CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Abang Bas Buka Tabung Derma Untuk Bayar Wang Jaminan RM30,000

12-9-2024 09:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31094| Komen: 8

 


Keluarga kepada Mohamad Norhadhim Sari, 24 atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Bas’, telah membuka tabung kutipan derma bagi membantu mengumpul dana untuk membayar wang jaminan sebanyak RM30,000.

Tabung derma ini menggunakan akaun AmBank milik kakaknya yang telah memuat naik hantaran di Facebook.

"Assalamualaikum saudara Islam yang banyak memberi sokongan dan maklum balas positif pada Abang Bas dan keluarga.

"Kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi Allah yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan.- Tulisnya."

Zarinah turut mengharapkan adiknya diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini…

"Ya Allah, engkau berikan kekuatan kepada Abang Bas semoga dia berjaya menghadapi segala ujian dariMu.

"Terima kasih warga media sosial yang banyak memberi nasihat, komen-komen positif, kata-kata semangat untuk membuka tabung ‘Abang Bas’ sebagai tiket saham akhirat mereka.- Tambahnya."


Terdahulu, Abang Bas, yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, telah ditahan kerana dituduh melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak ketika bekerja sebagai pemandu bas sekolah. Dia dibenarkan diikat jamin sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Muar, dan sebutan semula kes dijadualkan pada 10 Oktober ini.


Sumber : Oh Media



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tiggybiru 12-9-2024 09:54 PM
Sorry iols tak termakan semua kata2 ini
Whats wrong is wrong
Family jgn duk jd enabler kes pedo
Ini pun salah satu bentuk pengajaran utk semua yg terlibat dalam penjagaan kanak-kanak
Makpak kerja, jd minta tlg orang lain uruskan kanak-kanak, tp senang2 hg salah guna mcm tu
Quote opie5662 12-9-2024 10:34 PM
Maka berbondong la maknusia yg derma nnt..koserrr.

Hr tu kemain nk saman org yg fitnah. Mcm byk duit sgt. Bile jadi mcm ni bukak tabung pulak
Quote PULANGKAN 13-9-2024 01:03 AM
what in the penunggang is this
Quote Thunderclouds 13-9-2024 05:47 AM
Fuyooo..
Kasi derma ikat jamin kes jenayah tu kategori saham akhirat ghopanyaaaa...
Hahaahaha..
Hahahahaa... Hahahahaahha

Nah taik
1000063458.jpg
Quote Nizleen86 13-9-2024 05:54 AM
Ramai yg bekap pedo ni. Jangan normalise kan benda2 mcm ni. Tak lawak pun. Kalau kena kat anak sendiri masing2 tengok bekap lagi ke tak. Bodohla sapa yg pergi derma. Harap rakyat Msia ni cerdik sikit la.
Quote suri33 13-9-2024 08:24 AM
Pelik betul yg rasa benda ni normal. Mmg tak ada batas dalam kehidupan ke hape. Tak senonoh yg memperlaku dan menyokong.
Quote supernaturalee 13-9-2024 08:56 AM
thread lg 1 dh kena hadap tuduh lg 1 posting dia

nk kena bukak tabung lg ke caner ni enabler2 semua
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:41 PM
Salah tetap salah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.185152 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top