CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kontraktor dewan makan MRSM Taiping ditamat kontrak, disaman

12-9-2024 07:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35735| Komen: 20|Original author: EJALTI

 
 

 

PETALING JAYA – Kontraktor yang dilantik menguruskan dewan makan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping akan berdepan dengan tindakan penamatan kontrak.

Memaklumkan perkara itu, Pengerusi Majlis Ama­nah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kontraktor tersebut juga akan berdepan dengan tindakan saman dan tuntutan ganti rugi melalui mahkamah sebagai iktibar untuk kontraktor lain.

“Saya juga telah mengarahkan semua MRSM terutamanya pengetua dan warden/penyelia asrama untuk melipatgandakan pemantauan terhadap kualiti makanan agar memenuhi spesifikasi dan menu yang ditetapkan.

“Selain itu, mereka juga perlu memantau kebersihan dapur dewan selera, perkhidmatan kontraktor dan laporkan terus kepada ibu pejabat Mara untuk sebarang bentuk penyimpangan,” katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, beliau sendiri akan turun secara mengejut melalui kaedah terjahan dari semasa ke semasa.

“Kalau ada juga kecuaian pemantauan di pihak pentadbir MRSM, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dan mempertanggungjawabkan mereka juga jika berlaku sebarang kes penyimpangan,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan notis penutupan terbaharu dewan makan MRSM Taiping selama 14 hari hingga 20 September depan.

Asyraf berkata, arahan juga telah diberikan kepada Bahagian Perundangan Mara untuk memperhalusi segala aspek bagi mengambil tindakan ke atas kontraktor berkenaan.

“Difahamkan, kontraktor ini kali pertama dengan Mara dan kontraknya akan tamat pada Disember ini.

“Tindakan segera akan diambil bagi menamatkan kontrak mereka berserta tindakan undang-undang. Ini juga bagi memberi isyarat kepada kontraktor lain agar jangan sesekali mengambil pendekatan sambil lewa dan cincai,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 12-9-2024 05:28 PM
melayu buat kerja sambil lewa...
Quote izwan_izi 12-9-2024 05:30 PM
Hahahaha..Bini baru panglima ni buat rosakkan nama laki diye je...
Quote SalenaGomez 12-9-2024 05:30 PM
Acik owner kantin duk sarawak tu nak buat camne skrg??? Ada beran ke naik court lawan balik?? Hari tu eksen berlawan cakap dgn AW
Quote lightheaded67 12-9-2024 05:50 PM
Edited by lightheaded67 at 12-9-2024 05:53 PM

hambek ko. kut kalu kata kabel pon, buat la kerja elok elok
Quote bottombikini 12-9-2024 05:51 PM
gile ke kalau masih nak sambung
dgn membongkak segala
Quote becir 12-9-2024 06:11 PM
experience i duduk asrama penuh dulu makan macam kan hapa je..ingatkan sebab acik kantin tak pandai masak, tapi kes camni la subcon subcon subko**k in the end
Quote imanjannah 12-9-2024 06:12 PM
sombong sgt, apa la yg manusia2: ni nak sombongkan dgn apa yg ada d dunia ni..
Quote honam 12-9-2024 06:32 PM
mohon sprm ambik alih kes ini
Quote Barebow77 12-9-2024 07:21 PM
Mohon kat mahkamah nanti Acik Mira lawan pidato masa hakim jatuhkan hukum or pendakwa bentangkan hujah..biar sama2 bercakap dalam kamar mahkamah nanti..
Quote sukacactus 12-9-2024 07:24 PM
Tin mira boleh replay ulang2 recorded convo dgn dr asyraf aritu lah ye pasni
Quote clueless_gamer 13-9-2024 04:38 AM
aku cadangkan kementerian buat mcm secret survey spy dkt kantin sekolah ni.. tanya budak2 ni tp tak announce lah datang tu kan.. kesian bebudak makan ikan jaket dan berpuluh tahun ni.. mana nak sihat badan tu.. buat tambah stress dok asrama ni je..

camnelah nak tenang belajar tu.. kerajaan jugak yg rugi kalau school graduatu tu tak berkualiti
Quote imanamsyar 13-9-2024 09:31 AM
si mira tu cakap apa ya yg trigger dr anwar tu? iolls tetinggal ketapi lagi..huhuuu
Quote lightheaded67 13-9-2024 09:36 AM
imanjannah replied at 12-9-2024 06:12 PM
sombong sgt, apa la yg manusia2: ni nak sombongkan dgn apa yg ada d dunia ni..

orang eksyen ramai delulu.
Quote B40tastePosh 13-9-2024 09:52 AM
Siasat juga macam Tintong Amira ni boleh ambil tender di situ...siasat semua tender Kantin2 Sekolah bagaimana tender diberikan kepada mereka.

Sangat menjijikkan cara Tintong ini bercakap...very annoying. Dan nampak hanceng seperti kantinnya yang dikencing tikus
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:46 PM
Cable keras nok
Quote darkness 14-9-2024 08:53 PM
Alhamdulillah..sujud syukur mak bapa anak2 mrsm taiping. Setahu sy tahun ni ja banyak komplen dorang dlm page siap masuk berita lagi
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:43 AM
Sombong beno cara jawabnya
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:43 AM
Cable kuat sangat
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:43 AM
Sekarang dah kena tarik dah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044503 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top