PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Blok F, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Ara Damansara, di sini, sejak Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu pada pukul 11.04 malam, Sabtu lalu. Katanya, kehilangan Muhammad Fitri Mohd Kamarul berlaku selepas lelaki tempatan itu keluar daripada kediamannya. “Orang Hilang (OH) mempunyai berketinggian kira-kira 165 sentimeter (sm) dengan berat kira-kira 116 kilogram (kg), berkulit coklat, rambut hitam serta pendek. “Hidung OH pula lebar, mata berwarna hitam dan bibir mulut nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-78062222.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
otai_g replied at 21-8-2024 07:23 AM
Pulak dah. Mcm ada ura2 cmpny yg nak psg cip rfid dlm bdn manusia nak bid tender x?
noor2 replied at 21-8-2024 07:12 AM
Berat sungguh 116kg...
“Hidung OH pula lebar, mata berwarna hitam dan bibir mulut nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
midori888 replied at 21-8-2024 08:44 AM
dah lah kurang tinggi...
noor2 replied at 21-8-2024 11:33 AM
Mungkin kena serangan jantung, jatuh dlm semak...sapa tahu
Mahathirina replied at 21-8-2024 12:55 AM
Hilg lagi.. Aku tidak pircaya ade orag keluar rumh tak bwk fon zaman skrg ini.
ADVERTISEMENT