CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokok tualang di Gua Musang ‘kebal’, ada penunggu - “Pokok besar ini lah yang meragut nyawa mak mertua saya dari KL"

8-8-2024 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35283| Komen: 62



PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila sebatang pokok jenis tualang yang berada di laluan Gua Musang – Kuala Krai dikatakan ‘kebal’ kerana ada penunggu.

Dipercayai pokok berusia lebih 150 tahun berada berhampiran Kampung Sungai Bayu, Gua Musang itu masih kekal di tempat asalnya walaupun projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Utama (LTU) sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok oleh pengguna dikenali sebagai Ammar Taha, walaupun pokok lain disekelilingnya telah di tebang, tetapi pokok tualang berkenaan masih gah berdiri.

Menurut Ammar Taha, sekitar tahun 2000 banyak kemalangan berlaku berhampiran kawasan pokok berkenaan sehingga meragut beberapa nyawa.

“Sehingga ke hari ini masih tidak mampu ditebang oleh pihak berkuasa, padahal pokok-pokok lain sudah ditebang,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa memang terdapat banyak kemalangan berhampiran pokok ‘kebal’ berkenaan.


“Ada kisah misteri pokok tualang ini,pada tahun 2000-2003 kerap berlaku kemalangan maut bawah pokok ini sampai pokok pon orang tak jadi nak tebang takut sebab bawah pokok tu memang ‘keras’ tempatnya macam ada penunggu,”dakwa @Ayub Lubricants.

Turut berkongsi kisah kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya adalah seorang pengguna dikenali sebagai @moktehg.

“Pokok besar ini lah yang meragut nyawa mak mertua saya dari KL (Kuala Lumpur) ke Kelantan bas terbakar, semua tak selamat. Tinggal kenangan, sekarang bila saya balik dari KL sampai di situ mesti saya teringat,”tulisnya.


Selain kejadian kemalangan dan mistik ada juga netizen mendakwa bahawa pokok berkenaan dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai mercu tanda sempadan daerah Gua Musang dengan Kuala Krai.

“Tak ada kisah mistik,penunggu bagai, ini pokok tualang yang di jaga jabatan hutan sebagai mercu tanda sempadan Gua Musang Kuala Krai,”kata @Hj Fauzi.


Sumber: KOSMO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 8-8-2024 11:34 PM
abis pokok lain kt tengah hutan kene pembalak haram, elok je tumbang, takde penunggu ke?apa penunggu pilih kasih perlu penempatan tepi jalan ka?

merepek sungguh
Quote ninja boy 8-8-2024 11:42 PM
X dapat tebang pergi bakar
Quote uori 8-8-2024 11:53 PM
batmana replied at 8-8-2024 11:34 PM
abis pokok lain kt tengah hutan kene pembalak haram, elok je tumbang, takde penunggu ke?apa penunggu ...

hantu tak kacau hantu kekdahnya
Quote annehuda 9-8-2024 12:05 AM
Yg bas terbakar takde sape terselamat tu kisah benar ke? Mcm tak penah dgr pun
Quote Gunama 9-8-2024 12:11 AM
Sian antu kne pitnoh sek2 ni
Quote dua_chzy 9-8-2024 01:57 AM
Kalau la korang hado third eye....
Quote jejaka_hensem 9-8-2024 05:22 AM
Kata negeri islamik,negwri yg membangun bersama Islam,tapi masih lagi berpegang teguh kepada kepercayaan tahyul,khurafat??
Geno mu
Quote prince_marhaen 9-8-2024 07:56 AM
kesian...serambi isley takut ngan pokok...
Quote ultra78 9-8-2024 08:03 AM
Berpenunggu? Pokok tu selamat kerana ia tidak terletak di kawasan pembalakan. Itu aje.
Quote cattiecute 9-8-2024 08:50 AM
iols doakan semua pokok berpenunggu
biar kurang sikit pokok kena cantas.
ini sebabkan dok cantas hutan buat rumah
habis monyet kacau rumah iols.
nak bunuh kesian
tak bunuh kita yang kesian.
Quote sangbara2020 9-8-2024 09:16 AM
yeke.....mnjg nak buat cer serem ke
Quote bbalik 9-8-2024 09:26 AM
lobai purchayee penunggu
haloh2
Quote surfin_net82 9-8-2024 09:30 AM
Select eh
Quote grouper 9-8-2024 09:32 AM
Tokey balak dlm utan tu klau nak tau diorg la paling kuat sembah hantu setan klau nak buka kawasan balak baru...mesti ada kawasan khas utk depa sembah bakar colok bagai..sama juga macam kawasan pembinaan baru nak buka. Ada tempat khas untuk depa sembah benda2 ni..klau x leh jalan masih ada gangguan ganggu projek ujung2 minta org tempatan cari ustaz yg boleh halau benda tu..puii geng kapir ni lagi kuat takut hantu setan ni
Quote plywood 9-8-2024 09:41 AM
Cantik pokok, tak perlu tebang.

Kalau ada anugerah alam sekitar, jemput sekali hantu tu untuk terima, dah tolong jaga kan..
Quote misc 9-8-2024 09:46 AM
Ada apa kat pokok tu, tak nampak apa pun.
Quote AkokKocik 9-8-2024 10:38 AM
annehuda: Yg bas terbakar takde sape ter ...

Dlm mastika...org yg baca mastika jer tau uu...
Quote AkokKocik 9-8-2024 10:39 AM
prince_marhaen replied at 9-8-2024 07:56 AM
kesian...serambi isley takut ngan pokok...







Quote supernaturalee 9-8-2024 11:15 AM
annehuda replied at 9-8-2024 12:05 AM
Yg bas terbakar takde sape terselamat tu kisah benar ke? Mcm tak penah dgr pun

tu lah
google2 jgk
klu semua penumpang maut disbbkan bas eksiden dan terbakar mmg xdop pun
klu eksiden, terbakar, ada yg meninggal dan ramai yg selamat, ada lah





Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.223746 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top