CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Generasi Z manja, paling ramai menangis di tempat kerja

3-8-2024 12:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41778| Komen: 55


LONDON – Generasi Z merupakan kumpulan umur yang paling banyak menangis di tempat kerja, demikian menurut kajian yang dilakukan oleh firma Vision Direct seperti laporan akhbar Metro UK.

Penduduk yang lahir lewat tahun 1990-an hingga 2012 adalah dikategorikan sebagai kumpulan umur generasi Z.

Dalam kajian itu, sebanyak 34 peratus responden mengaku pernah berbuat demikian kerana pelbagai sebab terutamanya tekanan di tempat kerja, manakala angka tersebut jauh berbeza berbanding golongan Boomers.

Golongan Boomers yang lahir dari tahun 1946 hingga 1954 yang menangis di tempat kerja adalah sekitar 7 peratus sahaja.

Kajian baharu itu turut mendedahkan bahawa lebih satu pertiga daripada keseluruhan warga Britain telah menangis di tempat kerja sekurang-kurangnya sekali pada tahun lalu.

Sebanyak 55 peratus daripada mereka menyebut tekanan sebagai pencetus yang menyebabkan mereka menangis.


Dalam tinjauan terhadap 2,000 pekerja, sebanyak 27 peratus menganggap keletihan yang mengakibatkan mereka menangis.

Namun, sebanyak 15 peratus lagi berkata, kerja itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan mereka menangis.

Dua pertiga daripada mereka yang menangis di sekeliling rakan sekerja mereka adalah wanita berbanding 34 peratus lelaki. 

Keputusan kajian itu menunjukkan wanita juga tiga kali lebih cenderung menangis akibat keletihan di tempat kerja  berbanding lelaki. – AGENSI 

Sumber : Kosmo

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 3-8-2024 08:08 AM
Mcm dejavu. Artikel ni dah ada kenapa tak check dulu sebelum buka. Vote dislike.
Quote krustykrab 3-8-2024 08:43 AM
Iols rasa tak adil la nk kata diorg ni manja.
Yg dah tua2 pun boleh  stress jgk. Sb apa? Makin guna teknologi tinggi makin byk produk baru kena keluar, kena capai target, nk kena catchup dgn sistem baru, sop baru, amended guidelines& law. Mostly private company la.

Yg keje gomen masih dgn sistem kuno, guidelines kuno, sop kuno, menteri kuno.
Quote namr 3-8-2024 09:11 AM
Edited by namr at 3-8-2024 09:12 AM

ntahlah sister, dulu masa iols mula2 kerja 1st job iols menangis jua sbb takda sapa ajar, pandai2lah tanya org sana sini pastu kerjanya bykkk pulak tu
Quote B40tastePosh 3-8-2024 09:14 AM
Edited by B40tastePosh at 3-8-2024 09:15 AM

Generasi sayur dan munge..masa depan dunia dan negare.
Quote Dwdrum 3-8-2024 09:32 AM
Kajian dari UK kan... Mahu kerja 4 days work life balance... And bukan semua work setting sama.... Europeans kerja di US boomers ka millennial.. X... Y... Pun complain
Quote honeybee1802 3-8-2024 09:36 AM
Iyer ke?ngk collegues iols yg memuder steady enjoy2 life gitu je...yg nampak stress yg 30-40an... nak catch up with tech...yg 50an steady menunggu hari2 retirement...
Quote green~tea 3-8-2024 11:09 AM
Edited by green~tea at 3-8-2024 11:12 AM

Dah 40s ni keje takde apa sgt.. more to review decks, comment on the paper nak improve apa2, bg arahan, bg insights, networking saja.. nak kena catch up dgn capability and back ends how it works utk project2 digital, hands on tak payah pun.. biar budak2 je la buat keje tu...


Budak2 kena banyak belajar.. zaman korang dah ada AI... ada chatgpt, gemini, copilot... buleh suruh AI buat draft deck and analyze presentation for u.. semua nya mudah... powerbi pun senang je nak buat...
Muda2 ni absorb la knowledge mcm sponge...

Buat apa aku bayar gaji kau kalo kerja2 tu aku pun kena buat... whats the point of your existence?
Quote edayildiz 3-8-2024 11:52 AM
generasi z umo brp...
mmg manja la..nk nngis la apa la..keja sikit dh mengeluh..mcm bdk baru kt dept i ni..semua nk bersuap weh..i mcm buli buli jgk la dia sbb i suka tgk dia susah fhm x..pastu bila dia tnya i buat muka jgk sbb ibrasa dia lembs..fhm x kita ajar byk kali tp tiap kali nk buat tnya lg.
sikit sikit kak eday..mcm i tua sgt pdhl i sebaya dia cuma disebabkn i ni masuk keja lama dr dia..
benci betul la nk kakalkn org..
kitorg panggil nama je style.mat salleh..
Quote edayildiz 3-8-2024 12:00 PM
namr replied at 3-8-2024 09:11 AM
ntahlah sister, dulu masa iols mula2 kerja 1st job iols menangis jua sbb takda sapa ajar, pandai2lah ...

