CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ada anak nanti, saya janji berikan perhatian secukupnya’ - Fadlan Hazim

9-9-2024 09:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41735| Komen: 6

 


Selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Kazakhstan, pelakon Fadlan Hazim mengakui sedang merancang untuk memiliki cahaya mata.

Sedar semakin berusia, Fadlan dan isterinya, Aiya Mukhamedsalova mahu memiliki sekurang-kurangnya dua orang anak.

“Saya dan isteri sedang mencuba. Sekarang umur saya sudah 32 tahun, lagi lapan tahun bakal memasuki umur 40 tahun. Memang sedang elok kalau saya ada anak sekarang.

“Kami rancang mahu seorang atau dua orang sahaja anak. Senang kalau nak pergi pulang balik kampung ke Kazakhstan nanti,” kata Fadlan.

Bukan tidak percaya pada rezeki, kata Fadlan, pilihan untuk memiliki dua orang anak adalah atas faktor hendak memberi tumpuan sama rata.

“Saya membesar bersama empat orang adik- beradik. Ibu bapa membesarkan kami okey sahaja dari segi makanan dan keperluan. Cuma, saya nampak mereka sukar memberi kasih sayang dan perhatian kepada kami secara sama rata,” tuturnya yang ditemui majlis pembukaan pusat kecergasan Elitez Mont Kiara, semalam.


Pelakon filem Sangkar itu turut memberitahu, dia akan cuba menjadi bapa yang baik dan memberikan perhatian secukupnya apabila menimang cahaya mata kelak.

“Seandainya saya ada cahaya mata nanti, saya akan cuba memberi perhatian yang cukup. Walaupun sibuk dengan jadual kerja, saya akan memastikan dapat membahagi masa dengan baik.

“Saya tidak mahu apa yang saya lalui dahulu berulang pada anak-anak saya kelak,” katanya.

Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai tahun lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 9-9-2024 10:37 PM
motippp iols bru tau dia da kawen ??? tp iols kenal dia ni pun sbb forumer mana tah dlu obses dgan dia ni... changa ke eh
Quote Duriand24 9-9-2024 11:52 PM
Edited by Duriand24 at 10-9-2024 02:56 AM

Acik porum sekalian alam. iols nak tanya soklan jujur…lawakah muka mcm ni di mata chuols?
Quote purplelilac 10-9-2024 01:16 AM
Duriand24 replied at 9-9-2024 11:52 PM
Acik porum sekalian alam. Selain dari gunung sheols mmg idaman para lelaki, iols nak tanya soklan ju ...

Mcm muka chinese malaysia je kat mata i hahah, nothing special
Quote dua_chzy 10-9-2024 01:18 AM
Ni kan yang @kakikuDibibirmu tu rembes2 dulu?
Quote _kelly 10-9-2024 01:21 AM
Duriand24 replied at 9-9-2024 11:52 PM
Acik porum sekalian alam. Selain dari gunung sheols mmg idaman para lelaki, iols nak tanya soklan ju ...


beauty lies in the eyes of the beholder..bagi iols cantik, air muka lembut
Quote hujanrindu28 15-9-2024 02:53 AM
Cantik bagi dia kut

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.025982 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top