Usahawan popular, Datuk Seri Vida berkongsi pengalamannya menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memuat naik video ‘room tour’ hotel berkenaan yang terletak di ibu negara. Difahamkan itu bukanlah kali pertama usahawan berusia 52 tahun tersebut menginap di hotel mewah berkenaan. Selamat kembali ke hotel berharga RM30,000 satu malam. The best hotel kalau saya nak bermalam di Kuala Lumpur. Kemudahan hotel sangat cantik. Bilik ini memang kegemaran saya, luas, selesa dan moden. Menurut Vida, dia mengambil kesempatan sebentar untuk berehat daripada kesibukan kerja.
Dah lama tak berehat, sibuk. Bukan selalu saya ada masa nak relaks macam ini. Saya ini jiwa berniaga, tak boleh duduk saja. Kadang tidur pun tak cukup. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang berpendapat Vida berhak memiliki kesenangan selepas bertungkus lumus menjayakan perniagaannya. Mahal pun tak apa, untuk diri sendiri dah penat bekerja. ‘Me time’ itu perlu. Alhamdulillah, sekali sekala berehat dan tenangkan fikiran. Kerja keras yang membuahkan hasil. Dalam masa yang sama, ada juga segelintir warganet yang menganggap bilik tersebut terlalu mahal dan tidak berbaloi. Sumber: TikTok Datuk Seri Vida, Oh Bulan WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
KamikuP replied at 9-8-2024 04:27 PM
Jalan pun dah tak larat sbb terlampau gundu - done meolls mengecam sskjp
cm_vungtau replied at 9-8-2024 09:53 PM
Tak paham aku orang kaya2 belanja like no tomorrow. Apa anak2 cucu ko nanti takde nak masuk universi ...
ADVERTISEMENT