CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM sahkan Lelaki Afrika ditembak mati aktif samun sejak 2018, kerugian cecah RM8 juta

20-8-2024 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38783| Komen: 51


 


SUBANG JAYA – Suspek warga Afrika yang ditembak mati dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak tahun 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Malah, kumpulan tersebut yang dipercayai dianggota kira-kira 10 lelaki warga Afrika lengkap bersenjata dan menyasarkan mangsa melalui urusniaga yang palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd. Zain berkata, berlaku adegan tembak menembak antara seorang suspek yang menaiki kereta jenis Hyundai Matrix di Jalan PJS 9/1, di sini, hari ini.

Katanya, kejadian pada pukul 7 petang itu turut menyebabkan dua butir peluru yang ditembak suspek lelaki berusia lewat 30-an terkena pada kenderaan pihak berkuasa.

 


“Kumpulan ini ada senjata api dan berisiko tinggi. Kita jumpa sepucuk pistol jenis Revolver dan suspek melepaskan lima butir ke arah polis tapi tiada yang kena pada anggota terlibat.

“Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

Kata beliau, risikan terhadap kumpulan tersebut dilakukan Polis Kuala Lumpur dan Polis Selangor sebelum dikordinasikan oleh pijak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

 

Tambah beliau, pihaknya masih mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas.

“Modus operandi ialah mereka berinteraksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing.

“Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya,” katanya.

Jelas Shuhaily, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mahathirina 21-8-2024 01:01 AM
Waah dh upgrade dari scammer naik jadi pnyamun tarbus pulak..
Quote Rogue98 21-8-2024 01:08 AM
Active sejak 2018??? Polis buat apa baru skrg dapat tangkap sekor jer....
Quote rxz4727 21-8-2024 02:18 AM
Elok laa kena tembak tu.
Quote MissYouSayang 21-8-2024 02:34 AM
Tacodddd la hidup di era bapokk tua ni...bebetul kurang keberkatan kekdahnyeeh....nauzubillahminzalik!!
Quote TOPwind 21-8-2024 06:06 AM
Rogue98 replied at 21-8-2024 01:08 AM
Active sejak 2018??? Polis buat apa baru skrg dapat tangkap sekor jer....

$$$$$$$$

Quote Thunderclouds 21-8-2024 06:14 AM
Some people are better off dead.
So good riddance!
Quote noor2 21-8-2024 06:24 AM

[youtube]4oNHvVVBWJM?si=JCQqsws90HmAfo7w[/youtube]
Quote noor2 21-8-2024 06:25 AM
Edited by noor2 at 21-8-2024 06:27 AM

10 org lagi masih dicari

[youtube]KIHdyRn8V9U?si=7vsZNFMPFYWcOA_V[/youtube]
Quote noor2 21-8-2024 06:32 AM
Malaysia ni penuh dgn PATI  myanmar,  rohingya, warga afrika,  indon, bangla, Vietnam,  Nepal,  cina dari China,  
Quote matjerk 21-8-2024 06:48 AM
noor2:  Edited by noor2 at 21-8-2024  ...

X bole bukak
Quote noor2 21-8-2024 06:50 AM
matjerk replied at 21-8-2024 06:48 AM
X bole bukak

X boleh?...akak boleh je..
Quote annehuda 21-8-2024 06:52 AM
Nnt adela tu NGOks mempertahankan kematian mamat ni, kononnya tak dpt pengadilan yg betul. Eh phuuiii la
Quote matjerk 21-8-2024 06:55 AM
noor2 replied at 20-8-2024 10:50 PM
X boleh?...akak boleh je..

Ok skrg dah boleh. Tengs ;)
Quote noor2 21-8-2024 06:56 AM
matjerk replied at 21-8-2024 06:55 AM
Ok skrg dah boleh. Tengs ;)

Ok ok..wc...
Quote Glass_shoes 21-8-2024 07:03 AM
noor2 replied at 21-8-2024 06:32 AM
Malaysia ni penuh dgn PATI  myanmar,  rohingya, warga afrika,  indon, bangla, Vietnam,  Nepal,  cina ...

X cukup jenayah warga tempatan yg byk..Kena hadap jenayah PATI pulak..Skuau tersenyum sinis
Quote noor2 21-8-2024 07:07 AM
Glass_shoes replied at 21-8-2024 07:03 AM
X cukup jenayah warga tempatan yg byk..Kena hadap jenayah PATI pulak..Skuau tersenyum sinis

Skuau penuh dgn sinikal...hehe
Quote imanjannah 21-8-2024 07:55 AM
ngerinya baca.. diaorg ni mmg ganas
Quote shamsadis 21-8-2024 08:07 AM
macam mana diaorang masuk Malaysia? pakai visa pelajar Kolej swasta?
Quote nisako 21-8-2024 08:12 AM
mmg patut mati

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.033442 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top