CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Liwat, eksploitasi, jangan takut untuk lapor polis - Peguam

12-9-2024 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33416| Komen: 12

 


Kuala Lumpur: Orang ramai termasuk mangsa dan ahli keluarga yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan salah laku di mana saja termasuk rumah amal rumah amal kendalian sebuah syarikat diminta tampil membuat laporan polis.

Menyifatkan ia sebagai proses perundangan yang penting, peguam Mahmud Jumaat berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dijalankan pihak berkuasa secara telus dan holistik.

Katanya, proses keadilan hanya akan bermula jika pihak berkaitan tampil membantu seterusnya membawa kepada tindakan undang-undang.

"Berdasarkan laporan, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 termasuk Lain-lain siasatan yang sudah dibuka adalah mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Mencabul Kehormatan) dan Seksyen 14 Akta Antipenyeludupan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.


"Saya membaca maklum balas daripada syarikat itu bahawa rumah amal itu jelas bukan di bawah kendaliannya.

"Dan itu bukan dasar mereka untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.

Persoalannya adakah rumah amal tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat itu? Adakah pihaknya mempunyai sebarang pengetahuan mengenai isu ini? Adakah isu ini pernah terjadi ke atas mana-mana kakitangan syarikat," katanya yang turut berkongsi mengenai perkara itu di media sosial.

Beliau mengulas mengenai 'Op Global' yang dilaksanakan polis di beberapa rumah amal membabitkan 402 kanak-kanak semalam.

Mahmud berkata, ia juga satu tuduhan yang berat ke atas syarikat berkenaan dan mereka wajar untuk memberikan pencerahan ke atas isu itu.

Dari segi undang-undang katanya, kes membabitkan kanak-kanak dan tindakan tegas wajar diambil syarikat berkenaan ke atas mana-mana pihak yang terbabit dan dibawa ke muka keadilan.

"Bukannya mengugut untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menzahirkan rasa simpati dan prihatin dengan kanak-kanak yang diselamatkan polis.

"Apa-apa pun kita tunggu siasatan polis yang sedang melakukan siasatan. Nasib kanak-kanak kita harus utamakan," katanya


Sumber : Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 12-9-2024 10:32 PM
Kalau diliwat orang politik, tapi beliau seorang pemimpin yang bagus, acaner pulak
Quote suri33 13-9-2024 08:21 AM
Ini lawyer kiuem tu ek. Yg menyontot duit melayu. Hahaha.
Quote s@s@ 13-9-2024 09:45 AM
org takut nak report, takut kena frame ada pistol n dadah
Quote mekfazura 13-9-2024 10:17 AM
dari takut lebih ramai yang malu... elok ada burit...bontot juga yang laku...acener tak malu
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:36 PM
kemaruk: Kalau diliwat orang politik, t ...


Ha larikk
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:19 AM
Okay
Quote kemaruk 16-9-2024 02:37 PM
Bfjsmbcksbxj replied at 16-9-2024 04:19 AM
Okay

Apa yang okeynyer mbhcfs?
Quote Skuau 16-9-2024 03:08 PM
Eh!...dah kenapa la..mende2 LIWAT ni muncul kembali?? Harap perwira2022 ada penjelasannya....
Quote Skuau 16-9-2024 03:09 PM
kemaruk replied at 12-9-2024 10:32 PM
Kalau diliwat orang politik, tapi beliau seorang pemimpin yang bagus, acaner pulak

Bagus ke pemimpin meliwat??? Ada ke,sapa???
Quote Aribaariba 16-9-2024 03:58 PM
Group ikhwan tu mcm kena aimmmmmmmm jah! X senang tgk Melayu making money le tu.. Klu ikhlas nk fight maksiat, berkampung Je Kat genting, hotel2 bajet, port dadah Kat kg2 Melayu ramai tu. Pas tu apa ke jadah korek Sgt status roti ikhwan sjil halal. Kedainmkn Melayu cer cek. Yong tau fu kedai Melayu pembekalnya sijil halal ke? Tahu telur pengeluar halal ke? Sosejnye pembekal diyakini halal ke? Sardin DLM karipap sardin tu brand proper ke? Ayam brand Mahal ye. Sardin Cap cincai Kat 99 murah tp korang selera .ke? Pikir ckit sebelum bedal hatta kedai melayu
Quote kemaruk 16-9-2024 04:09 PM
Skuau replied at 16-9-2024 03:09 PM
Bagus ke pemimpin meliwat??? Ada ke,sapa???

Ada sorang pensokong kata tak kesah kalau pemimpin meliwat asalkan pandai buat jerja

Padahal buat kerja pon tak pandai meliwat je pandai
Quote manopBKK 17-9-2024 12:01 PM
GISBH ajaran syaiton!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.159251 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top