CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir kilat landa Padang Jawa, Jalan Kebun, Seksyen 7 Shah Alam, petang tadi

20-8-2024 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37513| Komen: 21

 


SHAH ALAM: Beberapa kawasan rendah di Padang Jawa, Jalan Kebun, Seksyen 7 dan Setia Alam di daerah ini, dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan, petang tadi.

Lokasi lain yang turut dilanda banjir kilat ialah di Meru, Sungai Bertih, Bandar Putera, Pelabuhan Klang di daerah Klang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Ahmad Nazmi Halil, berkata pasukannya melakukan pemantauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa di sini, selepas menerima maklumat sekolah itu menjadi antara lokasi terjejas akibat banjir kilat.


Katanya, setiba di sekolah berkenaan pada jam 5.07 petang, pihaknya membuat 'size up' dan mendapati kejadian banjir kilat berpunca dari longkang yang tersumbat akibat dipenuhi dengan sampah-sarap berhampiran sekolah itu.

"Anggota bertindak melakukan pembersihan dengan mengeluarkan sampah pada laluan longkang sehingga laluan keluar air berfungsi sepenuhnya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Ahmad Nazmi berkata, siasatan pihaknya mendapati ketinggian paras banjir kilat di dalam kawasan sekolah berkenaan adalah 0.4 meter.

"Ketika bomba tiba, ibu bapa dan guru-guru sudah membawa murid keluar, separuh murid sudah keluar dari sekolah. Bomba hanya bantu bersihkan longkang tersumbat dan kerja-kerja pembersihan sekolah," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video dan gambar keadaan di sekolah berkenaan dengan limpahan air kotor memasuki kelas.

Terdapat juga gambar guru-guru berusaha membantu murid pada sesi petang untuk pulang.

Sumber: – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mahathirina 21-8-2024 01:04 AM
"Takda air itu biasa.. oyeah2".  Sekali brtimbun air tuhan kasi.
Quote Rogue98 21-8-2024 01:10 AM
Aduhhh kesiannye...
Apa alasan kerajaan negeri kali ni?
Quote putu 21-8-2024 05:16 AM
Semoga exbf lemas dibwak arus. Hutang Aku bayar laaaa woiii
Quote Thunderclouds 21-8-2024 06:33 AM
Lobai senyum sinis jahh
Quote brown_pupil 21-8-2024 09:43 AM
tetiap tahun pun memang kawasan ni hot spot untuk banjir. Nothing can be done much selagi MPK dgn JPS tak moh upgrade longkang2 monsoon tu. Faktor paras air laut dengan aras tanah kat klang tu pun main peranan juga.
Quote green~tea 21-8-2024 09:48 AM
Orang lain tengah musim panas berdenting... ngkorang kena selam banjir????????
Quote green~tea 21-8-2024 09:50 AM
brown_pupil replied at 21-8-2024 09:43 AM
tetiap tahun pun memang kawasan ni hot spot untuk banjir. Nothing can be done much selagi MPK dgn JP ...


Padang jawa & klang areas are hotspot banjir bawah paras laut by 2050...


Semua new investment dah marked to avoid this area... so kalo apply for funding.. CONFIRM BANK REJECT


value tanah sini takde harga
Quote tri-max 21-8-2024 09:59 AM
ala punca longkang sumbat sbb tu banjir
da bomba kata takada serious action taken
hanya tolong bersihkan sekolah je
habis semua teori vanishing kluar,
huntongla org shah alam after 2050
If you're in Shah Alam, you'll have a view of the beach 30 years from now...
Quote brown_pupil 21-8-2024 10:00 AM
green~tea replied at 21-8-2024 09:50 AM
Padang jawa & klang areas are hotspot banjir bawah paras laut by 2050...

Still.. berderet2 gak umah naik that area. Selagi ada tanah, makin naik umah area tu. Developer lain kena buat macam gamuda, install water pump setiap kali banjir.

Quote pocongkiutss 21-8-2024 10:01 AM
green~tea replied at 21-8-2024 09:50 AM
Padang jawa & klang areas are hotspot banjir bawah paras laut by 2050...



Wa serius la. Tp pdg jawa tu sebelah2 je dgn seksyen 7 shah aley kan
Quote bpbbppbp 21-8-2024 10:05 AM
Teruk jugak tu banjirnya
Quote gigahertz 21-8-2024 11:25 AM
green~tea replied at 21-8-2024 01:50 AM
Padang jawa & klang areas are hotspot banjir bawah paras laut by 2050...

Padang jawa tu kawasan denggi. red zone jugak la.

Quote AbukRokok 21-8-2024 11:31 AM
bukan katanya smlm air pasang besar ke
Quote gigahertz 21-8-2024 11:35 AM
tri-max replied at 21-8-2024 01:59 AM
ala punca longkang sumbat sbb tu banjir
da bomba kata takada serious action taken
hanya tolong bersi ...

i pernah menyewa around pada 2022
masa tengah punggah2 barang tu masa tu shah alam hujan lebat
masa tu banjir.


Dalam gambar ni banjir 2021. masa shah alam banjir besar

Quote supernaturalee 21-8-2024 11:52 AM
kita plk risau tgk cikgu2 duk ngadap fon dlm keadaan air banjir gitu
terrrr kalu...pluppp dlm air

Quote zuuu 21-8-2024 12:59 PM
Semalam mmg hujan lebat sungguh,sejuk dari pagi sampai malam,lama x hujan lebat camni,syukurlah rasa sejuk sikit,harini dh elok panas
Quote Gunama 21-8-2024 01:16 PM
Kesian. Kena ganti hari persekolahan ke x tu?
Quote sangbara2020 21-8-2024 02:45 PM
semalam mmg hujan lebat gile....sejuk iolls nak mndi balik kje...dgn baju kat ampaian  pun xde yg angkat....semua pakat membuta balik skolah
Quote testly 21-8-2024 03:08 PM
Ermmm....perparitan x bgs....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.155232 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top