CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Itulah Podcast…Kenapa Nak ‘Koyak’ Pula?” – Saiful Apek

18-8-2024 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33478| Komen: 58

 

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelawak Jep Sepahtu memuat naik kenyataan seolah tidak senang apabila namanya dipetik dalam satu podcast.

Memetik mStar Online, pelawak Saiful Apek tampil memberi pandangannya berhubung kontroversi kumpulan Sepah yang tiada kesudahan lagi,

Saiful meminta agar mereka menyelesaikan kemelut berkenaan secara baik dan tidak jadikan media sosial sebagai perantaraan.

Menurut Saiful lagi, podcast adalah tempat dimana perkara yang tidak pernah diketahui ramai termasuk mengenai zaman muda akan dikongsikan.

“Bagi saya setakat cerita perkara lepas mengenai zaman muda itu biasa dekat Podcast, sebab itu memang caranya untuk naikkan jumlah tontonan, kenapa nak ‘koyak’ pula.

“Saya tak berpihak mana-mana pihak tapi dunia sekarang sudah berubah, mereka ni public figure jadi nak gaduh tu tengok-tengok la orang lama, kumpulan Senario tak pernah bergaduh di media sosial sebab semuanya kami selesaikan diluar,” katanya.


Dalam pada itu, Saiful akui terguris dengan tindakan kumpulan Sepah itu kerana didakwa seakan-akan tidak menghormati dirinya sebagai orang lama dalam industri.

“Bila saya tengok mereka bergaduh tu aduh hati saya sangat terguris sebab kenapa mereka buat macam ni, Senario pun tak pernah buat macam ni, kalau boleh belajar minta maaf dan memaafkan lagi bagus selesai cara luar,” katanya.


Sumber: mStar, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 18-8-2024 06:32 PM
Jep rasa dia terpaling bagus antara ber3 tu. Podcast tu takde pulak ngata dia. Tiber dia citer pasal astro buang shuib, apa kena-mengena dgn podcast tu???
Quote lanacondor 18-8-2024 08:49 PM
Dah la tu.. bnd kecik je.. mslh dorg 3org. Yg lain xpyh la nak jadi nasi tambah.
Quote sleepandream 18-8-2024 08:55 PM
ironi nya, depa pelawak, content bahan orang... tapi bila sendiri jadi bahan, koyak? apoooooo
Quote noor2 18-8-2024 08:59 PM
Benda kecik la sgt sampai provok dan sindir antara satu sama lain...mcm budak2 x sekolah tinggi
Quote kakasotong 18-8-2024 09:02 PM
Sebab memang dah betul2 berpatah arang berkerat rotan la tu masing2. Dah gaduh teruk sebab tu masing2 saling call out lepastu sindir menyindir antara satu sama lain. Memang xla nak setel luar. Mungkin dah block dah sesama sendiri kat contact list telefon. Rasa ada lalu kt tt Rahim cakap Soeb pun dah block ig ke block phone number dia. Memang teruk deyols gaduh ni.
Quote Mary_jane 18-8-2024 09:03 PM
Se7.
Quote Hoola 18-8-2024 09:47 PM
dh kluar tingglkn kg halaman nk jd retis
dh gaduh,riuh sekampung satu malaya

bosan!
Quote asma87 18-8-2024 09:49 PM
noor2 replied at 18-8-2024 08:59 PM
Benda kecik la sgt sampai provok dan sindir antara satu sama lain...mcm budak2 x sekolah tinggi

Dorg pelawak MLM mmg uneducated kaka

Kalau pelawak yg T20 cm yg baru serai tu, haa tu baru nampak sekolah tinggi
Quote AnnaSendin 18-8-2024 10:14 PM
Tuew sebab iols layan douglas lim sajork. Lawak educated, tade gaduh sana sini. Pelawak makan keliling, bn makan, ph pun makan.
Quote Lily_Elizabeth_ 18-8-2024 10:26 PM
Handsome tiga tiga gambar lama atas tu; nampak muka lelaki; now ramai pondan jadi artist.
Quote kerani_je 18-8-2024 10:54 PM
kakasotong replied at 18-8-2024 09:02 PM
Sebab memang dah betul2 berpatah arang berkerat rotan la tu masing2. Dah gaduh teruk sebab tu masing ...

