CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib & Mamat Kongsi 3 Perkara Untuk Jaga Persahabatan – ‘Sayang Kawan, Ia Akan Menebal Sampai Kiamat’

16-8-2024 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 50974| Komen: 26

 


Konflik antara pelawak Shuib, Mamat dan Jep, menjadi antara sorotan warganet di media sosial terutama selepas timbulnya isu pendedahan dalam sebuah podcast.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mamat dan Shuib berkongsi tiga perkara untuk menjaga persahabatan.


Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berpendapat perasaan sayang terhadap kawan adalah elemen paling penting di dalam perhubungan.

"Yang pertama sayang kawan, yang kedua sayang kawan dan yang ketiga pun sayang kawan.

"Ia akan jadi tiga lapis, tebal..sampai bila-bila. Hilang satu sayang, sayang kedua dan ketiga ada sampai kiamat."

"Jadi, sayangilah kawan anda. Kerana kawan anda ini boleh memimpin anda ke syurga. Insya-Allah."

Manakala menurut Shuib pula, keikhlasan, kejujuran serta rasa sayang dapat mengukuhkan persahabatan.

"Pertama kena ikhlas berkawan, kena jujur bila berkawan dan sayang kawan."

Imbas kembali, kemelut antara ahli kumpulan Sepahtu ini mula timbul selepas Jep Sepahtu memuat naik hantaran di  IG meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digunakan sebagai konten di dalam sebuah podcast.

Jep turut kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 16-8-2024 11:32 PM
Takde cerita lain ke ko nk bukak thread selain cerita pasal beruk matyeh 2 ekor ni wartawan cari oooi
Quote babycc 16-8-2024 11:36 PM
Gi mampos.. xde sape kesah ko berdua nak kwn.. berbunyikkk je mulut
Quote Lolalala 16-8-2024 11:43 PM
Tak abis² laaa geng alumni SPRM ni.
Quote sailormars 17-8-2024 08:03 PM
betul la jep kate menunggang nama dia...sekali dpt perhatian, tak abis2 dok ulang mende same smpai abg jamil mampus...
Quote Glass_shoes 17-8-2024 08:07 PM
Jep bunyi sekali je kan? X abis2 dua orang ni
Quote oggy 17-8-2024 10:52 PM
Terpaling bff la dua ni?
Quote makadek 17-8-2024 11:16 PM
Puih laaa tk minat
Quote Aneem 18-8-2024 12:55 AM
Esok lusa bergaduh, harap ada yg tunjal kepala beruk 2 ekor ni, dan tepek artikel ni kat muka awam tu.
Quote asfaz 18-8-2024 01:51 AM
Masa soeb kayoo aritu sebelum sangkut ,dia ada rapat tak ngan mamat ni?  Kawan pimpin ke syurga? Hikhikhik. Yakinnya mamat
Quote red_velvet 18-8-2024 01:53 AM
Tak habis2 laa budak kelas blakang ni.. member kaki judi nak teman sampai akhrat ape nye....lainlavkalau member kaki masjid
Quote Fazzbulous 18-8-2024 01:53 AM
jep pn malas nk layan 2 ekor ni..attention seeker..
Quote anilanil 18-8-2024 02:01 AM
Terpaling setiakawan. Terpaling kerja main2, tak focus. Terpaling lawak lucah. Terpaling provoke. Move on je la. Jep & rahim pon dah malas nak melayan.
Quote MistrezHermanaz 18-8-2024 09:52 AM
X habis2 lagi kuar statement 2 org ni?? Siap buat video lagi, kalau x perli abes tu apa, order mkn 3,pastu guna background lagu yg jep pernah nyanyi.. Mohon jep buat xtau je la kalini.. Tp rasanya dia kuar statement sekali je ritu
Quote slyfynx 18-8-2024 10:06 AM
Sbb dah xde duit, time tu la korek balik kawan lama
Quote t_hahahaha 18-8-2024 10:53 AM
yang berbunyi ni selalunya terpaling bermasalah
Quote KikiHadid 24-8-2024 07:40 PM
Dulu eb tagteam dkt jep..mendunia berdua..mcm mamat tu x penah wujud je..now tagteam dgn mamat plk..haihhhh
Quote albedah 24-8-2024 07:42 PM
Sebelum ni x nmpak pun dia dgn mamat saaaaangat...
Quote sangbara2020 26-8-2024 12:19 PM
dh xde kwn nk kwn dgn samira ni ke
rengsa aku...aihh kenapa la aku komen kat sini...sbb meluat sgt aiihh
Quote missyL 26-8-2024 12:22 PM
sangbara2020 replied at 26-8-2024 12:19 PM
dh xde kwn nk kwn dgn samira ni ke
rengsa aku...aihh kenapa la aku komen kat sini...sbb meluat sgt a ...

Aku pn meluat hahahahah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054520 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top