CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli pulau, ‘percuma’ 15 hantu - “Hantu-hantu ini adalah tentera British. Ia berada di sini untuk melindungi kita"

5-8-2024 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9554| Komen: 1



LONDON – Sebuah pulau sarat dengan sejarah ketenteraan yang terletak di luar pantai Devon, England, diiklankan untuk dijual pada harga yang belum ditetapkan, lapor saluran berita Sky News kelmarin.

Dinamakan Pulau Drake, hartanah seluas 2.4 hektar itu lengkap dengan pantai persendirian, kubu pertahanan dan kelulusan untuk membina hotel mewah.

Pulau Drake pernah digunakan sebagai kubu pertahanan selama beratus-ratus tahun, malah  meriam-meriam dari abad ke-18 masih lagi berada dalam kedudukan sempurna.

“Ia mempunyai sejarah  lebih 2,000 tahun. Bangunan pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1135,” kata pemilik semasa Pulau Drake dan ahli perniagaan tempatan, Morgan Phillips.

Tambah Phillips, mana-mana pemilik baharu mungkin tidak akan ‘bersendirian’ kerana terdapat 15 hantu tentera ‘mendiami’ pulau tersebut.

“Hantu-hantu ini adalah tentera British. Ia berada di sini untuk melindungi kita. Itulah yang ia lakukan semasa masih hidup dan ia masih melakukannya hingga ke hari ini,” ujarnya. 


Harga jualan tidak ditetapkan, namun kos pengubahsuaian Pulau Drake dianggarkan sekitar £25 juta (RM141.9 juta).  – AGENSI 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 6-8-2024 10:27 AM
Mana tahu ada 15 hantu

Mungkin pokcik Morgan Philips pun tak tahan kena kaco dek hantu tu yang nak jual.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.120436 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top