CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kehidupan saya berubah 360 darjah selepas ada anak. Biarlah muka mak macam zombi, anak kena wangi" - Uqasha Senrose

9-8-2024 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32632| Komen: 53



Pelakon jelita, Uqasha Senrose kini tidak kisah langsung soal penampilan dirinya, semuanya adalah tentang anak.

Memetik Kosmo, Uqasha Senrose memberi respon tersebut saat ditanya tentang pengalaman bergelar ibu selepas tiga bulan melahirkan puteri sulungnya, Hawra Uqaira.

Menurut Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dia kini baru faham bagaimana perasaan menjadi seorang ibu.

“Kehidupan saya berubah 360 darjah selepas ada anak.

“Saya sudah tidak kisah langsung tentang penampilan diri. Biarlah muka mak dia macam zombi yang penting anak kena sentiasa wangi.

“Keutamaan saya memang pada anak 100 peratus,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Takluk : Lahad Datu di sini, semalam.


Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mengakui berasa ralat untuk berjauhan dengan puterinya biarpun sekejap.

Disebabkan itu juga dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana masih belum bersedia selain masih dalam proses belajar menjadi ibu.


“Saya masih belum boleh berenggang dengan Uqaira buat masa ini. Perkara ini masih baru untuk saya. Ini kali pertama saya bergelar ibu. Tak mungkin dalam masa tiga bulan saya dah tahu untuk menguruskan segala-galanya. Setiap hari adalah proses pembelajaran untuk saya.

“Memang ada tawaran lakonan seperti drama bersiri daripada Radius One. Tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak mahu asyik terfikir tentang anak bila di set penggambaran.

“Ini saya nak tinggalkan dia nak tengok wayang pun dah rasa sedih walaupun dua jam sahaja,” katanya yang hadir memberi sokongan kepada suami tercinta, Kamal Adli.

Selain tidak boleh berenggang dengan anak, kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini juga mahu memastikan tubuhnya kembali langsing sebelum kembali beraksi di hadapan kamera.

“Saya rasa badan saya pun masih belum mengizinkan saya untuk kembali berlakon. Saya tengah ‘kembang’.

“Tambahan pula saya bersalin secara pembedahan. Jadi agak lambat untuk turun berat badan.

“Tetapi untuk kerja-kerja sebagai duta produk saya okey sahaja,” katanya seraya berkongis sudah ada tawaran untuk Uqaira menjadi duta produk.

sebagai rekod, pada 27 April lalu, Uqasha selamat melahirkan bayi sulung, Hawra Uqaira seberat 2.27 kilogram selepas dua kali mengalami keguguran.

Uqasha sah bergelar isteri kepada pelakon Kamal Adli, 38, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Apa pula kata korang yang dah bergelar ibu, sama tak macam Uqasha soal penampilan diri?



Sumber - KOSMO! ONLINE













Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-8-2024 12:09 PM
Wahai si bodoh2 semua. Tau tak 360 darjah tu apa?
Tulah, dulu suruh belajar, taknak. Nak menggatal. Nak pegi tea dance. Skrg keluar ayat Belajar tu tak penting sbb nk jd Influencer. Haaaa sbb nilah ya. Bende basic pun taktau, hanjinggggg. 360 degrees tu satu bulatan, bodooooooooooo. Then kau balik ke asal la bodoooooo kalau kau turn 360 degrees. Dol said betul kau ni. Sian anak kau dpt mak bodo (tapi lawa)
Quote hokeypokey 9-8-2024 01:40 PM
Gambar baby yg atas tu nampak mcm byk muka kamal, yg gambar baby tdo kt bawah tu plak nampak cam muka uqasha.. tunggu besar skit harap cantik mcm mak dia..
Quote xtinkerbellx 9-8-2024 01:44 PM
Cantiknye uqa..
Quote cattiecute 9-8-2024 02:19 PM
aceh kata muka mak macam zombi pun takpe
dah tu muka ko kat atas tu bersiap je
tak zombi pun
mesti mintak netizen puji2 ko kan
"muka zombi pun lawa"
puihh
Quote KamikuP 9-8-2024 04:32 PM
Baby tu tengah menetek ke tu?
Quote sarah96 9-8-2024 05:05 PM
Ramai orang Malaysia tak faham kalau 360 degrees, maknanya balik asal. It should be 180 degrees.
Quote tulip-rain-2 9-8-2024 05:14 PM
cattiecute replied at 9-8-2024 02:19 PM
aceh kata muka mak macam zombi pun takpe
dah tu muka ko kat atas tu bersiap je
tak zombi pun

"Ni zombi cantik ni"
"Saya rela jd zombi kalau cantik mcm ni"

Sekadar menambah puji2an dr netizen. Hehe
Quote cattiecute 9-8-2024 05:18 PM
tulip-rain-2 replied at 9-8-2024 05:14 PM
"Ni zombi cantik ni"
"Saya rela jd zombi kalau cantik mcm ni"

mesti ungka lagi suka puji pujian macam ni
itu statement macam bangang tu

Quote prince_marhaen 9-8-2024 05:29 PM
Baby muka asal Uka tak operate ke tuuu
Quote syamzana 9-8-2024 05:43 PM
kembang betul dia ni tapi certain angle cantik plak nmpk seiras nelly.
bestnya bergumpal dgn bby umur2 camni, kejenya melekap je dgn ibu smbil mulut nyot2 tak brenti
Quote Ciktiekus 9-8-2024 05:44 PM
Nampak die betul suka baby..btw baru 1..tunggu 3 4 org nti..jd walking dead terus
Quote matjerk 9-8-2024 05:48 PM
Cantik lah dia ni.. hidung..mata..gigi.. in real life cantik mcm ni ke?
Quote matjerk 9-8-2024 05:49 PM
Yg gambar tido baju kotak2 tu..dia jugak ke? Nape lain pulak
Quote sapeka 9-8-2024 05:50 PM
Tembam baby dia
Quote becir 9-8-2024 05:51 PM
shes only 32?????
Quote makneng 9-8-2024 06:15 PM
Hanis haizi lain she kena groom well tapi anak she kaklong titi n soon dik bombo mcm anak gelandangan
Quote nazzse 9-8-2024 06:15 PM
Carcosa: Wahai si bodoh2 semua. Tau tak ...


Bodoh kan. Sejenis dapat result G pun bangga
Quote imransulaiman 9-8-2024 06:43 PM
Orang dah terbiasa guna berubah 360° tapi sebenarnya salah. Kalau 360° maknanya wal hasil balik asal.

Berubah 180° barulah betul.
Quote anony-mous 9-8-2024 06:46 PM
hokeypokey replied at 9-8-2024 01:40 PM
Gambar baby yg atas tu nampak mcm byk muka kamal, yg gambar baby tdo kt bawah tu plak nampak cam muk ...

Ank girl biasanya ikut ayah. Mgkin kulit ikut mak. Tp mcm u ckp, tggu besar, boleh tukar2. I dah kertu baru nmpk byk ikut mak. Bila tgk2 balik, mix antara mak n ayah, masa kecik byk nmpk ikut ayah

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.074696 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top