i pun nngis sbb masa first job i tu kn bygkn i baru grad..penat giler keja..xpnh rasa oenat mental cmtu sbb kena balik mlm..keja xsiap..nk cuti xdpt..sedih sgt masa tu
Quote PULANGKAN 3-8-2024 04:08 PM
mehh..

tak dinafikan, dulu2 iols pun condemn new gen jugak
then again, masa iols mula2 keje, previous gen pun condemn gen kitorang gak

a never ending cycle of hating the youngster or something

skillset diorang berbeza
bak kata pepatah melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih

ni kalau dah memanjang cari negatif ja, memang ko jadi dinosaur la kat tempt kerja
peringatan kepada Iols juga. tak sanggup Iols jadi dinosaur
Quote cm_vungtau 3-8-2024 05:08 PM
Aku rasa memang betul. Gila menyampah. Aku punya staff tak boleh balik lambat sebab dia ada eczema. Kena ada specific skincare routine kena pakai so takleh balik lambat. Dahla jantan lak tu. Kalau ikut boomer dah lama kena panggil pond*n. Nasib baik genz ni takleh cakap gitu kang kena kensel
Quote TomyamPuteh 3-8-2024 06:20 PM
MC, MC, MC,... APC. Tagline pekerja gomen bila masuk bulan Jun setiap tahun.
Quote ninja boy 3-8-2024 06:30 PM
Edited by ninja boy at 3-8-2024 06:33 PM

Umur 20-30 masih kerja main2 sbb masih junior ada masa kau nak cuti travel parent kawan2 etc, umur 30 ke atas dah jadi senior sesuai tanggung jawab bertambah dlm company xde masa masing2 dah bekeluarga, umur 40 ke atas mengarah/train org bawahan. Yg junior gaji kecik x boleh suruh kerja lebih2 dikata beban kerja rm 6000 tapi gaji 3000
Quote Austronesian 3-8-2024 07:38 PM
Keluhan yg bergenerasi. Atok ko pun mesti pikir generasi ayah ko manja berbanding generasi dia.
Quote lightheaded67 3-8-2024 07:57 PM
apo. smua org ade perasaan bebudak tu nk nangis bio jele deme blajo regulate perasaan sndiri. kot kalu emo smpi mbunoh org ke ape ha bru ye kite kecam
Quote sambaldurian 3-8-2024 08:46 PM
Aku x setuju, aku yg bkn generasi z ni pun pnh menang is kt tempat kerja. It's all about gaslighting, 'soft' bullying. Sometimes menangis ni ok, boleh kuatkan diri. Sekali tu jela, jgn berhari2 tu dh mental/kemurungan dh tu.
Quote rikiruj 3-8-2024 09:54 PM
Dulu mana ada KPI, scorecard bagai.. sekarang ni semua nak KPI.. pastu bos letak KPI merepek sebab bos besar janji yg bukan2 kat board.  Yang kena kerah budak2 bawahan la.. mana tak menangis.  Hujung tahun bila 3/4 je meet, tahun depan bukannya letak target kat 3/4 atau pun sama mcm tahun lepas, tapi di tambahnya lagi jadi 1 1/4.  Target, quota bertambah tiap2 tahun tak sustainable.  Mid & senior level dah pandai berkuntau.. yang junior level exec ni tak reti bertaichi lagi.. tu yang makan hati
Quote cm_vungtau 3-8-2024 10:50 PM
Edited by cm_vungtau at 3-8-2024 10:52 PM

Entah, kalau aku pekerja aku mungkin akan simpati. Tapi sebab aku bos, so aku rengsa. Dah banyak kali jumpa yang buat hal. MC berhari2 satu hal, pastu bawak dokumen penting balik rumah. Aku suruh hantar balik dan2 tu jugak, siap nak report polis rupanya dia dah berjalan ke hujung semenanjung. Padahal kata demam tak boleh datang. Tu lagi penyakit ekzema takleh kerja lebih masa. Padahal kerja lebih masa dapat ot double pulak tu.

Nak simpati tapi bila ingat duit yang bayar gaji diorang ni aku pulak yang memerlukan simpati
Quote ninja boy 3-8-2024 11:24 PM
Peranan majikan dan hr cari pekerja yg macam mana, cari pekerja yg senang dibentuk, senang terima arahan, yg tempat kerja itu surga dia, jenis x berkira, jenis hargai pekerjàan etc. kalau hr jenis sotong abis dihire pekerja sotong dan gayah huruhara ofis jantan tepuk bontot jantan

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040661 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top