CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Angel Dolla Berkawan Dengan Amir Ahnaf Sejak Setahun Lalu

7-8-2024 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11443| Komen: 84


Anggota kumpulan Dolla, Angel didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor Amir Ahnaf gara-gara kehadirannya ke konsert Dolla Re:Birth The Experience pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Angel tampil menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu mereka hanya sekadar berkawan baik.

Menurutnya, kehadiran Amir ke konsert pada malam itu sekadar memenuhi jemputan sebagai kawan dalam industri.

"Amir adalah kawan saya. Dia tanya saya, boleh ke kalau datang ke konsert Dolla? Sudah tentu kami akan mengajak kawan dan berharap dia menikmati persembahan kami.

"Jadi saya jemput Amir secara peribadi dengan seorang lagi pelakon Haziq Dean untuk menyaksikan konsert Dolla. Pada malam itu, mereka datang berdua.

"Selain Amir, kami juga ada menjemput ahli keluarga dan kawan-kawan untuk menikmati konsert ini."



Angel berkata demikian semasa ditemui pada sesi temu ramah mesra usai konsert Dolla Re:Birth The Experience Gathering di Universal Music, Petaling Jaya, pada Selasa.

Dalam pada itu, Angel menjelaskan perkenalan dengan Amir bermula selepas kerjasama mereka untuk menjayakan sebuah projek.

"Saya mula mengenalinya ketika kami sama-sama merakamkan video TikTok untuk mempromosikan sebuah karnival jualan Hari Raya tahun lalu."

"Sejak itu, kami mula berkawan dan dalam masa sama, saya juga berkawan dengan pelakon-pelakon drama Projek High Council yang turut sama menjayakan penggambaran itu."

Terdahulu, kehadiran Amir ke konsert sulung Dolla mengundang tanda tanya dan spekulasi netizen mengenai hubungannya dengan Angel.

Difahamkan pada malam konsert tersebut, Amir terus bergegas ke konsert Dolla selepas selesai terlibat dalam pertunjukan fesyen di ibu kota.



Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 8-8-2024 12:43 AM
Agak cina bukit yer rupa sebenar amoi ni without filter & make up.
Quote I.K.A888990 8-8-2024 03:09 AM
baru tgk iv angel ni
ingatkan tgk kat video gambar ada iras karina aespa
tapi tulah
Quote mnh607 8-8-2024 10:54 AM
seksi btul ek dia ni tp takpe la dia cina kan..hmm gigi dia mcm jo sikit klu tgk tp bila make up tak nmpk pulak
Quote cattiecute 8-8-2024 11:20 AM
bila mekap auto korea
buang mekap auto cina bukit
Quote prince_marhaen 8-8-2024 12:06 PM
of course la circle dia & dia cari hot chick / level2 cikaro... takkan la nak kawan ngan acik2 adik2 peminat kepam2 tudung bawal... hihihihi...
Quote hyie 8-8-2024 01:08 PM
sheols ni cina sarawak, so adala sikit iras orang borneo.
Quote Olumis 8-8-2024 01:50 PM
Gambar atas, wowww macam awek korea. Skrol gambar bawah, alahai dah kenapa iras duyung darat.
Quote sukacactus 8-8-2024 02:05 PM
Thanks to makeup and filter
Quote anilanil 8-8-2024 03:46 PM
Kapla, ko kena masuk under mgmt team anna jobling la. Aiols perasan byk bethol media upload pasal gossip dia ngan amoi angel padahal takde kantoi gambar pelik2 pon. Gi konsert pon berdua ngan hazeeq. Ironic nya sebelum kapla gi konsert tu elok jer dia dok main-main mata ngan anna jobling kat KLFW. Pasaipa takde media nak report pasal tu. Siap kantoi video footage lagi. Bole je gossip kan kapla-anna. Anna kan ngaku still single...
Quote kaedahnya 8-8-2024 05:36 PM
hensem, ok dah
Quote bottombikini 8-8-2024 05:54 PM
mak oi beza betol gamba atas & bawah

kapla ni celah mana hensemnya
Quote TomyamPuteh 8-8-2024 06:48 PM
Tak minat aku dia ni. Mirul Aiman lg sedap mata memandang.
Quote Binderclips 8-8-2024 07:06 PM
anilanil replied at 8-8-2024 03:46 PM
Kapla, ko kena masuk under mgmt team anna jobling la. Aiols perasan byk bethol media upload pasal go ...

Kejadian KLFW tu, media ada report la tp dipandang sepi je oleh netizen. X jd isu viral pon.
Quote anilanil 8-8-2024 07:10 PM
Binderclips replied at 8-8-2024 07:06 PM
Kejadian KLFW tu, media ada report la tp dipandang sepi je oleh netizen. X jd isu viral pon.

Adoi penat nyer la jadi mek anna. Berlakon sampai ke konoha, balik malaysia kena bayar ufti pulak kat media utk jaga image dia. Dah bila nyer nak kaya raya mcm mek daiyan ni??
Quote jihah_kudat 8-8-2024 08:48 PM
Amir adalah kawan saya. Dia tanya saya, boleh ke kalau datang ke konsert Dolla? Sudah tentu kami akan mengajak kawan dan berharap dia menikmati persembahan kami.


so kapla hadap tiket free la..boo nak beli tiket pun tak mampu harap sponsor terpaling support kawan.
Quote anony-mous 8-8-2024 08:53 PM
anilanil replied at 8-8-2024 12:43 AM
Agak cina bukit yer rupa sebenar amoi ni without filter & make up.

Ngeri plak rupa sebenar kalau compare dgn filter berlapis atas tu tgk amir ni dah boleh agk jenis suka stok2 mcm ni
Quote anony-mous 8-8-2024 08:55 PM
bottombikini replied at 8-8-2024 05:54 PM
mak oi beza betol gamba atas & bawah

kapla ni celah mana hensemnya

Muka stok budak kelas belakang
Quote cawanmilosuam 8-8-2024 08:59 PM
bottombikini replied at 8-8-2024 05:54 PM
mak oi beza betol gamba atas & bawah

kapla ni celah mana hensemnya

yg atas tu brg order, yg bawah tu barang sampai, hehehe
Quote Binderclips 9-8-2024 01:48 PM
anilanil replied at 8-8-2024 07:10 PM
Adoi penat nyer la jadi mek anna. Berlakon sampai ke konoha, balik malaysia kena bayar ufti pulak  ...

Kn? Anna nk pakai kete merc pon lambat lg. Anna tu gunakan amir masa KLFW sbb nk provekn yg dia single lg. Bila plan x menjd, tu yg media smue laju report pesal gosip amir dan angel

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037074 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top