Pelakon terkenal Datin Lisa Surihani tidak hanya fokus untuk mendapatkan berat badan ideal, tetapi juga berusaha gigih menjaga kesihatan demi menjalankan ibadah dengan lebih sempurna dan memastikan dirinya tidak menyusahkan anak-anak apabila berusia nanti. Menurut Lisa, 38, yang juga isteri kepada pengarah dan penyanyi terkenal Datuk Yusry Abdul Halim, dia telah mengamalkan senaman di gimnasium sebanyak empat kali seminggu serta menjalani kaedah diet intermittent fasting (IF) sejak sebulan lalu. Langkah ini diambil bukan semata-mata untuk penampilan, tetapi lebih kepada mengekalkan kesihatan yang optimum. “Niat saya adalah untuk kekal sihat, bertenaga dan nanti apabila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak. Bila kita ada kekuatan, secara tidak langsung saya dapat jalankan ibadah dengan baik,” ujar Lisa dengan penuh semangat menerusi video siaran langsung di TikTok miliknya.
Pelakon filem Ombak Rindu itu turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai rakan-rakan yang positif dan memberi sokongan ketika bersenam di gimnasium. Mereka tidak hanya membantu dalam latihan fizikal tetapi juga sering mengingatkannya untuk sentiasa berzikir walaupun ketika beriadah. “Saya bersyukur sebab di pusat gimnasium yang saya pergi ada ramai kawan baharu dan sangat memberikan sokongan kepada saya. Mereka juga selalu mengingatkan saya pada Allah seperti sambil bersenam kita sebenarnya boleh berzikir,” katanya dengan penuh kagum. Lisa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata yang menjadi penyeri hidup mereka, iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne, 7, dan Yunos Laith yang kini berusia 3 tahun. Lisa berharap, dengan gaya hidup yang sihat ini, dia dapat terus menjadi ibu yang kuat dan sihat untuk keluarganya serta menjalankan tanggungjawab agama dengan lebih baik. SUMBER: Murai.my |
kierakirana replied at 13-8-2024 07:33 PM
Edisi fitness and healthy. Kaih acik Forum masuk share experience kome. Iolss masih 85kg dulu kini s ...
Cyempaka replied at 13-8-2024 07:30 PM
Jap g ada yg keluar dr kuburan demi mengutuk gambar hiasan walopun xberkaitan
Btw aku pun buat if ...
aina_shaira replied at 13-8-2024 08:17 PM
Takde tips, biar je
aina_shaira replied at 13-8-2024 08:17 PM
Berkesan ke nak kuruş? Kira uols tahan makan lah ye
ADVERTISEMENT