CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memandu kereta tanpa lesen (LKM), insurans. Nabila Razali, ibu didenda RM480

19-8-2024 10:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 43079| Komen: 64

 


Penyanyi Nabila Razali dan ibunya didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini kerana memandu kereta tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans, Januari lalu.

Majistret Dr. Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah ibu Nabila, Shamsidah Abdul Rahman, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang juga mewakili anaknya, sejurus empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan dua pertuduhan terhadap Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 31, dia sebagai pemilik sebuah kereta didapati membenarkan ibunya, Shamsidah menggunakan kenderaan itu di atas jalan raya dengan LKM tamat tempoh dan tanpa polisi insurans.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.50 pagi di Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dalam daerah Alor Gajah pada 9 Januari 2024.


Sementara itu, ibunya turut berdepan dua pertuduhan iaitu memandu menggunakan kenderaan dengan LKM tamat tempoh dan tanpa perlindungan insurans pihak ketiga pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Sabit kesalahan mereka berdua berdepan denda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.


Bagi kesalahan tiada polisi insurans, Nabila dan ibunya juga didakwa mengikut Seksyen 90(1) APJ 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 90(2) akta sama yang memperuntukan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau keduanya sekali dan boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan, Fadzil Abu, manakala Nabila dan ibunya tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM120 bagi setiap mereka atau penjara sehari jika gagal bayar. Anak beranak itu membayar denda tersebut. 


Sumber: KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chichaque 19-8-2024 10:43 PM
tak pk keselamatan diri dan orang lain.
Quote gekkou 19-8-2024 10:44 PM
rm480 je?
celah gigi kak nab je
dah jadi bini org pun bengap
Quote sleepandream 19-8-2024 10:47 PM
mak aiii murahnya denda? bayar insurans lagi mahal ribu riban... apoookahhh
Quote edoraixora 19-8-2024 10:47 PM
Bakpo kaknab tak renew roadtax & insurans
Quote annadonna 19-8-2024 10:49 PM
Tak renew la tu. Dasar pemalas.
Quote hyie 19-8-2024 10:52 PM
lupa la nyeh
Quote alesandra 19-8-2024 10:54 PM
Kata byk sgt duit tapi  hakikatnyer bimbo.
Quote anilanil 19-8-2024 11:01 PM
Alahai kaknab semua skrg ni di hujung jari. Kurangkan main tiktok.
Quote Fly_over 19-8-2024 11:07 PM
kelakar pulak gosip ni dia mcm penyejuk gosip panas sol dan abdul
Quote chocobozhere 19-8-2024 11:13 PM
Kat tiktok kemain ramai cakap cantinya dia lepas kawen, bila di tangan org yg tepat,.... dorg ni tak pernah guna filter tiktok ke sapa sapa pun boleh jadi lawa kalau kat situ.
Quote jihah_kudat 19-8-2024 11:15 PM
la kaknab baru nak bersinar balik sebab cite awan tu dah timbul masalah lesen.. kaknab tak ong lagi la bakalan dicerca ummah..
Quote Rogue98 19-8-2024 11:19 PM
Dah kaya...mmg tak payah insurance...
Quote superficialmiss 19-8-2024 11:20 PM
Mcm mana boleh jd ni kaknab. Husb dahlah tokey kereta. Kalau tak renew online, takkan takde agen...
Quote kaedahnya 20-8-2024 05:49 AM
bapak dia tak bising pulak anak bini buat perangai macam ni
Quote Kancilkering 20-8-2024 05:58 AM
tukar nama lag nab bagi kete tu kat mak….:.settle x yah pening renew road tax
Quote CurangLagi 20-8-2024 06:14 AM
Laah mak ni pun. Kereta letak rumah mak. Pakai hari2. Patut cek leee ins kereta smua. Sejenis bgantung sama anak la ni.. gituu iols bekap nab. Hahahahha
Quote TomyamPuteh 20-8-2024 06:35 AM
Kalau rakyat marhaen dh tentu balik rumah Jalan kaki. Retis kan kenal. Cam Ungka tu. Tibeerrr
Quote sukacactus 20-8-2024 06:40 AM
Eh dl masa insurance dah nak mati tu, xde ke reminder suruh renew
Quote tahanie 20-8-2024 06:44 AM
JD PA tak cover benda2 macam ni kahhh

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036054 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top