CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Imej tular itu kes peluru tabur, bukan mpox’ - KKM

20-8-2024 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37144| Komen: 17

 


PETALING JAYA – Satu imej tular pada aplikasi WhatsApp kononnya berkait kes jangkitan mpox atau cacar monyet namun sebenarnya ia adalah kecederaan berkaitan peluru tabur yang berlaku di luar negara pada 2022.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran pada Facebook berhubung imej tular tersebut.

“Pihak KKM telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

“Imej yang ditularkan bukan imej kes mpox, tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

“Usah terperdaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau ‘groupchat’ yang lain,” menurut hantaran itu malam ini.

Dalam pada itu, KKM meminta orang ramai merujuk sumber rasmi kementerian melalui platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X. 



Sumber: – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-8-2024 11:36 PM
Teruknya kena peluru tabur ni
Meremamng bulu roma aku
Quote Mahathirina 21-8-2024 12:58 AM
Laa habis viral gmbr ni arini..
Quote Samerosie 21-8-2024 09:57 AM
Orang kita memang suka chain letters macam ni.  Betul tak betul belakang kira.  
Quote bpbbppbp 21-8-2024 11:52 AM
Edited by bpbbppbp at 21-8-2024 11:54 AM

Mpox dia mcm chicken pox brrair, nanah cmtu
Quote newyork 21-8-2024 11:54 AM
Ahahah. Tu la mcm kena tembak ja tgk tu.
Quote supernaturalee 21-8-2024 12:07 PM
ada jgk dpt ni
nasib x fwd

Quote nolya 21-8-2024 12:08 PM
newyork replied at 21-8-2024 11:54 AM
Ahahah. Tu la mcm kena tembak ja tgk tu.

Yg menghairankan, dah kena begitu bayak peluru tabur tak mati pulak?
First time nengok, aku kata mcm giant blackheads. Dahsyat!
Quote airfilterkotor 21-8-2024 01:11 PM
Dah macam chinese whispers game.
Sah² yg menulis berita mohong tu melayu isele.
Dah la sebar perkara bohong, tak benar, fitnah lagi.
Tabayyun tah kemana.
Penyakit melayu isele sekarang.
Quote bakingsoda 21-8-2024 01:43 PM
peluru tabur tu mende? pastu tak tembus badan ke
Quote Samerosie 21-8-2024 01:54 PM
bakingsoda replied at 21-8-2024 01:43 PM
peluru tabur tu mende? pastu tak tembus badan ke

Shot gun kalau dalam bahasa omputih, kalau u tengok movie omputih selalu ada shot gun ni kalau scene orang tua kat kampung nak halau uninvited guest.  Kalau bahasa melayu senapang patah, sebab bila nak isi bullet kena kepak dua isi tengah2.
Bullet dia dalam ada banyak ball bearings so sekali tempat coverage besar.  
Quote Rogue98 21-8-2024 01:57 PM
Peluru tabur tu apa? Mcm paintball ke? Even paintball pun boleh koyak seluar...
Quote BellaThePrinces 21-8-2024 01:58 PM
Samerosie replied at 21-8-2024 01:54 PM
Shot gun kalau dalam bahasa omputih, kalau u tengok movie omputih selalu ada shot gun ni kalau sce ...

lepas tu bila kena tak mati ke?/...cuma lubang2 gitu aje??...serius nak tahu
Quote Samerosie 21-8-2024 02:16 PM
BellaThePrinces replied at 21-8-2024 01:58 PM
lepas tu bila kena tak mati ke?/...cuma lubang2 gitu aje??...serius nak tahu

Boleh mati kalau kena jarak dekat.  Kalau dekat kepala pun boleh pecah.  So yg had ni nampak pellets bertabur satu badan, most probably dalam jarak jauh dan you boleh nampak macam wound tak jauh ke dalam.  sometimes orang dah keluarkan semua tapi ada tertinggal juga..tu yg kadang2 ada kes dia gi xray sebab sakit lain tiba2 jumpa satu pellet tertinggal kenanya 30 tahun yg lalu.
Quote krustykrab 21-8-2024 02:18 PM
Smlm laki iols tunjuk gambo ni..iols kata ni buka mpox nmpk mcm kena tembak je..betul pulak tekaan iols

Btw peluru tabur tu apo? Tk mati pulak kena tembak byk2 mcm ni
Quote vanillaninja 21-8-2024 02:24 PM
Samerosie replied at 21-8-2024 05:54 AM
Shot gun kalau dalam bahasa omputih, kalau u tengok movie omputih selalu ada shot gun ni kalau sce ...

Thanks chuols. I pun tertanya2 apa benda peluru tabur ni. I dapat pic tu terus meremang kegelian tengok body heols gitu. Tengah menaip ni pun meremang tak habis lagi sebab duk teringat
Quote BellaThePrinces 21-8-2024 02:42 PM
Samerosie replied at 21-8-2024 02:16 PM
Boleh mati kalau kena jarak dekat.  Kalau dekat kepala pun boleh pecah.  So yg had ni nampak pelle ...

terima kasih atas penerangan ..
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:00 PM
-----

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069202 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top