CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mungkin Ada Orang Yang Dah Lupa Kejadian Itu, Tapi Saya Masih Ingat Setiap Babak-Babak Yang Terjadi” - Mamat Sepah

9-8-2024 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21818| Komen: 82



Pelawak Mamak Sepah berkata mungkin ada yang dikalangan anggota Sepah yang lupa dengan insiden yang berlaku dahulu namun baginya dia masih ingat  dengan apa yang terjadi.

Memetik Harian Metro, Mamat mendakwa dia mempunyai daya ingatan yang kuat dan masih ingat mengenai insiden berlaku 16 tahun lalu termasuk kejadian pergaduhan yang diceritakan dalam podcast Dol’s.

“Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat. Mungkin ada dalam kalangan kami sudah lupa setiap insiden yang berlaku, tapi saya masih ingat setiap babak-babak yang terjadi.

“Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah. Lagipun mana boleh padam sejarah yang pernah terjadi,” katanya.

Sementara itu, Mamat berkata dia tiada niat mahu mengaibkan atau bergaduh dengan sesiapa serta memberitahu hubungannya dengan dua sahabatnya itu iaitu Jep Sepahtu dan Shuib baik.


Dalam pada itu, Mamat berkata isu hangat diperkatakan kini tiada apa baginya kerana dia pernah berdepan ujian lebih besar sebelum ini.

“Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan ini. Kami bertiga sudah dianggap seperti adik-beradik. Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja. Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja.

“Bagi saya perkara ini tiada apa kerana saya pernah menghadapi ujian yang lebih besar. Lagipun zaman media sosial sekarang ini mudah viral. Hubungan saya dengan Jep dan Shuib baik,” katanya.


Sumber : Harian Metro, Rotikaya










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 9-8-2024 07:01 PM
Dia ni sesuai sangat bespren dengan soeb..wajah tak mesra lensa..

Huwaaaaaa! Astaghfirullah saya tak menghina
Quote PejuangBerani 9-8-2024 07:16 PM
Diamlah! Semak
Quote slyfynx 9-8-2024 07:21 PM
Tp ko pun x hensem mcm Shahmira
Quote Cyempaka 9-8-2024 07:41 PM
Bosannya.. ntah berapa harilah nk kena hadap budak2 kelas belakang ni gaduh
Quote eyansss 9-8-2024 08:55 PM
benda simple, ko tau relationship antara korang bertiga dah tak cantik, so takyah dah imbau2 kenangan korang...
Quote cik_ingeniare 9-8-2024 09:02 PM
Memang tak salah kau ingat detik kau jatuh tapi move on la dik oiiii! Sengaja mencari pasal ke untuk up kan balik diri yang dah sendu tu?
Quote aemon 9-8-2024 09:48 PM
Jep tu da another level.biarla dia dgn hidup dia
Quote anilanil 9-8-2024 09:52 PM
Rasanya netizen pon masih tak bole lupa insiden si mamat ni dgn vangangnya mengkantoikan awek dia pada zaman dinasour iaitu rafidah mak iti wannabe yg free hair disebalik imej hijabista.
Quote MisXoXo 9-8-2024 10:37 PM
Kdg aku rasa jeb yg serba xkena..dia xleh org over shadow dia.rahim tu kekal sbb dia ikuttt ja kataa jd punchbag pun redhooo aja.dlm sepahtu reunion..wajib jeb kena watak utama..watak baik.watak yg dihormati.org lain kena watak jahat dn watak bukan utama..kalau pgl jemputan yg viral..mcm ryan ke..mmg dia kena lebihh dr org tu..lantaklah kome nk kata soeb ke jep huduh..tp aku rasa jeb sesuatu.angah benti asbab sakot tu coverline ajaaaaaa
Quote swimswim 9-8-2024 10:50 PM
Kisah plak aku dgn kenangan pahit ko. Move on pls
Quote oggy 9-8-2024 11:24 PM
Udah2 la tu.. korang kan dah happy dgn life masing2. Jep dah jwb sekali je, korang tetap nak balas balik berdas2. Move on, plis. Semak bod gosip ni
Quote Rogue98 9-8-2024 11:36 PM
Edited by Rogue98 at 9-8-2024 11:37 PM

Dia ni kan yg kena tahan polis aritu...patut citer lah pasal tu... yg citer 16 tahun dulu buat apa nyah...
Jep tu walaupun kerek... kerek atas stage jer... n takde pun dia nak menceceh merata mcm mamat n soeb...
Quote serimaya 9-8-2024 11:54 PM
Rogue98 replied at 9-8-2024 11:36 PM
Dia ni kan yg kena tahan polis aritu...patut citer lah pasal tu... yg citer 16 tahun dulu buat apa n ...

Hilang terus kes dia laki bini kena gari di sebabkan isu ni kan
Quote matbad 10-8-2024 01:29 AM
MisXoXo: Kdg aku rasa jeb yg serba xken ...

Kannn..betol sgt...ni aku setuju..lama dah nmpk
Quote Rogue98 10-8-2024 01:37 AM
serimaya replied at 9-8-2024 11:54 PM
Hilang terus kes dia laki bini kena gari di sebabkan isu ni kan

Baca aritu dia bebas...isteri kena tukar branch..tu jer...tak tau maklumat apa yg diaorang sebarkan tapi ramai agak kes arwah Zayn.
Quote MatDeghem 10-8-2024 06:59 AM
MisXoXo replied at 9-8-2024 10:37 PM
Kdg aku rasa jeb yg serba xkena..dia xleh org over shadow dia.rahim tu kekal sbb dia ikuttt ja kataa ...

i agree


Quote PULANGKAN 10-8-2024 07:12 AM
jap Iols nak ke laut sikit
nak komen pasal gambar kat atas

punya la mata rabun aku zoom zoom, kepala dekat jauh dekat jauh kat skrin

apesal muka si mamat ni nampak lebar, gemuk semacam
double chin besar betul

rupanya dye janggut. alahai mataku
dari jauh nampak double chin weyyy
Quote Rachel_Green 10-8-2024 07:18 AM
Edited by Rachel_Green at 10-8-2024 07:34 AM

dulu i minat sepah masa awal2 diaorang muncul, lepas dah berpecah sepah dah tak best.
Quote Nurul8001 10-8-2024 07:28 AM
oggy replied at 9-8-2024 11:24 PM
Udah2 la tu.. korang kan dah happy dgn life masing2. Jep dah jwb sekali je, korang tetap nak balas b ...


Kalau semak, tak payah la masuk mengomen. saya suka kisah ni, nak tau juga, jawapan balas ex kawan2 jep. Takkan la jep tu baik benar, takde satu pun titik hitam. Kalau dia baik, dia tak jadi pelawak yg suka bahan org

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.071373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top