CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 258 Juta Janda Di Seluruh Dunia, Ini Lima Negara Paling Ramai Janda

9-9-2024 09:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41338| Komen: 6

 


KEHILANGAN lelaki bergelar suami sama ada disebabkan kematian atau perpisahan merupakan perkara yang menyakitkan serta menyedihkan.

Bagi isteri pula, memegang gelaran janda, balu atau ibu tunggal bukanlah perkara mudah terutamanya kepada mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini merekodkan lebih 258 juta janda di seluruh dunia.

Negara manakah menduduki carta teratas?

Panorama minggu ini menyenaraikan lima negara paling ramai ibu tunggal atau janda seperti dipetik dalam portal viva.co.id.

Kazakhstan
Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk dianggarkan 4.6 orang telah melalui prosiding perceraian bagi 1,000 penduduk. Kadar itu adalah yang kedua tertinggi di dunia pada 2020-2021.

Perceraian berlaku disebabkan bilangan perkahwinan baharu yang banyak, tetapi ekonomi tidak mengimbanginya.


Maldives
Maldives adalah negara di rantau Asia Selatan yang mempunyai janda kedua paling ramai di benua tersebut.

Kadar perceraian di negara itu mencecah 5.52 bagi setiap 1,000 penduduk dengan jumlah penduduk melebihi 500,000 orang.

Perceraian berlaku kerana penduduk Maldives tidak menyukai hubungan fizikal di luar perkahwinan.

Namun begitu, perkahwinan dan perceraian amat mudah dilakukan di negara pulau peranginan itu.

Peralihan budaya yang berlaku di Maldives kini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tahap perceraian tinggi.

China
Dengan populasi yang ramai, kadar perceraian di China juga agak tinggi. Kadar perceraian negara itu diketahui meningkat pada setiap tahun.

Malah pada 2015, China menduduki tempat kedua di dunia dengan jumlah janda tertinggi.

Kemudian pada 2018, kadar perceraian di China mencapai 3.2 bagi setiap 1,000 penduduk dengan populasi lebih daripada 1 bilion orang.

Taiwan
Pada 2018, kadar perceraian di Taiwan direkodkan sekitar 2.3 bagi setiap 1,000 penduduk. Bagaimanapun, tiga tahun kemudian berlaku peningkatan. Kadar perceraian di Taiwan pada 2021 meningkat kepada 2.5 bagi setiap 1,000 penduduk.

Salah satu punca meningkatnya perceraian adalah faktor ekonomi yang kemerosotan akibat pandemik Covid-19, sekali memberi kesan kepada kemerosotan kewangan penduduk.

Hal ini menyebabkan segelintir wanita di Taiwan menuntut cerai dan memilih untuk menjadi janda.

India
India bukan sahaja mempunyai bilangan janda tertinggi di benua Asia, malah di dunia.

Pada tahun 2010, Yayasan Loomba melaporkan bahawa terdapat 42.4 juta janda di India. Pada 2015, populasi balu di India meningkat kepada 46.4 juta.

Angka ini menjadikan India di tempat pertama mengatasi China.

Malah di India, ada satu bandar dikenali sebagai Vrindavan yang terkenal sebagai kota janda.

Tambahan pula, di bandar yang terletak di utara Uttar Pradesh itu terdapat banyak tempat perlindungan untuk janda sama ada diuruskan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun syarikat swasta.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 9-9-2024 11:41 PM
Malaysia

Janda paling terkenal
Shuhada

Kalah IK
Quote manop 10-9-2024 12:58 AM
Rita Royani tersenyum sinis
Quote airmineral 10-9-2024 03:08 AM
Statistik duda takde ke
Quote stingerkentot 10-9-2024 06:39 AM
Quote gideoncross 10-9-2024 09:36 PM

Tu lh kn? Asek psl jnda je, org prmpuan pun nak thu psl duda juga, bru best
Quote Orix 10-9-2024 09:37 PM
so far iols x pernah jumpa lg or kenal mana2 chinese malaysia yg bercerai berai

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.168149 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top