CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Pahang sebak anakanda Tengku Afzan bakal kahwin

20-8-2024 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40700| Komen: 51

 


PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak tatkala menyampaikan titah mengenai perkahwinan anakanda baginda, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangan, Fd Idzham Fd Iskandar.

Malah baginda terpaksa berhenti seketika dan titah itu kemudian disambung oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Anakanda saya yang amat mulia (diam sekejap)… minta maaf. Puteri Afzan dan pasangannya, Fd Izham akan berlangsung (perkahwinan) tidak lama lagi, dipermudah oleh Allah SWT.

“Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina… (baginda mengelap air mata dan menyambung ucapan) akan kekal… baca ni (baginda meminta Tengku Hassanal),” titah baginda hari ini.

Kemudian titah itu disambung oleh Tengku Hassanal.

“…akan kekal hingga ke jannah insya-Allah. Di samping itu marilah sama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus terpelihara dan dilindungi oleh Allah SWT.

“Mengakhiri titah, izinkan saya untuk menyampaikan dua rangkap pantun (Tengku Hassanal membaca pantun),” dan kemudian titah itu disambung kembali oleh Sultan Pahang.


Al-Sultan Abdullah juga sempat berseloroh mengenai jodoh kepada Tengku Hassanal.

“Dalam pada itu, kita doa jikalau ya yang… (sambil baginda menunjukkan kepada Tengku Hassanal) yang membaca tadi, anakanda saya akan tak lama jugalah, harap-haraplah.

“Saya dah semakin hari semakin tua. Sama dengan isteri saya, kita doa semua ya supaya anak-anak semua akan terus berbakti kepada negeri dan mencari jodoh yang solehah,” titah baginda.

Sultan Pahang bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan di Pahang.

Turut berlangsung ialah Majlis Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja Paduka Anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.



Pada 8 ogos lalu, Kosmo! melaporkan perkahwinan diraja yang diberi nama ‘Langit Cinta’ Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos bertempat di Tasek Kotasas. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 21-8-2024 12:43 AM
Time faith kahwin tak mcm ni pon.. ke ada
Quote ninja boy 21-8-2024 12:46 AM
Patut galakan berbini ramai
Quote orangbiasaje 21-8-2024 01:40 AM
Beribear: Time faith kahwin tak mcm ni p ...
faith?
Quote DARSITA 21-8-2024 01:52 AM

Anak perempuan dgn Julia Rais pun sama umur dgn yg nak kawin ni kan? Harap budak tu kawin dgn orang Dubai or Kuwait tak pun kawin dgn kerabat Brunei.

Quote Orenn1 21-8-2024 05:07 AM
Beribear replied at 20-8-2024 04:43 PM
Time faith kahwin tak mcm ni pon.. ke ada

Gelupor lah acik azmee klu anak akak julia lebih dr anak dia
Quote SalenaGomez 21-8-2024 05:07 AM
SG tunggu sebutan FD tu…rupanya sebut fd juga ya
Quote Orenn1 21-8-2024 05:09 AM
DARSITA replied at 20-8-2024 05:52 PM
Anak perempuan dgn Julia Rais pun sama umur dgn yg nak kawin ni kan? Harap budak tu kawin dgn orang ...

Kena buat announcement mcm ni ke klu dah tak jadi jagong lagi, iya2 sgt, nanti org berckp kata kita kapoh pulak padahal sendiri duk jaja tak henti2, betul2 attention seeker
Quote TOPwind 21-8-2024 06:05 AM
selalunya yang nak bersunat lah

rasa sebak
Quote Cleocatra 21-8-2024 06:36 AM
Yang amat mulia…..hmmm dunia..dunia..
Quote imanamsyar 21-8-2024 09:11 AM
bapak yang normal biasanya akan sebak..banyak ngan sikit je la.. tapi kalau bapak xnormal (contoh: bapak biawak, bapak abusive, bapak xguna) biasanya rilek je anak nak kawin..janji jangan lupa bagi dia duit bulan2..
Quote supernaturalee 21-8-2024 12:17 PM
iols tgu part die mntk this sambungkan je
nk hujung2 tu baru dia kuat nk sambung
bila sambung tu siap mntk org ramai doakan jodoh anak sulungnya tu dgn anak2 yg lain

i was like...awwwwwww
Quote sufi^_^ 21-8-2024 12:51 PM
imanamsyar replied at 21-8-2024 01:11 AM
bapak yang normal biasanya akan sebak..banyak ngan sikit je la.. tapi kalau bapak xnormal (contoh: b ...

Benarrrr sangat.
Quote kucingitam 21-8-2024 01:46 PM
elok anakanda Sultan Pahang ni kan. ckp melayu pun elok ja takda slang2.
Quote opie5662 21-8-2024 02:07 PM
kucingitam: elok anakanda Sultan Pahang ni ...


Diorg ni kalau bercakap melayu slang pahang diorg kuat. Takde slang onputih kalau becakap melayu
Quote opie5662 21-8-2024 02:11 PM
Edited by opie5662 at 21-8-2024 02:12 PM
Orenn1 replied at 21-8-2024 05:09 AM
Kena buat announcement mcm ni ke klu dah tak jadi jagong lagi, iya2 sgt, nanti org berckp kata kit ...


Ini majlis kenduri doa selamat sebenarnya di samping perasmian masjid baru kat Sg Isap. Mcm kita la kawen buat kenduri doa selamat sblom majlis dolu…nnt ayah akan ckp anak dia kawen dgn sekian2 org mcm tu la. Zaman aku kawen dlu mcm tu la. Nowdays mcm xde sgt dah buat kenduri mcm tu. Ya ampun kertu nye aku
Quote asma87 21-8-2024 02:13 PM
Faith dah nk serai tu sedih ke x,,,,
Quote Atata 21-8-2024 02:16 PM
Beribear replied at 21-8-2024 12:43 AM
Time faith kahwin tak mcm ni pon.. ke ada

Mungkin dia sebak kenangkan perkahwinan anak yg tu agak mcm x berapa lancar. Jd dia minta doa la semoga yg kalini jodoh hingga ker syurga
Quote krustykrab 21-8-2024 02:20 PM
Fd tu gapo?
Quote Rogue98 21-8-2024 02:21 PM
SalenaGomez replied at 21-8-2024 05:07 AM
SG tunggu sebutan FD tu…rupanya sebut fd juga ya

Moyang dia Fateh Din

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037253 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top