Pelakon Bella Astillah menegaskan bahawa tiada niat untuk memutuskan hubungan antara anak-anaknya dengan bekas suaminya, Aliff Aziz, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sebaliknya, Bella mendedahkan bahawa ibu kepada Aliff sendiri yang telah merosakkan hubungan tersebut dengan memilih untuk menyindirnya secara terbuka di media sosial. Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, menjelaskan bahawa keluarga bekas suaminya tidak pernah meminta maaf atas tindakan mereka yang menyokong wanita yang dikatakan telah memusnahkan rumah tangganya dengan Aliff. “Kepada mak mentua saya, semasa buang saya dari kumpulan WhatsApp keluarga begitu sahaja tanpa dengar penjelasan, tidak tanya khabar saya dan anak-anak, siap nyahikut saya. Selepas itu anda boleh pula ikut perempuan yang sudah menjadi punca cucu anda kehilangan bapa?” luah Bella dengan nada kesal.
Bella turut mempertikaikan akal fikiran dan sifat kemanusiaan ibu mentuanya yang memilih untuk terus menyindirnya di media sosial, walaupun tindakan tersebut dikatakan hanyalah hantaran umum. Baginya, rakyat Malaysia cukup bijak untuk memahami bahawa sindiran itu ditujukan kepadanya. “Sekiranya anak anda tidak berkomplot merancang perkara jahat, semua ini tidak akan terjadi. Kami pasti boleh berpisah dengan cara baik,” tambah Bella yang kecewa dengan keadaan yang berlaku. Apa yang lebih menyakitkan hati Bella adalah tiada kata maaf yang diucapkan oleh keluarga bekas suaminya, malah mereka terus memperli dirinya dengan membuat video-video sarkastik di media sosial. Tindakan keluarga Aliff yang terus menyindir Bella juga menambah beban emosi kepada anak sulung mereka, Ayden Adrean. Bella mendedahkan bahawa dalam satu panggilan video antara Ayden dan neneknya, Fiza, anaknya itu terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh neneknya. “Jadi, buat sementara waktu ini berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian, cukup panggilan video pertama kalinya menjadikan saya takut sebab mak mertua cakap apa pada Ayden ketika itu? Ayat-ayat macam ini hanya akan mengganggu fikiran budak kecil walhal dia tak fikir begitu,” ujar Bella yang risau akan kesihatan mental anak-anaknya. Bella turut menegaskan bahawa keputusan untuk menjauhkan anak-anaknya dari keluarga bekas suami diambil buat sementara waktu demi menjaga ketenangan dan kesihatan mental mereka. Beliau meminta agar keluarga bekas suami menghormati keputusannya dan tidak lagi menuduhnya menggunakan anak-anak sebagai alasan. “Saya menjaga kesihatan mental dan ketenangan anak-anak untuk membesar dengan baik dan positif. Jangan risau, anak-anak tetap kenal bapa mereka. Saya juga tahu soal hukum memisahkan anak dengan bapa, saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka,” kata Bella lagi. Sebelum ini, Bella dan Aliff Aziz berkahwin pada 9 September 2016 namun bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Baru-baru ini, ibu kepada Aliff Aziz, Fiza, turut mencetuskan kontroversi apabila berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai larangan anak-anak daripada berjumpa ibu bapa mereka, yang dipercayai ditujukan kepada Bella. Situasi ini semakin tegang apabila Aliff dan Fiza sering memuat naik hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara, yang menambahkan lagi tekanan kepada Bella. Walau bagaimanapun, Bella berharap agar konflik ini dapat diselesaikan dengan baik pada masa hadapan demi kebaikan anak-anak mereka. SUMBER: Murai.my |
dewi_rina replied at 13-8-2024 08:44 AM
Tadi bukan kata suruh stop cerita pasal rumahtangga dia ke sebab dah muak? Bukan anak-anak je confus ...
matjerk replied at 13-8-2024 08:51 AM
Berita lama kot ni... reputs cari baru dapat approval utk post berita ni agaknya..
Kecik hati k ...
dewi_rina replied at 13-8-2024 08:53 AM
Baru je cuols dia ckp haritu.. Yg sbelum anugerah tiktok tu 3 perenggan dia tulis
Setelah sekian l ...
alesandra replied at 13-8-2024 04:39 PM
Minah ni thread lain kata nak move on.. thread ni lain pulak citernya.ko nak apa sebenarnya pompuan? ...
matjerk replied at 13-8-2024 05:33 PM
Yes i mean yg tu... tp reputs ni baru bukak thread hari ni
ADVERTISEMENT