Berikutan kes jenayah yang semakin membimbangkan, pelakon jelita Erra Fazira turut menzahirkan kerisauan terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya. Ketika ditemui OhBulan!, sebagai ibu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mengambil pendekatan memantau Aleesya dengan menemaninya semasa berada di luar rumah. "Saya tidak mengongkong anak, tetapi kalau dia (Aleesya) nak keluar perlu ada salah seorang ibu bapa. "Zaman sekarang ini agak menggerunkan dengan teknologi dan pelbagai kejadian. Nampak macam mengawal anak, tapi sebenarnya berhati-hati. Saya bukan mengongkong anak, tetapi anak nak pergi mana mesti kena ada salah seorang ibu bapa." "Contohnya dia (Aleesya) nak pergi One Utama dengan kawan-kawan, saya hantar dan saya akan ada di situ. Tetapi tidak bersama mereka, biasalah anak remaja kalau ada ibu dia dekat situ malu air muka dengan kawan-kawan."
|
cm_vungtau replied at 29-8-2024 12:29 AM
Kalau Erra yang jaga dari kecik mesti cantik gigi tu
pocongkiutss replied at 28-8-2024 10:21 PM
Acik porem yg ada anak remaja ni..mana lg senang..anak introvert atau extrovert?
sukacactus replied at 29-8-2024 08:19 AM
Ank sulung aku extrovert
Blk skolah masuk kete je dah citer mcm2
Adiknya introvert
Mimo.mimo replied at 29-8-2024 08:28 AM
Susah tak nak tackle bila ada extrovert dengan introvert ni kaka?
sukacactus replied at 29-8-2024 08:51 AM
Sebab kami 3 beranak ni rapat, byk aktiviti buat sama2, so kita kenal luar dlm
Jd mak kena alert, ...
ADVERTISEMENT