KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menegaskan hanya empat piala yang diiktiraf dalam bola sepak tempatan iaitu Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih selain pertandingan di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Malah, Tunku Ismail turut menegaskan pengiktirafan hanya turut diberikan kepada trofi Liga Super dan Piala FA yang akan membuka laluan untuk pasukan bertanding di peringkat antarabangsa dan bukannya setakat piala yang dilabel 'syok sendiri.' "Kalau buat piala syok sendiri dan raikan macam menang Piala rasmi, saya akan buat Piala Daddy, dan Piala cap susu mulai tahun depan. "Pasukan lawan kena cari yang lemah lemah. Yang pelik takda perasaan malu. Kes kronik syok sendiri," kata Tunku Ismail. Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail turut berminat untuk membawa pasukan itu menyertai tiga pertandingan yang sudah dimenangi Selangor FC.
Menerusi satu komen ditinggalkan di portal bola sepak, MakanBola, Tunku Ismail mahu menyertai pertandingan itu jika ia diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). "FIFA iktiraf tak piala ni? "Kalau ya nak sertai," kata Tunku Mahkota Ismail. Kejayaan menjulang Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Sabtu lalu selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 menyaksikan 'The Red Giants' sudah melakar hatrik trofi pada musim ini. Sebelum itu, mereka memenangi Cabaran Asia Selangor dan juga Piala RCTI Premium Sports yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. SFC berpeluang menambah trofi keempat pada musim ini apabila mara ke final Piala FA menentang juara bertahan, JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. Sumber: Berita Harian |
Thunderclouds replied at 20-8-2024 10:44 PM
Tered dh ada la monyet!
Tapi sy hadir lg utk mberikn sedikit pandangan.
scorpionkiki replied at 26-8-2024 07:45 AM
Moga Allah bagi pengajaran kat dia di dunia lagi
ADVERTISEMENT