Oleh Adib ZA Khas buat mereka yang masih bujang, penulis tertarik betul dengan nukilan seorang netizen ini yang menitipkan buah fikirannya di laman sosial facebook. Bukan mahu menakut-nakutkan bakal pengantin, namun netizen ini cuba memberi kesedaran buat semua orang bahawa alam perkahwinan itu bukanlah seindah yang disangka, sebaliknya banyak yang harus dikorbankan bagi menikmati makna sebenar sebuah perhubungan. Andai anda yang mengatakan cinta sahaja sudah mencukupi, ternyata ia bukan jawapan sebenar. Dalam alam perkahwinan, baik lelaki atau wanita kedua-duanya bakal menempuh cabaran yang tersendiri. Antara bibit-bibit yang mencuit hati penulis termasuklah, "Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. "Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya?" Kahwin muda atau tua, sama sahaja, bukan umur yang menjadi perbandingan sebaliknya kematangan diri dalam menempuh pelbagai dugaan. Ramai di kalangan netizen lain memberikan respon positif kepada status dan nukilan ini. Malah, ada yang mengakui memberitahu masih belum berkahwin meskipun kini usia mencecah usia 40-an kerana kecewa pernah dikhianati. Oleh itu, buat mereka yang masih belum berkahwin, usah rasa tertekan dengan persoalan orang sekeliling dengan soalan-soalan 'cepumas'. Yang bakal melalui alam rumah tangga itu ialah anda, bukannya mereka. Jadi, abaikan sahaja soalan cepumas yang 'menyibuk' itu ya. - CARI Infonet
|
2
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
1
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
watie_na: yg paling tak boleh terima bila En. suami mengharapkan Pn. Isteri boleh uruskan semuanya mcm mak dia. padahal mak dia suri rumah dan Pn. Isteri berker ...
dino replied at 28-12-2015 05:57 PM
most of the time aku volunteer msk... my wife leh jaga baby jah....
konsepnya klau nak makan ikut ...
white_musk replied at 29-12-2015 12:57 PM
betuahnya bini kak dino.. dapat husband macam kak dino yang rajin masak....
ADVERTISEMENT