan rangsangan kerana boleh berdepan akibat yang teruk," kata Huy memberi amaran. -Agensi


Sumber : MStar

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 2-8-2024 09:16 PM
Siapa nak belut perisa tahi vietnam roger beliau yach sissy.
Quote green~tea 2-8-2024 09:38 PM
What the FISH
Quote terma2nkondisi2 2-8-2024 10:02 PM
kecibaian apakah ini
Quote Purestteam1 2-8-2024 10:05 PM
sian belut tu... azab nk mati....
Quote kemaruk 2-8-2024 10:13 PM
Tak semgaja kot
Quote sharlenetexas 2-8-2024 10:13 PM
Tak pasal2 berlubang2 usus besar dik oi.

Quote mawardia 2-8-2024 10:18 PM
Me ol simpati dgn belut dan limau.
Quote dubuk 2-8-2024 11:00 PM
Gigi belut


Quote bitterchoc 2-8-2024 11:28 PM


aidonowattosay.....
Quote MissYouSayang 3-8-2024 01:01 AM
Mungkin belut tu dpt mgubati buasir heolss
Quote intan244 3-8-2024 03:44 AM
x faham lnsg
Quote imanjannah 3-8-2024 05:45 AM
dah x keja agaknya
Quote TomyamPuteh 3-8-2024 06:16 AM
Dia nk makan belut stim limau tapi malas masak. Tu yg dia masukkan belut dgn limau sekali tu. Kreatif betul suku sakat Ngu Yen nih.
Quote any42 3-8-2024 06:27 AM
kegilaan ape niiii
Quote liyamariska 3-8-2024 08:58 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote shernazz 3-8-2024 09:26 AM
Masuk belut tu rasa puas tak?
Quote green~tea 3-8-2024 09:33 AM
TomyamPuteh replied at 3-8-2024 06:16 AM
Dia nk makan belut stim limau tapi malas masak. Tu yg dia masukkan belut dgn limau sekali tu. Kreati ...

Nak husnuzon jugak...  maybe heshe Salah define google search kot... cari resipi belut stim limau, tp stim dengan belut dan limau link gayah yang dia jumpa
Quote Banana 3-8-2024 10:40 AM
Hahahah tak terkata den
Quote nolya 3-8-2024 10:46 AM
Tak tercapai dek akal perbuatan mcm tu. Dah habis kewarasan kot sampai jadi gila mcm tu. Kes pertama dibaca sepanjag hayat.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.101513 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top