CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah Dedah Fasih Berbahasa Inggeris Sebab Dilatih Sejak Kecil – ‘Tak Pernah Belajar Luar Negara Pun’

28-8-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39876| Komen: 72

 


Sejak menjadi penyampai radio Fly FM, ramai yang mula menyedari bahawa Haniff Hamzah fasih berbahasa Inggeris.

Malah, ada juga yang menyangka Haniff pernah melanjutkan pelajaran di luar negara berikutan dia handal berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

Menyangkal perkara itu, Haniff, 39, memberitahu dia dilatih menggunakan bahasa Inggeris sejak kecil di rumah oleh ibu bapanya.

"Sebenarnya saya tidak belajar jauh pun, tiada degree luar negara. Saya hanya ambil diploma di Malaysia."

"Paling jauh saya belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, itu yang paling jauh dari Kuala Lumpur."

"Tetapi jika ada yang tanya kenapa saya pandai bahasa Inggeris kerana keluarga saya bercakap dalam bahasa Inggeris."

Haniff berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Haniff berkata, latar belakang pendidikan dan kerjaya orang tuanya turut menjadi faktor dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.



"Mak saya belajar di tahap yang tinggi, universiti luar negara. Jadi di rumah mak boleh cakap loghat Kelantan dan bahasa Inggeris."

"Manakala bapa saya pula yang berasal dari Johor merupakan seorang tentera pada tahun 1968 dan saya percaya ketika itu askar-askar masih menggunakan bahasa Inggeris."

"Kalau dekat rumah ayah akan marah dalam bahasa Inggeris juga. Jadi, sepanjang saya membesar, kami satu keluarga bercakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris."

"Jika anda tanya saya, cara paling mudah untuk pelajari bahasa Inggeris adalah menerusi televisyen atau bahan bacaan."

Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 28-8-2024 10:33 PM
haritu sapa ke ckp ean tu  tak reti ckp melayu...nipu je.elok je smlm ke 2 hari lps aku tgk   interview ckp melayu.tak pelat pun
Quote hyie 28-8-2024 10:57 PM
mak dia lecturer tak silap. Masa covid ada je hanif tunjuk mak dia buat kelas/meeting online. Anak2 dia pon 24jam cakap omputih kot
Quote kepingbewok 28-8-2024 11:03 PM
fuhhhh!baru tahu bkn calang2 mak si haniff nie.dr gigi otai2 level rupanya.dean faculty of dentistry MAHSA tu..
Quote peachnfamous 28-8-2024 11:09 PM
adiknya pun dulu DJ Lite FM kan. pun sgt fluent englishnya.
Quote babynina30 29-8-2024 12:06 AM
Sorry lupa status heols. Dud kan?
Quote Myhappyending 29-8-2024 12:36 AM
Wait hanif kat matriks pilah? Tak sangka ntah2 kite pernah sekelas??
Quote naina 29-8-2024 12:38 AM
babynina30 replied at 29-8-2024 12:06 AM
Sorry lupa status heols. Dud kan?

Ya duda..lepas duda ni macam selekoh benor.
Dulu masa ada wife smart kemas dan nampaklah educatednya..skrang ni dengan rantai biji tasbih tu ngapenya
Quote Orix 29-8-2024 12:41 AM
Jap. Dia belajar kt matrikulasi N.9 tapi dia kata highest education dia diploma ?? Gagal matrik kaa
Quote edayildiz 29-8-2024 12:51 AM
kmns ke?

Quote menciptahuuut13 29-8-2024 01:01 AM
Huhu dak kmns rupanya
Quote rxz4727 29-8-2024 02:04 AM
Apa selekeh naww hanif ni? Nasib laa radio tu xtunjuk muka kalau tak memang i skip je
Quote babynina30 29-8-2024 05:11 AM
naina replied at 29-8-2024 12:38 AM
Ya duda..lepas duda ni macam selekoh benor.
Dulu masa ada wife smart kemas dan nampaklah educatedn ...

Yep heols aritu b4 left Era tu , ada jgk lg kemas. As in takde beard .

Now udah mcm Premo plak kau bang oi
Quote TomyamPuteh 29-8-2024 07:31 AM
Dia ni bkn further study dkt US ke dulu?
Quote sk8er 29-8-2024 07:35 AM
kepingbewok replied at 28-8-2024 11:03 PM
fuhhhh!baru tahu bkn calang2 mak si haniff nie.dr gigi otai2 level rupanya.dean faculty of dentistry ...

Mak ke pak?
Quote lasagna 29-8-2024 08:10 AM
peachnfamous replied at 28-8-2024 11:09 PM
adiknya pun dulu DJ Lite FM kan. pun sgt fluent englishnya.

DJ Sham tu adik ke abang dia? Rasenya abang dia.
Sbb b4 nk resign aritu, dia refer kat abg dia si Sham utk advise.
Tapi iols suka english Sham lagi sedap dgr kat radio drp dia..
tapi Hanif pun ok berganding dgn Ean tu mantap!

Quote nightwinkle 29-8-2024 09:40 AM
lasagna replied at 29-8-2024 08:10 AM
DJ Sham tu adik ke abang dia? Rasenya abang dia.
Sbb b4 nk resign aritu, dia refer kat abg dia si S ...

sbb suara sham tu lembut skit compare hanif
Quote Hoshhi 29-8-2024 09:41 AM
Dah macam tarzan dah duduk hutan
Quote lo_la 29-8-2024 10:45 AM
babynina30 replied at 29-8-2024 05:11 AM
Yep heols aritu b4 left Era tu , ada jgk lg kemas. As in takde beard .

Now udah mcm Premo plak k ...

Hahaha ya la.
Dah mcm Prem dah
Quote uda 29-8-2024 10:56 AM
Edited by uda at 29-8-2024 10:58 AM
kepingbewok replied at 28-8-2024 11:03 PM
fuhhhh!baru tahu bkn calang2 mak si haniff nie.dr gigi otai2 level rupanya.dean faculty of dentistry ...

ex dean ke? sebab dean sekarang ni lelaki, PROFESSOR DATO' DR MOHAMED IBRAHIM ABU HASSAN,

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045339 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top