CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis buru lelaki tular pukul kereta dengan kayu di Masai Lama

12-9-2024 10:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33170| Komen: 1

 


Johor Bahru: Polis sedang mengesan lelaki, disyaki melakukan khianat dengan memukul pintu bahagian penumpang kereta di Jalan Masai Lama di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, suspek bertindak agresif menggunakan kayu dan pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 23 tahun.

"Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Norhidy Usin Abdullah di talian 013-7735711.


Sumber : Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:35 PM
Haih macam macam

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.031714 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top