CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidu bau kentut beri banyak manfaat, salah satunya bantu mengurangi kesan penuaan - Kajian

12-8-2024 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39614| Komen: 13


Kentut atau dalam bahasa perubatannya 'flatulence' ialah tindak balas biologi badan secara semula jadi apabila gas terhasil daripada sistem pencernaan dan usus.  

Ketika menikmati sajian dan menelan makanan, secara tidak sedar sebenarnya turut ditelan sejumlah udara iaitu oksigen serta nitrogen yang terdapat di udara.

Ia diserap sekali tubuh ketika udara berada di usus kecil dan kentut akan terjadi untuk membuang sisa gas terbabit kerana dianggap tidak diperlukan lagi.

Normal jika seseorang boleh kentut sebanyak lima hingga 15 kali dalam sehari dan kebanyakan gas kentut juga tidak berbau atau berbunyi.

Namun, kentut yang sering dianggap sebagai hal negatif kerana sering ada berbau atau dianggap kotor.

Fakta lain lebih unik mengenai kentut ialah individu yang menghidu bau kentut juga mendapat manfaat dari segi kesihatan. 


Satu kajian diterbitkan Medical Chemistry Journal menunjukkan mencium hidrogen sulfida (gas dilepaskan menerusi kentut) baik untuk kesihatan.

Ia dikatakan merangsang mitokondria iaitu organel berbentuk bulat hingga oval yang ditemukan dalam setiap sel manusia.

Peranan mitokondria bertanggungjawab untuk pengeluaran tenaga terbesar setiap sel. Apabila mitokondria tidak berfungsi dengan betul, ia menyebabkan penyakit yang memberi kesan kepada banyak organ badan. 

Biasanya, ini adalah organ yang mempunyai keperluan tenaga yang paling tinggi seperti otot, otak, mata dan jantung.

Gas hidrogen sulfida ini dikatakan dapat merangsang penghasilan tenaga oleh mitokondria.

Kumpulan penyelidik ini kemudian mencipta komponen gas yang sama iaitu sampel AP39 untuk menjalankan ujikaji makmal untuk kesan jika kerap terhidu kentut.

Mereka mendapati AP39 iaitu hidrogen sulfida buatan masih memberi kebaikan terhadap fungsi kesihatan tubuh.

Sel-sel dalam tubuh haiwan yang dikaji memberi reaksi baik terhadap AP39.

Berikut beberapa kemungkinan manfaat daripada tercium kentut;

1. Menurunkan tekanan darah

Satu penemuan dalam kajian ke atas tabiat cium kentut pada 2015 mendapati hidrogen sulfida dapat menangani dinding pembuluh darah seperti arteri tidak menjadi keras.

Istilah perubatannya ialah Atherosclerosis atau Aterosklesis adalah penyempitan dan pengerasan pembuluh darah arteri akibat lemak.

Pada orang yang sihat, arteri mereka lebih fleksibel dan elastik. Aterosklerosis terjadi ketika arteri di dalam tubuh mengalami pengerasan atau kekakuan. 

2. Membantu merawat serangan jantung dan strok

Walaupun pelik tetapi dalam kajian dijalankan Universiti Exter dan University Texas Amerika Syarikat mendapati tabiat mencium bau kentut boleh mengatasi serangan jantung dan strok.

Dalam sebuah penelitian lain yang diterbitkan American Heart Association menjelaskan hidrogen sulfida dapat membantu melebarkan pembuluh darah dan membuatkan pengaliran darah dari jantung ke seluruh tubuh lebih efisien.

Hal ini dapat mencegah serangan jantung atau mengurangi kemungkinan individu mengalami strok.

3. Membantu meningkatkan kesihatan ginjal

Salah satu masalah sering berlaku pada organ ginjal ialah masalah radang hingga menyebabkan pembengkakan pada organ terbabit.

Kajian pada 2016 mendapati hidrogen sulfida yang juga kandungan gas dalam kentut dapat menangani masalah radang. 

