CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami ceraikan Nora Ariffin menerusi rakaman video

12-8-2024 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44015| Komen: 352


Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu dalam Instagram, sebentar tadi.

"Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah," lafaznya.


Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.

Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021. Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 12-8-2024 09:56 PM
Cepat sgt cash penyondol ni
Quote sharlenetexas 12-8-2024 09:57 PM
Salam takziah.


Quote sharlenetexas 12-8-2024 09:58 PM
Pakai t shirt pagoda je ke pakcik?

Quote shernazz 12-8-2024 09:59 PM
Iols baru je tgk video kat fb
Terus ke sini
Haha
Quote sfrnna 12-8-2024 10:01 PM
Motif upload kat public? X perlu kot.....
Quote Afifi82 12-8-2024 10:05 PM
Pas baca kat fb, cek in di sini
Quote anony-mous 12-8-2024 10:06 PM
Nohhhhhhh
Quote edayildiz 12-8-2024 10:06 PM
cash la..
btw korg caya x kwn i ckp acik nowa ni bossy dan berlagak sikit..kwn i ckp
Quote cubajaya 12-8-2024 10:09 PM
Hmmmm... Cinta mati kt arwah johan tp kawin lain.. X dptlah bersama kt syurga... Sekali kena camni pulak
Quote ajeajelah 12-8-2024 10:11 PM
Allahuakbar. Tahun lepas khabar angin kate rumahtangga goyang. Nora nafikan sekeras-kerasnya. Tahun ni betul2 bercerai. Aku bab cerai2 ni aku tak suka. Tak kisahlah sape pun. Mulut/Tangan sekor2 jangan jahat sgt bab gembira bila orang len bercerai, Allah pulangkan balik kat kita dan pasangan kita nanti. Hati2. Aku mmg takut nak cakap atau doakan atau cakap cash kat orang yg baru lepas bercerai. Putaran kifarah tu benar2 berlaku menimpa kehidupan kita pulak. Mulut/tangan tu jaga2.
Quote cik_ingeniare 12-8-2024 10:13 PM
Salam takziah buat keduanya
Quote dua_chzy 12-8-2024 10:14 PM
Buduh punya jantan. Waktu nak terhegeh2, dah tak nak, sidai camtu ja. Sial.
Quote edoraixora 12-8-2024 10:14 PM
Masa kahwin kemain sorok tarikh...dah cerai beria pulak up vid. Nak suruh netz kecam exlaki lah dia ni
Quote Mary_jane 12-8-2024 10:18 PM
Tak perlu pun acik Nora upload video lafaz cerai ni kat medsos. Mengundang fitnah yang tak berkesudahan.
Quote noor2 12-8-2024 10:19 PM
dua_chzy replied at 12-8-2024 10:14 PM
Buduh punya jantan. Waktu nak terhegeh2, dah tak nak, sidai camtu ja. Sial.

Sial sgt kan....apa punya manusia .x bertanggungjawab
Quote pocongkiutss 12-8-2024 10:20 PM
edayildiz replied at 12-8-2024 10:06 PM
cash la..
btw korg caya x kwn i ckp acik nowa ni bossy dan berlagak sikit..kwn i ckp

PERCAYA SGT SGT SGT
Quote noor2 12-8-2024 10:21 PM
edoraixora replied at 12-8-2024 10:14 PM
Masa kahwin kemain sorok tarikh...dah cerai beria pulak up vid. Nak suruh netz kecam exlaki lah dia  ...

Oh.mmyg upload ni Nora...pelik sgt dia upload benda2 aib mcm.ni....hmmm x betul juga perempuan ni
Quote pocongkiutss 12-8-2024 10:21 PM
dua_chzy replied at 12-8-2024 10:14 PM
Buduh punya jantan. Waktu nak terhegeh2, dah tak nak, sidai camtu ja. Sial.

Ala uols..tah2 acik norah divah ni yg provoke2 jate tu ..ee..koserrr
Quote Geeayden 12-8-2024 10:21 PM
Berpisah buatlah cara elok..

Lihat semua komen(352)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068905 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top