CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penerbangan Bawa 40 Warga Palestin Cedera Selamat Berlepas ke Malaysia

16-8-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44900| Komen: 49


 


KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza selamat berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr memberitahu Bernama bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur.

"Semoga mereka selamat dalam perjalanan ke Malaysia," katanya.

Kedua-dua pesawat dan pesakit dijadualkan tiba di Malaysia pada pagi Jumaat.

Warga Palestin yang cedera dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir, mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk kecederaan tulang dan melecur.

Terdahulu, Nasr berkata pesakit itu akan menerima rawatan di hospital-hospital yang ditetapkan oleh Malaysia.


Beliau berkata pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini adalah usaha yang diselaraskan melibatkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri Anwar," katanya sambil memberi jaminan komitmen untuk meneruskan usaha mereka dengan kerjasama Malaysia.

Pada 4 Ogos lepas, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.

Menurut Nasr, Mesir kini menempatkan lebih 70,000 warga Palestin di 40 hospital.

Beliau memberi jaminan bahawa Mesir akan terus memberi sokongan terhadap sebarang permintaan masa depan dari Malaysia.

"Kami akan meneruskan bantuan ini, apa sahaja yang diminta oleh Malaysia pada masa hadapan," katanya.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Khamis mengesahkan bilangan kematian warga Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lepas telah meningkat kepada 40,005 orang dengan tambahan 92,401 individu cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
 
Sumber: BERNAMA 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 16-8-2024 08:40 AM
Edited by zuriey at 16-8-2024 08:41 AM

Ok diorng dilonggok kan di mana
Org malaysia sendiri nak masuk wad kena tunggu 24-72jam !
Katil tak de
Doktor2 malaysia pun mcm happy duorng di bawa masuk
Wah kemain ko happy nak rawat rakyat palestin tapi dgn rakyat sendiri mcm2 sumpah seranah ko hembur
Tak de pula ko merempan penat
Quote CoffeeOverdose 16-8-2024 08:46 AM
Cara nak habiskan duit tax payers. Rakyat sendiri pun susah nk dptkan rawatan ada hati nak bantu rakyat negara lain. nak bantu palestine tp rakyat sendiri melarat. satu pembaziran.
Quote kemaruk 16-8-2024 08:47 AM
Terpaling      
Quote ezacbee 16-8-2024 08:54 AM
Kos rawatan Malaysia tanggung ke camne?

Jauh2 hantar dekat2 arab sana xde ke???

Pelik2 je..
Quote Glass_shoes 16-8-2024 09:00 AM
Lepas rawat duduk mana?
Quote mejaputih 16-8-2024 09:16 AM
rakyat sendiri ramai yg susah nk dptkan rawatan...hospital sentiasa penuh sampai tunggu berbulan2 utk operate...
Quote cik_scha 16-8-2024 02:17 PM
bawak laaa medical teammmm p sanaaaa. ni brpa trip niii nak mai bawak siniii...
Quote moolanji 16-8-2024 02:20 PM
semoga mereka dapatkan rawatan yang sebaiknya..
Quote MissYouSayang 16-8-2024 02:22 PM
Guna duit taxpayers msia ke nak rawat pak ereb...hareiii
Quote _kelly 16-8-2024 02:26 PM
ada pon tred pasal ni..terpaling betul la madanon semata nak gulakan hati rakyat melayu terpaling palestin

dah la guna tax payer money, bawak 40 orang, yang beratus ribu lagi cedera tu nak ulang alik bawak datang jugak ke..lepas dah rawat dapat status PR pulak..ngam!
Quote supernaturalee 16-8-2024 04:12 PM
_kelly replied at 16-8-2024 02:26 PM
ada pon tred pasal ni..terpaling betul la madanon semata nak gulakan hati rakyat melayu terpaling pa ...

plus 80 org sedara mara
padan la smpi 2 kapal terbang

dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur.


Quote _kelly 16-8-2024 04:39 PM
supernaturalee replied at 16-8-2024 04:12 PM
plus 80 org sedara mara
padan la smpi 2 kapal terbang

so dah 80 orang bakalan dapat PR kat malaysia..bila second round pulak
Quote zuriey 16-8-2024 04:59 PM
Glass_shoes replied at 16-8-2024 09:00 AM
Lepas rawat duduk mana?

Dok malaysia jual kunafa lah sis
Quote prettyuglybabe 16-8-2024 05:33 PM
yang cedera 40 jah..
yang lagi 80 tu kau nak himpun kat mana?
Quote Nham22 16-8-2024 05:46 PM
Definasi cedera tu ape sebenarnye...
Quote Madel 16-8-2024 06:07 PM
Ada tenguk kat TT tadi..
ermm yg sakit nya tak berapa orang pun
Yg datang pun semua elok je ada hfon, baju kasut pun nampak baru.
ermmmm tulis lebih2 kan sat gi kena kecam pulak
Quote azahan 16-8-2024 06:19 PM
Madel replied at 16-8-2024 06:07 PM
Ada tenguk kat TT tadi..
ermm yg sakit nya tak berapa orang pun
Yg datang pun semua elok je ada hfon ...

yes correct. baju bersih semua bukan kepam2 mangsa perang
Quote mehmet 16-8-2024 06:21 PM
Ke t20 sana ?
Quote Madel 16-8-2024 06:29 PM
azahan replied at 16-8-2024 10:19 AM
yes correct. baju bersih semua bukan kepam2 mangsa perang

Kan betul kan
Mcm penduduk T20 aje, bukan penduduk penempatan khemah perang.
Ada lelaki sorg tu bertongkat, sihat walafiat baju pun kemas bersih.
Terpaling Palestin sangat ,memasing dok sebak2..
ujung2 kena scam

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.147602 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top