CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wak Doyok Kena Santau Angin - "Bila Maghrib Je Kena, Mungkin Ada Orang Nak Jatuhkan Saya”

3-8-2024 12:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41338| Komen: 35





SENTIASA kelihatan ceria dihadapan peminat namun siapa sangka ikon fesyen Wak Doyok sebenarnya menderita akibat perbuatan sihir seseorang.

Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 45, berkata, hasil rawatan alternatif mendapati kesihatannya merosot disebabkan santau yang dihantar kepadanya.

Cerita Wak, pada awalnya dia tidak mengesyaki kesihatannya terjejas akibat sihir namun mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila rawatan di hospital gagal menyembuhkannya.

"Saya baru sahaja pulih daripada gangguan sihir sebab terkena santau. Mulanya pergi hospital buat pemeriksaan dan rawatan namun sakit saya tidak juga baik.

"Bila buat rawatan alternatif baru tahu terkena santau dan sekarang ini Alhamdulillah semakin baik cumanya masih dalam pantang kerana hanya boleh makan juadah tertentu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Wak pelik jika benar ada pihak cuba menghantar sihir kepadanya kerana tidak mempunyai musuh atau berhutang dengan orang lain.


Kata Wak, individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu mungkin disebabkan rasa cemburu dan ingin menjatuhkannya.

“Saya tak ada hutang dengan orang cuma dengan bank saja. Mungkin yang hantar ini orang kenalan dalam perniagaan untuk jatuhkan saya,” katanya.
 

Sumber : MStar

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 3-8-2024 12:38 AM
Relevan lagi ke heshe ni?
Quote Fairypopcone 3-8-2024 02:30 AM
Ini lawak ke apa? Ko sape org nk santau.. baik santau bill gates.. ????
Quote divalaura 3-8-2024 12:00 PM
bukan dia ke yang hutang dengan tok alip?
dia je yang orang panggil ikon fashun
lagipun memang dorang baik sebelum ni..
Quote MrsJane 3-8-2024 12:42 PM
Sanggup pula org habiskan duit nak santau kau
Quote Prickford 3-8-2024 01:05 PM
Orang pendek & tak hensem mcm ni, tayah la santau nak bersekutu dgn syaitan. Pegi jumpa depan2 ketuk je kepala dia.
Quote Sachacha 3-8-2024 01:54 PM
yihhhh bencinya sapa je nak buat tu
Quote blekkep 3-8-2024 02:53 PM
santau angin tu camne? kentut2 ker?
Quote PULANGKAN 3-8-2024 03:28 PM
cuaca panas melampau, dengan tak menentu ni, ramai yang sakit pun

tu tak campur lagi dengan gaya hidup tak sihat

bersenam, jaga makan minum, rehat secukupnya uols
Quote makcun14 3-8-2024 03:50 PM
apa sebenarnya sumbangan heshe pada industri fashion selain gosip dengan ex bini sultan ?
Quote SpyLeman 3-8-2024 04:00 PM
Nasib baik dia tak cakap Soltan seberang yg santau dia. Ramai nawwww org dengkikan pencapaian dia ye...mak dia pun acah2 anaknya lelaki melayu terakhir
Quote ReginaGeorge 3-8-2024 05:59 PM
Ramainya retis yg kena sihir.
Quote Carcosa 4-8-2024 04:52 AM
Perasan nye babi ni.
Rajin plk satu kerje org nk menyantau kau. Baik duit bayar tokmoh tu buat pegi Phuket cuti2.
Quote kaedahnya 4-8-2024 09:50 AM
gi check dr la takut sakit lain lagipun ko berduit ada insurans pelbagai so pi la buat full  medical.
Quote telracs 4-8-2024 09:51 AM
Awak ni siapa untuk dijatuhkan?
Quote Purestteam1 4-8-2024 11:14 AM
ingatkan founder scammer xfox... bukan rupanya...
Quote hokeypokey 4-8-2024 12:20 PM
Wak bila nk kawen???
Quote makneng 4-8-2024 01:43 PM
Sian…x sorang pun acik porem simpati dgn doyok. [em:3:]
Quote mrsbale 4-8-2024 01:48 PM
Tgk muka ye kee kena santau.
Entah tesilap g calit minyak senyonyong kat diri sendirik.
Quote Ai_kiu 4-8-2024 02:51 PM
Apelah sgt pencapaian ko sampai ada yg nk santau segala

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.140912 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top