CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China minta AS jangan masuk campur isu dengan Filipina - "AS tidak terbabit dalam Laut China Selatan dan tiada hak untuk campur tangan"

20-8-2024 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37757| Komen: 34

 


BEIJING: China hari ini memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu "tiada hak untuk campur tangan" dalam pertikaian maritimnya dengan Filipina selepas satu lagi pertembungan berhampiran terumbu yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

China dan Filipina menghadapi beberapa pertikaian di perairan berkenaan sepanjang tahun lalu, termasuk di sekitar sebuah kapal perang yang terkandas pada tahun 1999 oleh Manila di Terumbu Thomas Kedua yang dipertikaikan, yang menempatkan unit tentera.

Kedua-dua negara semalam menyatakan bahawa kapal penjaga pantai mereka telah bertembung berhampiran Terumbu Sabina yang dipertikaikan, terletak 140 kilometer barat pulau Palawan di Filipina dan kira-kira 1,200 kilometer dari pulau Hainan, tanah besar China yang terdekat.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa memutuskan bahawa tuntutannya tiada asas undang-undang.


AS mengutuk "tindakan berbahaya" terhadap "operasi maritim Filipina yang sah" semalam selepas kejadian pertembungan berkenaan.

"Tindakan ini adalah contoh terbaru bagaimana (China) menggunakan langkah berbahaya dan menambah ketegangan untuk menguatkuasakan tuntutan maritim Laut China Selatan yang luas dan tidak sah," kata jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Patel semalam, rakan sejawatnya dari China, Mao Ning mempertahankan "langkah-langkah sah Beijing untuk menjaga kedaulatan wilayah dan hak serta kepentingan maritimnya".

"AS tidak terbabit dalam Laut China Selatan dan tiada hak untuk campur tangan dalam pertikaian maritim antara China dan Filipina.

"AS harus berhenti mencetuskan perselisihan di Laut China Selatan, tidak mengganggu kestabilan kawasan, dan tidak menambah ketegangan," kata Mao dalam satu taklimat.

Penganalisis berpendapat China berusaha untuk mengembangkan pengaruhnya dari Terumbu Thomas Kedua ke arah Terumbu Sabina di Kepulauan Spratly, yang terletak dalam zon ekonomi eksklusif Filipina.

Langkah ini bertujuan untuk memperkukuh penguasaan China di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai norma.

Tindakan itu mengingatkan pada tahun 2012 apabila Beijing mengambil alih penguasaan Terumbu Scarborough, satu lagi ciri strategik di Laut China Selatan yang paling dekat dengan Filipina. - REUTERS

Sumber: – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 20-8-2024 11:39 PM
China ni pun pening jugak dgn perangaii dia kat belah asea ni. US tu mmg dasar tak sedar diri perangaii sendiri pun jahat, lps tu acah2 syumul bila musuh dia buat hal huh
Quote Dwdrum 21-8-2024 12:15 AM
Orenn1 replied at 20-8-2024 07:39 AM
China ni pun pening jugak dgn perangaii dia kat belah asea ni. US tu mmg dasar tak sedar diri perang ...

Aku pun sokong US keluar dari SCS biar tinggal UK and allies protect.... Not worth guna american taxpayers bagi protection for free... Sepatut nya kena charge
Quote Orenn1 21-8-2024 02:26 AM
Dwdrum replied at 20-8-2024 04:15 PM
Aku pun sokong US keluar dari SCS biar tinggal UK and allies protect.... Not worth guna american t ...

Ye better focus negara sendiri yg byk masalah tu dr nak jadi polis donia
Quote DARSITA 21-8-2024 03:02 AM
Orenn1 replied at 20-8-2024 10:26 AM
Ye better focus negara sendiri yg byk masalah tu dr nak jadi polis donia



sebab tanpa gaduh gaduh di negara negara ini US cannot make money.
Quote Dwdrum 21-8-2024 04:14 AM
Edited by Dwdrum at 20-8-2024 12:37 PM
Orenn1 replied at 20-8-2024 10:26 AM
Ye better focus negara sendiri yg byk masalah tu dr nak jadi polis donia


Haah... Tarik balik investments yang perlu di jaga di overseas... Bangnon boleh tarik investors dari china and danemark... Negara lain aku tidak pasti in term security dari negara US allies ... Yang bodoh nampak US buat buat money dengan weapon saja.... Kena aware cipta weapon sendiri... Maybe tiktok tidak ada cerita kan geopolitic begiini kan? ... Incase sanction kena di malaysia  if supply dari pro russia and china apabila perang and boycotte amerika and allies .... Aku memang tunggu perang china sebab katanya depa well prepare untuk direct war sebab few decades tidak pernah perform direct war seperti iran.. Russia and negara besar lain sebab negara depa mahu perang ada amerika...
Quote Orenn1 21-8-2024 04:54 AM
DARSITA replied at 20-8-2024 07:02 PM
sebab tanpa gaduh gaduh di negara negara ini US cannot make money.

Itulah keja US, tgn jahat di sebalik mcm2 krisis kat donia ni
Quote Orenn1 21-8-2024 04:56 AM
Dwdrum replied at 20-8-2024 08:14 PM
Haah... Tarik balik investments yang perlu di jaga di overseas... Bangnon boleh tarik investors da ...

I am not talking about investments, just berhenti dr kucar kacirkan donia.
Quote Dwdrum 21-8-2024 05:36 AM
Edited by Dwdrum at 20-8-2024 02:18 PM
Orenn1 replied at 20-8-2024 12:56 PM
I am not talking about investments, just berhenti dr kucar kacirkan donia.


