Penularan penyakit cacar monyet atau monkeypox (Mpox) telah diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mana turut menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu. Memetik FMT, kebimbangan timbul dalam kalangan masyarakat apabila penyakit cacar monyet atau monkeypox (Mpox) dikhabarkan sudah mula menular di negara jiran, Indonesia dan juga Filipina. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata meskipun begitu kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit itu. "Kalau kita lihat pada garis panduan dan juga cara jangkitan, ia boleh dielak jika individu itu mengambil langkah berhati-hati, umpamanya dengan mengamalkan kebersihan kendiri dan lain-lain." Katanya, setakat ini, tiada perbincangan mengenai perkara itu, namun kajian secara mendalam perlu dibuat terlebih dahulu, jika terdapat keperluan melaksanakannya.
Tiada kes baru dilaporkan setakat ini namun Lukanisman berkata pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan kes selain mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa. "Biasanya simptom jangkitan mpox boleh dilihat dengan jelas melalui tanda-tanda fizikal seperti tompok-tompok di badan dan pesakit sendiri boleh merasai kesannya." Menurutnya lagi, tiada halangan untuk rakyat ke luar negara buat masa ini, tetapi perlu sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah perlu bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Sumber : FMT, Beautifulnara WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
pengecatbintang: http://socioecohistory.x10host ...
nusaraya replied at 21-8-2024 02:35 PM
Teringat kata-kata Ku Li .... Jangan buang-buang Wang ....
Buat apa Malaysia melakukan vaksinasi mo ...
pengecatbintang replied at 21-8-2024 05:52 PM
http://socioecohistory.x10host.com/2024/08/21/german-doctor-exposes-monkey-pox-scam-says-its-a-covid ...
ina_na replied at 21-8-2024 06:31 PM
Iolss ni 2 minggu lps second vaksin sakit teruk..dgn tangan kanan beso sebelah mcm biawak..Lps tu ...
pengecatbintang replied at 21-8-2024 05:52 PM
http://socioecohistory.x10host.com/2024/08/21/german-doctor-exposes-monkey-pox-scam-says-its-a-covid ...
pengecatbintang replied at 21-8-2024 06:44 PM
bl iolss ckp ni sbb kesan vaksin kan.. doctor diam je... Dia ckp u banyak membaca kan..jd u tau kan ...
ina_na replied at 21-8-2024 06:55 PM
Faham la kan bl doctor ckp mcm tu...iolss skrg ni sakit je mmg campak kan diri kat klinik kerajaan ...
ADVERTISEMENT