Fungsi gas itu yang menyerap dalam sel darah untuk membantu memulihkan sel rosak.

4. Membantu melindungi otak

Aspek lain kebaikan mencium bau kentut adalah membantu melindungi otak dari kerosakan selepas serangan jantung.

Serangan jantung boleh menyebabkan sel mati kerana tidak mendapat oksigen mencukupi dan ia boleh ditangani dengan kandung hidrogen sulfida.

Penyakit berkaitan otak juga dapat ditangani seperti demensia dan Alzheimer.

Alzheimer juga sebahagian daripada penyakit demensia yang boleh menjejaskan memori, pemikiran dan perilaku.

5. Membantu mengurangi kesan penuaan

Seperti mana elemen gas pada kentut boleh regeneratif atau merangsang sel, itu secara tidak langsung membawa maksud membantu mengurangkan gejala penuaan.

6. Pengurangan komplikasi atau risiko radang dan kerosakan sel

Sulfur hidrogen berperanan dalam mengurangi stres oksidatif boleh menyebabkan kerosakan sel yang akhirnya menyumbang kepada penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan kanser.



Antioksidan antara yang terdapat dalam 'gas kentut' dapat membantu meneutralkan radikal bebas, mengurangi radang dan melambakan proses penuaan pada sel.


SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 12-8-2024 08:50 AM
Choi lah
Bau busuk kot
Kosser nak bau kentut
Quote Supersirap 12-8-2024 09:09 AM
banyak manfaat kentut yang masih tidak kita tahu lagi
Quote ledigugu 12-8-2024 09:35 AM
Bau kentut sendiri ke bau kentut org ni [em:12:]
Quote imransulaiman 12-8-2024 10:49 AM
Kalau ada makan durian atau telur rebus, habislah hidu gas beracun! Hahahaha!
Quote dio5774 12-8-2024 12:51 PM
Kentut perempuan la paling busuk pekak
Quote ifanonline 12-8-2024 03:26 PM
dio5774 replied at 12-8-2024 12:51 PM
Kentut perempuan la paling busuk pekak

org pompuan kan lubang banyak
Quote edayildiz 12-8-2024 03:56 PM
blh hilang jerawat..i ingt dak laki 1 kls i dlu ckp ..dia tu kentut dlm kls..pastu i ckp ko kentut ek..dia ckp elok la aku kentut..bgs utk elak jerawat...
xtau betul tak si mamat gemok tu ckp..dh gemok suka kentut
Quote Mary_jane 12-8-2024 04:26 PM
Sikit hari lagi ada ler tu jual kat shopee.
Quote Skuau 12-8-2024 06:00 PM
Mary_jane replied at 12-8-2024 04:26 PM
Sikit hari lagi ada ler tu jual kat shopee.

sapa nak...aku bg FREE jer....
Quote sukacactus 12-8-2024 06:07 PM
Oooh! Laki aku xleh baca ni
Lg menjadi2 dia nnt
Quote green~tea 12-8-2024 06:11 PM
edayildiz replied at 12-8-2024 03:56 PM
blh hilang jerawat..i ingt dak laki 1 kls i dlu ckp ..dia tu kentut dlm kls..pastu i ckp ko kentut e ...

Orang kata kalo nak hilangkan cystic acne or hormonal acne.. kena amalkan minum teh spearmint
Quote edayildiz 12-8-2024 06:16 PM
green~tea replied at 12-8-2024 06:11 PM
Orang kata kalo nak hilangkan cystic acne or hormonal acne.. kena amalkan minum teh spearmint


i ada baca jgk psl ni...
tiber i ada jerawat sebijik kt dagu..
xpernh naik jerawat..period pun sesekali je tumbuh sebijik..
risau giler sbb jerawat kt dagu ni mcm bsr..nsb dh mengecut i letak lip balm
nk period gamaknya
Quote Ennadey 12-8-2024 07:07 PM
Tak sangka pulak hidu kentut pun boleh bawa kebaikan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.087629 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top