Ko kena reality check.... Malaysia dapat tarik foreign investors yang lari dari china and taiwan.... For security dari war untuk cost and stability...if bukan taiwan ada crisis china... And china economy crisis... malaysia tidak dapat lobby investors masuk seperti sekarang terutama high tech seperti semiconductor etc (semiconductor ini US industry)

US european and investors dari negara lain ada asset itu ber sepah di taiwan..seperti fdi.. Fpi and DDi sekarang depa masuk ke malaysia pula... (aku bagi short term ko google sendiri mahu explain panjang nanti) . US fed yang protect depa dapat dari dapat ke  china.. Investors and foreign asset gold child untuk US gomen...
Aku tidak kisah sebenar nya sebab perang di SCS tidak profitable much kepada US... Sea/ocean area.. But malaysia akan kurang income and soil untuk oil and gas industry currently trade guna USD currency bukan RM and local bussiness sell goods income dalam USD/euro and gbp ke uinternational market.... Selalu ko dengan complain condemn USD etc ini depa hanya can afford shoppe.. Alibaba china yuan saja .. Soon guna yuan lah kan.. Issue ini chain reaction... Bukan bodoh issue dengan weapon buat duit saja...

Acik forum ini banyak bodoh lah oren  .. If palestine main issue ko pergi tanya caucasian gomen kenapa depa tidak support hamas untuk perang.... Banyak imformation hanya 1 side story .. Guna sentiment agama untuk benefits hamas langgar laws and guna human shields ..sedang kan  UK.. US and allies boleh backup malaysia bukan palestine/hamas...aku percaya ko tidak pernah cari reason ... sedang Ini last reply aku... Uols mahu tonggang ter balik bagaimana... Coma if too late play victim aku ptuikkkk saja.. And Aku tiada problem dengan marhein china mainland come with gomen china
Quote pooh~key 21-8-2024 06:11 AM
China VS America, akak vote america sissy. Rela lagilah akak tengok America jadi polis dunia berbanding China berak tepi jalan pastu bina jambatan asyik runtuh sissy.
Quote pooh~key 21-8-2024 08:54 AM
Apa pandangan chuols sissy?
Quote bpbbppbp 21-8-2024 11:01 AM
Negara besar ni mmg suka sibuk je kcau org. Tamak hmm
Quote mdhelmi 21-8-2024 04:33 PM
mengutuk tu xde masalah
bajet2 ambil berat la gitu
masalahnya ada benda lain yg lagi penting perlu dikutuk
yg tu xkutuk pulak
lagi supply bom adala
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:01 PM
-----
Quote Orenn1 26-8-2024 08:52 AM
Dwdrum replied at 20-8-2024 09:36 PM
Ko kena reality check.... Malaysia dapat tarik foreign investors yang lari dari china and taiwan.. ...

Cameon i dont have to do anything. I stated my opinion n that's it! U were d one who initiated this one sided discussion, whether this is your last posting orthere will be more i really dont care, u can have your opinion ofcoz
Quote Dwdrum 26-8-2024 09:53 AM
Edited by Dwdrum at 25-8-2024 06:02 PM
Orenn1 replied at 25-8-2024 04:52 PM
Cameon i dont have to do anything. I stated my opinion n that's it! U were d one who initiated thi ...


Geopolitical bukan marhein opinion untuk pick a side based ko punya hatred seperti opinion applied bagaimana kita mahu hidup with own choice and nobody care...war ini real deal never ever buat both sides menang perang...hanya 1 side akan menang...aku boleh faham ko and darsita boleh fuck off dari malaysia... Same seperti aku ... Factor lain be a human kepada rakyat malaysia walaupun mentality selamat kan palestine lebih penting dari tidak give a shit kepada own country
Quote Orenn1 26-8-2024 02:34 PM
Dwdrum replied at 26-8-2024 01:53 AM
Geopolitical bukan marhein opinion untuk pick a side based ko punya hatred seperti opinion applied ...

Ok now putti g words into my mouth w your narrative, go ahead go ahead make u happy.

As expected not d last one anyway lol
Quote Dwdrum 26-8-2024 03:32 PM
Edited by Dwdrum at 26-8-2024 12:03 AM
Orenn1 replied at 25-8-2024 10:34 PM
Ok now putti g words into my mouth w your narrative, go ahead go ahead make u happy.

As expected  ...


War aku tidak pernah buat aku take for granted.... And money tidak akan buat aku bodoh dengan weak and error narratives... Sebab ko sendiri tidak tahu us involved dengan war sebab protecting country assets and aku tidak pernah if ada negara ber daulat biar di jajah.... maps
expansion dengan hanya cara diplomacy.... Maybe malaysia boleh... sebab everthing boleh land... Orang kata laaa ..if ikut narratives ko pula aku amazed with ur malaysia country generosity... Amazed ... U can have it all walaupun ini ber jali last replies aku.. Orang boleh tengok
Quote zorrro_03 26-8-2024 04:22 PM
harap ada komet besar hentam tempat ketenteraan china us ni.  celaka ni semua banyak kacau laaaa
Quote CikHasanah 26-8-2024 06:00 PM
Dwdrum replied at 21-8-2024 05:36 AM
Ko kena reality check.... Malaysia dapat tarik foreign investors yang lari dari china and taiwan.. ...

Suka dengan penulisan drum. Drum ada blog yang sy boleh follow rapat? I suka baca pendapat yg berbeza2 untuk buka minda lebih luas.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071591 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top