Pelakon dan pelawak, Saiful Apek pernah menyelamatkan nyawa aktres Maya Karin daripada kejadian lemas sekitar 16 tahun lalu. Disebabkan terhutang budi, Maya menyifatkan Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff bukan sahaja sebagai hero filemnya ketika itu iaitu Duyung, bahkan hero kehidupannya. “Banyak kejadian yang saya tidak pernah dedahkan. Maya pernah tersangkut bawah jaring di tengah laut ketika penggambaran Duyung dahulu. “Saya selamatkan dia dengan sepenuh hati dan memang agak bergelut dengan masa disebabkan keadaannya yang mengalami sesak nafas. “Apabila dapat selamatkan, sampai sekarang Maya cakap saya bukan hero dalam filem sahaja tetapi hero dia,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang akhbar Duyung: Legenda Aurora di Wetland Studios Putrajaya, semalam. Berkongsi lanjut, Apek menceritakan dengan lebih terperinci bagaimana dia berjaya menyelamatkan Maya daripada terperangkap di jaring di dalam laut.
“Masa itu waktu maghrib babak dia terperangkap dalam jaring. Adegan itu pula memang kena habiskan hari kejadian sebab Maya perlu pulang keesokan harinya. “Kebetulan saya tiada babak tetapi mahu habiskan oksigen dalam tangki yang tinggal sedikit dan bermain-main di sekitar pulau. “Apabila saya ternampak keadaan dia seperti bukan lakonan sebab dia dah berbuih dan dalam kelemasan, saya pun pergi dekat dengan dia. “Saya cuba tarik rambut dia sebab klip di rambut palsunya terlalu banyak dan tersangkut pada jaring. Apabila boleh lepas saya tolak dia ke atas tetapi ada botol di dasar laut menghalang dia untuk ambil udara,” ujarnya. Meskipun diibarat sebagai mimpi ngeri, Apek hairan bagaimana Maya masih lagi menerima watak duyung selepas berhadapan insiden cemas terbabit. “Orang dekat atas memang tengah tunggu Maya tidak naik. Ada pasukan keselamatan yang tunggu di bawah tetapi memandangkan syot luas jadi mereka perlu duduk jauh dan tak nampak apa terjadi. “Apabila sudah bawa naik ke atas, Maya jerit kuat sangat dan semua kru panik. Saya boleh anggarkan dalam lima minit juga dia berdepan situasi cemas itu. “Kejadian ini memang buat saya dan dia trauma tetapi saya terkejut apabila dia masih terima watak ini, kalau saya dah fobia. Boleh dikatakan insiden itu macam mimpi ngeri untuk kami semua,” jelasnya. Filem komedi romantik fantasi Duyung arahan Datuk Prof Ts. Dr A. Razak Mohaideen ditayangkan pada 6 Mac 2008 lalu. Naskhah ini pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada tahun sama. Tahun ini, KRU Studios Sdn. Bhd. mengumumkan sekuel filem tersebut iaitu Duyung: Legenda Aurora yang dijangka menemui penonton pada suku ketiga 2025. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Orix replied at 4-9-2024 02:16 PM
Siapakahh
lasagna replied at 5-9-2024 08:05 AM
timing pun tak kena, waktu maghrib kot..
scene pulak trap dlm jaring..
sib baik laa Apek perasan hu ...
ACC106 replied at 8-9-2024 04:30 AM
Lebih suka kalau ada Magika 2
Magika tu filem favourite kids dlm family kami.
Tapi kos nak buat Magi ...
ADVERTISEMENT