Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona berkata kesukaran untuknya mencari kekasih mungkin disebabkan dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi pada seseorang lelaki. Kata Leona, dia tidak mementingkan paras rupa namun lebih selesa dengan lelaki yang matang dan berusia daripadanya selain mempunyai susunan gigi yang cantik.
"Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya." "Saya suka yang matang dan lebih tua daripada saya. Gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya." Leona juga turut memberitahu dia mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan meskipun masih tiada calon suami lagi buat masa sekarang. Malah, keluarga juga sudah tahu tentang itu dan menyokong niatnya asalkan dia menghabiskan pembelajaran dan selesaikan apa yang perlu dahulu. "Memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya tercapai. Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat suka kanak-kanak. Semua hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun depan.' SUMBER: Gempak, Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|