Rahim tu nampk nau penjilat jep..Jaga periuk nasi die nak tanggung 2 bini tu almaklum besar komitmen..Sebab tu duk side jep je..Takut la tu tak ada job sepatu reunion live tu nnti nak bagi bini2 tu mkn apa..Anak tiri 8A tu lagi nk buang bljar nnti..Padahal rahim ni entah mne lawak pun i tak tau..Bini2 plak jenis tak mau kalah..Lagi yg no 2 tu kemain die la terpaling..

Apa yg apek ckp kat atas tu betul nasihat dia..Tgk senario berpuluh tahun dlm industri tak de pun gaduh2..Ape2 settle luar..Bab podcast pun betul apek ckp dah nama pun podcast cerite hal lalu knp nk terasa lebih..bnda kenangan lalu..past is past pun..
Quote kerani_je 18-8-2024 10:57 PM
noor2 replied at 18-8-2024 08:59 PM
Benda kecik la sgt sampai provok dan sindir antara satu sama lain...mcm budak2 x sekolah tinggi

Dah mmg 3 org tu tak sekolah tinggi pun..Budak2 felda biasa la..Bila senang sikit lupa asal usul n kawan2 lama..Tak semua tapi kebanyakan..Sampai nk cerita kenangan mengusik jiwa dulu pun nk koyak..Memori zaman muda mudi biasa la org kenang kn balik bercerita sambil mengeratkn balik persahabatan..i tak rasa pon soeb n mamat sengaja pedajal atau buruk2 kn dia pun..Penerimaan dia je yg negative sampai sebut nama die pun tak boleh..
Quote oggy 19-8-2024 12:00 AM
Tak kena batang hidung sendiri senanglah cakap.
Statement terpakai untuk semua orang dan keadaan.
Quote PULANGKAN 19-8-2024 05:25 AM
maaf, tapi Saiful Apek ni sifu kepada kumpulan Sepahtu ke?

bukan sarkastik, serius tanya.
sebab dari dulu perasan dia macam rapat dengan diorang. even waktu Sepahtu konflik pertama dulu, gaduh-gaduh, dia ada redakan keadaan.
dari Sepahtu mula2 naik, sampai la thread ni
Quote red_velvet 19-8-2024 07:54 AM
Apek ni pun rasa kasta dia terpaling tinggi dalam circle budak2 lawak .. tiber je menyelit.. patutnya boleh bg ulasan lebih matang n jernihkan suasana... Bukan mengapi2.. cuba senario buat podcast, apek tak dijemput  tapi budak2 senario ungkit pasal  aib apek zaman muda2 apek ambik dadah semua.. apa dia rasa?
Quote Kekunci_Hitam 19-8-2024 08:06 AM
owh wujud lagi dia ni.. igt dah bersara
Quote Aneem 19-8-2024 08:25 AM
Kalau masing2 tak petik nama tak jadi le
Boleh je cerita pengalaman sendiri, tanpa sentuh org lain
Kenapa perlu sebut nama org yg kononnya dh tak nak ada kaitan dgn kau?
Melarat nau ke hidup tu sampai perlu mention org lain utk hypekan program kau?
Baghal mcm kuda kayu
Quote Aneem 19-8-2024 08:27 AM
red_velvet replied at 19-8-2024 07:54 AM
Apek ni pun rasa kasta dia terpaling tinggi dalam circle budak2 lawak .. tiber je menyelit.. patutny ...

Kann terpaling senior katanya
Acah2 org tak hormat dia, dh kenapa lorat nau
Kau pengerusi kehormat pelawak2 malaysia ke?

Quote dekmieDandy 19-8-2024 10:25 AM
entah, aku sokong je je tu, dia tak nak cerita aib dia tersebar, especially dari orang yang di tak anggap kawan dah

kalau nak cerita, takyah sebut nama dia je kot

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035778 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top