Selepas hampir empat tahun terpisah, usahawan sensasi Nur Sajat Kamaruzzaman akhirnya disatukan semula dengan dua anak angkatnya. Menerusi muat naik hantaran dalam Instagram, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, berkongsi dua keping gambar bersama dua anak angkatnya itu beserta kapsyen menyentuh perasaan. “Finally, we be together again (Akhirnya kita bersama kembali),” coret Sajat seraya disertakan dengan tanda pagar #almost4years. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perincian lanjut hantaran terbabit yang dimuat naik Sajat. Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen dan rakan selebriti yang kagum dengan semangat dan kejituan perasaan Sajat sebagai seorang bapa. “Jat, awak memang ayah yang hebat. Kalau kami tak sanggup berjauhan dengan anak-anak. “Alhamdulillah, anak-anak dah sampai kepada penjaganya. Semoga mereka bahagia,” demikian antara komen ditinggalkan pengguna Instagram. Sajat kini berada di Australia selepas pihak penguatkuasa Malaysia memburunya di atas beberapa kesalahan syariah yang pernah dilakukan di negara ini. Sekitar 2021, dia pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
sharlenetexas replied at 3-9-2024 10:24 PM
Anak2 melawat australia. Bangjat gn lupa jumpa shu(jelita). Tu pun kalau naklah.
dua_chzy replied at 3-9-2024 11:02 PM
Tak setuju betul aku golongan trans boleh hada anak angkat.
Dia ni ambik budak2 ni legit through JK ...
rayna_raynes replied at 3-9-2024 03:55 PM
Ambik pakai nama org lain tapi dia just jaga dan keluarkan duit
sok_suci replied at 3-9-2024 03:41 PM
Pondan viviana bebas jd pondan beremcee drag bagai tiadalah jua diberkas atau dihukum.. Ayyoo double ...
sok_suci replied at 3-9-2024 11:41 PM
Pondan viviana bebas jd pondan beremcee drag bagai tiadalah jua diberkas atau dihukum.. Ayyoo double ...
ADVERTISEMENT