CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Kini Rumah Saya, Saya Sayangkan Malaysia. Isteri Saya (Vicky Beasley) Gembira Di Sini - John Beasley

12-8-2024 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18459| Komen: 12


SELEPAS 18 tahun berkhidmat dengan pasukan berbasikal trek kebangsaan, John Beasley kini boleh menggelarkan Malaysia sebagai rumahnya.

Jurulatih berusia 62 tahun itu berkongsi baru sahaja mendapat pengesahan sebagai penduduk tetap kira-kira tiga minggu lepas.


"Saya dapat panggilan telefon, antara hari yang paling gembira, memaklumkan saya mendapat taraf penduduk tetap. Saya rasa diterima dan dihargai, dan saya memang rasa saya ‘orang putih’ Malaysia...saya cakap pada semua saya berasal dari Genting Highland,” katanya bergurau.

"Tetapi saya bangga, saya sayangkan Malaysia. Isteri saya (Vicky Beasley) gembira di sini (Malaysia). Saya sedang cuba belajar bahasa Malaysia. Saya boleh ikut perbualan anak buah (atlet di bawah kendaliannya) tetapi sukar untuk saya tangkap semuanya, tapi saya komited untuk perbaiki,” katanya.

Warga Australia itu mengambil peranan sebagai jurulatih berbasikal trek negara pada 1 Januari 2006 dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Datuk Azizulhasni Awang dari zaman remaja sehinggalah menjadi pelumba keirin bertaraf dunia termasuk memenangi emas Kejohanan Dunia 2017 dan dua pingat Olimpik iaitu gangsa pada Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020.

Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan tugasan Beasley yang terakhir sebagai jurulatih dan selepas ini beliau akan menggalas jawatan pengarah teknikal pasukan kebangsaan.

Beasley menyifatkan hubungannya dengan Mohd Azizulhasni sebagai bapa angkat (godfather) kepada atlet berusia 36 tahun itu setelah 17 tahun melatih pelumba itu.

Selepas kempen Olimpik kelima Mohd Azizulhasni berakhir dengan kekecewaan susulan tersingkir dalam acara keirin semalam, Beasley percaya sudah tiba masanya untuk ‘Pocket Rocketman’ berhijrah ke fasa baharu hidupnya.

"Beliau telah mencurahkan bakti selama 17 tahun kepada negara, ia merupakan kerjaya yang panjang dan gemilang dan saya berpendapat sekarang masanya untuk beliau berpindah ke fasa baharu hidupnya...mahu lihat beliau menerajui sukan berprestasi tinggi di Malaysia dalam beberapa tahun ini.

"Mungkin beliau terus bertanding dalam keirin untuk dua tahun akan datang, mungkin di Jepun,” katanya.


Mohd Azizulhasni tersingkir pada saringan pertama keirin kerana memintas pacer sebelum pacer memecut keluar trek, semalam.



Sumber : Bernama, Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-8-2024 10:14 PM
Semoga bergembira di Malaysia.




Quote Suchi 12-8-2024 10:38 PM
Edited by Suchi at 12-8-2024 10:40 PM

Ni layak la dapat PR, latih atlet sampai jd atlet bertaraf dunia
Drpd membazir bg red card kat kat bini2 or laki orang yg takda apa jasa pun pada malaysia hanya kerna kahwin ngn org malaysia yg juga takda menyumbang apa pun

Quote emera 13-8-2024 09:19 AM
Suchi replied at 12-8-2024 10:38 PM
Ni layak la dapat PR, latih atlet sampai jd atlet bertaraf dunia
Drpd membazir bg red card kat kat b ...

Itu ok lg… yg indon2 mai sini keje pun ntah hape2, paling jahat jd penjenayah, dibaginya PR. Siap bukak biz, sedut benefits…
Quote Supersirap 13-8-2024 09:25 AM
Tahniah uncle
Quote mekfazura 13-8-2024 09:31 AM
NI KALAU BANGLA INDIA PUKISTAN GUNA AYAT YANG SAMA, UMMAH MARHAEN BANI PPRT B40 AKAN MENGAMUK SEMACAM
Quote vanillaninja 13-8-2024 02:12 PM
Comel je mengaku from Genting. Kalau heols mengaku from CH or Fraser's Hill okay jugak.
Quote scorpionkiki 13-8-2024 02:26 PM
mekfazura replied at 13-8-2024 09:31 AM
NI KALAU BANGLA INDIA PUKISTAN GUNA AYAT YANG SAMA, UMMAH MARHAEN BANI PPRT B40 AKAN MENGAMUK SEMACA ...

Yalah...sbb dia pilih untuk discard negara dia yg kelihatan sejuk, modern dan lebih kaya.. better dr negara kita ni.
Quote melekaifc 13-8-2024 04:17 PM
dia nak tinggal kat Mesia. Jijoe ni tak silap duduk melben kan. Jijoe dah dapat PR ozzy ke?macam dah lebih 10 tahun duk ozzy.
Quote gideoncross 13-8-2024 09:03 PM
mekfazura replied at 13-8-2024 09:31 AM
NI KALAU BANGLA INDIA PUKISTAN GUNA AYAT YANG SAMA, UMMAH MARHAEN BANI PPRT B40 AKAN MENGAMUK SEMACA ...

Klau Rohingya yg dpt, msti smua org mngamuk x ingt dunia
Quote Gianna111 13-8-2024 10:08 PM
topic ni sangat hangat dibicarakan dalam group foreign spouse in Malaysia..
Quote becir 14-8-2024 01:20 AM
Suchi replied at 12-8-2024 10:38 PM
Ni layak la dapat PR, latih atlet sampai jd atlet bertaraf dunia
Drpd membazir bg red card kat kat b ...

mat dan in mind..
Quote ifanonline 14-8-2024 11:01 AM
banyak bantu malaysia ni uncle john, you are very much welcome in Malaysia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072263 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top