CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Nak buat podcast tak perlu buat benda bodoh untuk tular’ - Kasih Iris Leona

5-9-2024 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14829| Komen: 56

 


Enggan sekadar jadi bahan tular, pempengaruh Kasih Iris Leona terpaksa lebih selektif sebelum menerima undangan untuk muncul dalam mana-mana program audio siar.

Katanya, tiada usaha daripada pihak berkaitan untuk membuat rujukan ditambah konten berulang tanpa pengisian baharu hanya membuang masa penonton yang mengikuti kemunculannya.

“Sebab itu saya tak ambil sembarangan podcast sekarang kerana saya rasa seperti penting bagi hos untuk ambil berat mengenai saya dan bukan hanya ‘oh, dia akan buat podcast ini tular’,” katanya dalam program Sembang Atas Dulang.


Anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu turut menyarankan agar pengamal media baharu menghasilkan kandungan berkualiti tanpa melakukan perkara bodoh demi mengejar sensasi.

“Saya rasa satu perkara yang perlu berubah dalam industri media Malaysia ialah menghasilkan kandungan berkualiti tak perlu buat benda bodoh untuk jadi tular.

“Ini kerana orang sebenarnya menghargai kandungan berkualiti kerana podcast saya yang paling tular adalah bersama dua kawan. Mereka tidak terkenal tapi video kami mencecah hampir 200,000 tontonan secara organik.

“Daripada semua orang yang temu bual saya, mereka kurang dikenali namun mereka ambil masa untuk buat kajian hingga hasilnya disukai ramai,” ujarnya.

Kongsinya lagi, selepas podcast pertama mendapat sambutan, seorang individu yang kerap meninggalkan komen dalam laman sosialnya pula mengundangnya untuk muncul dalam program kendaliannya.

Begitupun, Kasih Leona, 22 , mengakui agak terkilan apabila kedatangan ke studio terbabit seolah-olah dipersia-siakan pihak yang mengundangnya.

“Anda tahu, bukanlah saya rasa diri saya terlalu hebat, tetapi jika seseorang meluangkan masa untuk anda, anda patut memanfaatkan peluang itu sebaik mungkin.

“Bukan sekadar untuk faktor tular semata-mata. Jadi, apabila saya pergi ke sana, saya rasa lelaki itu tidak banyak buat kajian mengenai saya, kerana soalan terakhir dia ialah, adakah awak seorang introvert?

“Saya seperti, ‘adakah awak tidak dengar apa yang saya cakap sepanjang masa ini?” katanya.


Ujar pempengaruh sensasi itu, dia menyuarakan hal berkenaan kerana mempunyai banyak perkara menarik lain yang ingin dikongsi, cuma menunggu diajukan soalan tepat.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lulu_717 5-9-2024 09:52 AM
Betullah tu..buat podcast biar lah content yg ada quality. ni tak, jemput podcast nak cerita pasal gosip bodoh2 lah, pasal gaduh ngn kawan lah, pasal exboyfriend lah..yg tgk ramai budak2..nk buat sesuatu, biar bg impak positif pd viewer knowing remaja2/budak2 zaman skrg makin parah mentaliti..
Quote Manusiabesa 5-9-2024 09:57 AM
Mcm xsihat ja budak ni. Klu dk jln tepi jln mau aku ingt budak yg xcukup sifat.

Apekehei dh dewasa still tocang dua kt kepala tu.
Xterbyg klu kita yg bertocang begitu.
Nonsense
Quote L.U.S.M 5-9-2024 09:58 AM
“Agak menyedihkan.. Apalah maknanya rakyat Malaysia jika tidak tahu berbahasa Melayu'” – Pakar Bahasa, Prof Emeritus Dr Teo Kok Seong
Quote edayildiz 5-9-2024 10:08 AM
i suka yona ni
Quote gideoncross 5-9-2024 10:10 AM
Tokoh muda dambaan acik2 forum Cari yg sllu d minati & d mahapkn
Quote 46BlueBerry 5-9-2024 10:29 AM
lagi rela sokong dek yona walaupon seksi seksa tapi pemikiran matang,  dari sokong penonggeng agama tak habis2 suruh orang berdamai dgn takdir walaupon terang2 buat jenayah.
Quote Incanto 5-9-2024 10:35 AM
46BlueBerry replied at 5-9-2024 10:29 AM
lagi rela sokong dek yona walaupon seksi seksa tapi pemikiran matang,  dari sokong penonggeng agama  ...

setuju 100%

yg tu dah tua pun otak cetek


Quote JunkMail 5-9-2024 10:42 AM
Manusiabesa replied at 5-9-2024 09:57 AM
Mcm xsihat ja budak ni. Klu dk jln tepi jln mau aku ingt budak yg xcukup sifat.

Apekehei dh dewasa  ...

Acik gen X janganlah samakan gaya berfasyun dengan gen Z yang umur baru awal 20an
Quote KamikuP 5-9-2024 10:48 AM
pODCAST mana yg kene camdek ngan dak Leona ni? ekekekeke padam muka
Quote Manusiabesa 5-9-2024 11:01 AM
JunkMail replied at 5-9-2024 10:42 AM
Acik gen X janganlah samakan gaya berfasyun dengan gen Z yang umur baru awal 20an

Btol2
Klu gen Z pun hodoh kan. Xterbyg klu hg geng z yg buat gitu
Hahahaha adoi. Buruk nau muka hg
Quote menjad 5-9-2024 11:05 AM
risau aku tengok dada budak nih... membuak2
Quote babelina 5-9-2024 11:29 AM
ada a few podcast yg aku tgk.. mmg apa yg dia ckp x kosong.. berkualiti.. suka aku dgr..
Quote zuriey 5-9-2024 11:31 AM
Go yona..selagi ko tak gatai bijik sondol laki org mcm marissa tu i sokong u..abaikan acik2 porem kepam miskin  
Quote hotmak 5-9-2024 11:37 AM
ada satu video tu, yg dia dgn kembar tu, dah kenapa dtg dgn muka tak bersiap, mcm tak mandi pun ye, rambut kusut masai, muka tak mekap
Quote Subian 5-9-2024 11:40 AM
I lap you yonnna. Sedap badan dia yer
Quote cicicumel 5-9-2024 11:42 AM
hotmak replied at 5-9-2024 11:37 AM
ada satu video tu, yg dia dgn kembar tu, dah kenapa dtg dgn muka tak bersiap, mcm tak mandi pun ye,  ...

I rasa podcast tu la yg dimaksudkan oleh Leona..
Quote Suci_Murni 5-9-2024 11:46 AM
KamikuP replied at 5-9-2024 10:48 AM
pODCAST mana yg kene camdek ngan dak Leona ni? ekekekeke padam muka

podcast yang jemput muka dia baru lepas tidor tu.. dia x bersiap pun.. dia pun terkejut bila dorang kata benda tu tgh rekod.

Quote A-Are 5-9-2024 12:03 PM
kenapa i olls nampak yona lawa pulak kat ats ni
Quote likilu 5-9-2024 12:13 PM
Berapa kali dah netizen pesan suruh pakai bra

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036044 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top