CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Mustahil Indonesia Mampu Layak Ke Piala Dunia - Pemerhati Bola Sepak Tanah Air

12-9-2024 10:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32719| Komen: 12

 

Kuala Lumpur: Skuad bola sepak Indonesia dilihat mampu melakar sejarah baharu untuk layak ke pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menampilkan aksi konsisten dalam dua perlawanan awal peringkat Kumpulan C pusingan ketiga.

Meskipun terlalu awal untuk berkata demikian, namun dua keputusan seri menentang gergasi Asia iaitu Arab Saudi 1-1 di tempat lawan dan mengikat Australia tanpa jaringan di Stadium Gelora Bung Karno pada Selasa lalu, skuad Garuda kini terbang lebih tinggi berbanding pasukan lain di Asia Tenggara.

Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Richard Scully berkata, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan barisan kejurulatihan termasuk beberapa pihak yang lain berjaya melakukan tindakan tepat terutama dalam mencari serta mengenal pasti pemain naturalisasi berkualiti untuk menguatkan pasukan senior.

Jelasnya, gaya permainan mereka juga berubah secara keseluruhan dan menjadi lebih menarik dari setiap posisi sehingga boleh memberikan tentangan sengit kepada lawan serta berjaya mengadaptasi DNA bola sepak agresif.


"Saya rasa hasil dari kajian, pemerhatian, analisis dan sebagainya, mereka berjaya untuk mendapatkan pemain berprofil tinggi bagi naturalisasi yang benar-benar dapat memenuhi posisi yang diperlukan. Itulah sebabnya saya rasa kehadiran pemain naturalisasi adalah pilihan yang tepat untuk mencapai matlamat mereka.

"Corak permainan mereka cukup baik dan secara realiti ada perubahan ketara dalam bola sepak Indonesia, sangat agresif dan sangat yakin. Mereka mempunyai gaya pergerakan tersendiri dari fasa menyerang dan bertahan. Bagi saya, mereka bergerak secara holistik atau dengan cara yang teratur. Jadi, dalam aspek itu, tidak mustahil bagi Indonesia mencatat keputusan yang baik pada perlawanan akan datang dan berpeluang untuk mara (kepusingan keempat).

"Ini adalah proses dan ia tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Semua ini memerlukan proses. Hasil kajian, penelitian dan aspek mana yang perlu diperbaiki serta di mana kita perlu memantapkannya. Mereka melakukan perkara itu sejak 20 tahun lalu dan berjaya jumpa resipi yang tepat pada masa yang sesuai," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Untuk rekod, skuad kendalian Shin Tae Yong kini berada di tangga keempat Kumpulan C dengan dua mata selepas dua perlawanan dan itu satu permulaan yang baik jika dibandingkan dengan wakil ASEAN sebelum ini dipusingan sama, Thailand yang sekadar mencatat dua mata (2018) dan Vietnam, empat mata (2022) selepas 10 perlawanan.

Selain itu, beliau juga melihat pendekatan yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga hampir sama seperti PSSI cuma ada beberapa aspek yang harus diperbetulkan bagi menghasilkan keputusan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

"Saya rasa kekurangan tidak banyak bezanya kerana pendekatannya adalah sama. Seperti kita, kita lebih cenderung untuk naturalisasi pemain dan kita perlu mengambil pemain tepat yang boleh menyumbang kepada posisi berkenaan dan juga DNA bola sepak Malaysia.

"Mungkin Indonesia mencapai satu langkah lebih cepat daripada kita. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak melakukan apa-apa. Pendekatan kita dan struktur pembangunan kita sudah cantik sebenarnya. Soal masa yang akan menentukan.

"Untuk mendapatkan formula yang baik, semua pihak perlu bekerjasama dan meletakkan satu haluan, idea, pemikiran dan matlamat apa yang kita mahu capai secara holistik. Kerana semua agensi ini mempunyai kepakaran mereka sendiri. Jadi kita perlu meletakkan kepakaran kita di satu meja untuk mendapatkan yang terbaik," katanya.

Sebagai makluman, berdasarkan format kelayakan Piala Dunia kali ini, sebanyak 48 pasukan akan bertanding dalam kejohanan paling berprestij di dunia dan benua Asia diberikan lapan slot berbanding hanya empat tiket pada saingan sebelum ini.

Untuk pusingan ketiga yang sedang berlangsung sehingga Jun tahun hadapan, juara dan naib juara akan layak secara automatik ke Piala Dunia, manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat akan beraksi di pusingan keempat babitkan dua kumpulan, dengan juara sahaja akan dihadiahkan tiket ke pentas tertinggi itu.

Baki satu lagi slot pula akan ditentukan di pusingan kelima babitkan dua naib juara kumpulan pusingan keempat, di mana pemenang pertemuan itu akan meneruskan aksi kelayakan antara benua sebelum mara ke Piala Dunia.

Sumber : Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 13-9-2024 04:27 AM
silahkan mendunia pak
Quote Mary_jane 14-9-2024 12:09 AM
Yang mustahil nya malaysia. Tu dah dapat 15juta sok, bakal mendunia ke idok?
Quote SalenaGomez 14-9-2024 01:57 AM
Hellloooooo …timnas bola konoha kalau lawan team jaydeetee sure kalah punya. Xyah berangan masuk world cup. Lawan sini dulu
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:37 PM
mesia bila lagi
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:42 AM
Hmm
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:42 AM
Moga Malaysia pun sama
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:42 AM
Go harimau malaya
Quote Subian 16-9-2024 07:59 AM
Indon kalau lawan spain pun spain kalah. MUAHAHA
Quote Modngengade 16-9-2024 08:10 AM
Konoha mendunia? Mkn tinja dulu ya
Quote stingerbumpy 16-9-2024 08:17 AM
Semua imports JDT bakal dinaturalisasikhen and we have a new look of the national team....ready to take on the world....

Kahkahkahkahkah
Quote ezacbee 16-9-2024 11:29 AM
Go go go..
Quote capiloton 16-9-2024 11:49 AM
Edited by capiloton at 16-9-2024 11:53 AM

indonesia sekarang banyak player kacuk belanda
semua asal dari org2 indonesia yg berhijrah,
ikut tuan besar belanda mereka dulu

team u23 asian level, sampai ke semi final,
top 4 team, hampir layak ke olympic france.
in future, ada peluang layak ke world cup.

malaysia jauh lagi,
kena bawak balik banyak2 player kacuk inggeris.
local player kalah saiz fizikal, for games international level.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062377 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top